Ucapan Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011

Lembaga Pemantauan Audit atau Audit Oversight Board (AOB) ditubuhkan bagi memastikan piawaian audit yang lebih tinggi dipatuhi oleh para juruaudit. Setahu saya AOB telah ditubuhkan dari 1/4/ 2010. Adakah apa-apa bukti bahawa kualiti audit telah meningkat setelah penubuhan AOB?

Di Malaysia, lebih 80% daripada jumlah yuran perakaunan berada dalam tangan 10 syarikat besar. Baki 20% dikongsi antara  kira-kira 1500 syarikat perakaunan. Ertinya daripada 970 syarikat yang disenarai dalam Bursa Malaysia 780 syarikat di audit oleh syarikat besar. Nampaknya syarikat-syarikat besar pun di stretched maximum untuk buat tugas audit. Saya khuatir ini akan affect mutu kerja audit. Kami harap bahawa Kerajaan akan cuba memastikan semua firma akauntan diberi peluang yang sama. Firma yang lebih besar tidak semestinya bermakna bahawa mereka adalah lebih baik. Skandal korporat besar telah memberi tamparan hebat kepada  dunia korporat daripada Amerika Syarikat, ke India, ke Malaysia melibatkan nama-nama besar. Saya cadangkan kerajaan mewujudkan lebih banyak syarikat-syarikat besar yang bebas (independence) dan berkecuali (neutral).

Apakah langkah-langkah yang diambil untuk AOB lebih independent daripada syarikat besar? Adakah AOB juga independent daripada pihak kementerian? Pegawai yang dilantik haruslah pakar contohnya ahli akademik (academia), tetapi bukan pegawai kerajaan yang lain.

Berkenaan syarikat audit luar negara yang boleh berkhidmat di negara kita, adakah ia bererti bahawa syarikat audit luar ini boleh mengaudit syarikat lain atau hanya syarikat dari negara asal mereka yang mempunyai anak syarikat di sini?

Kualiti IPO dicurigai dalam Bursa Malaysia. Lebih separuh daripada syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia tahun lepas gagal untuk mencapai keputusan kewangan yang mereka telah diramalkan dalam prospektus penyenaraian mereka pada 2005/2006. Bagaimana keadaan itu sekarang? Berapa ramai IPO yang gagal untuk mencapai keputusan kewangan yang diramalkan dalam 2009/2010?

 

Ada ahli ekonomi berkata bahawa kebanyakan saham MASDAQ telah diniagakan pada harga yang agak tinggi sebelum jatuh. Adakah ini benar dalam Bursa Malaysia?

Syarikat tidak tersenarai dengan kepentingan awam atau negara yang modal berbayar dan modal hutang sehingga berbilion-bilion ringgit, mesti mempunyai pendedahan kewangan penuh sama seperti syarikat-syarikat awam tersenarai (public listed companies). Syarikat-syarikat seperti 1MDB dan EKUINAS mesti meningkatkan pendedahan kewangan mereka, tidak menyembunyikan pendedahan minimum bagi syarikat-syarikat tidak tersenarai.

Pindaan Seksyen 147 memberi kuasa kepada menteri. Saya mohon supaya seksyen ini lebih jelas dan tepat mengenai skop kerja menteri. Saya juga ingin penjelasan tentang siapa yang akan membiayai AOB?

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: