Ucapan Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011

Rang undang-undang ini khusus berkaitan dengan layanan istimewa langsung (direct special treatment) dalam pengiraan pendapatan daripada operasi petroleum dalam kes-kes tertentu yang dipanggil medan kecil (marginal fields). iaitu satu medan yang boleh menghasilkan 30 juta tong atau bersamaan atau kurang. Rang Undang-undang tidak menyatakan bahawa keistimewaan atau layanan istimewa langsung diberikan kepada medan minyak biasa. Mengapa? Keistimewaan tidak perlu diberikan kepada medan minyak biasa kerana mereka sudah mendapat keuntungan besar. Memandangkan layanan istimewa langsung  ini yang diberikan kepada medan kecil minyak, saya mencadangkan ia mesti dinyatakan dalam rang undang-undang.

Petronas adalah pemilik  dan akan masuk ke dalam Kontrak Perkhidmatan Risiko (Risk Service Contract) dengan kontraktor medan kecil. Oleh itu, layanan istimewa langsung ini hanya perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai  kontrak perkhidmatan risiko.

Seksyen 22A memberi kuasa yang luar biasa kepada Ketua Pengarah (DG) dengan pemberian direct special treatment. Saya cadangkan kuasa DG yang luar biasa tidak boleh diberi kepada seorang tetapi kepada satu Jawatankuasa. Begitu juga dengan Seksyen 65 di mana menteri memberi kuasa luar biasa kepada DG. Perkara ini boleh disalahguna oleh pihak tertentu. Saya cadangkan rang undang-undang ini lebih tepat (definitive) mengenai kuasa yang diberi kepada DG.

Sumber Petronas perlu dikawal dengan baik kerana Petronas merupakan penyumbang utama kepada negara. Saya mencadangkan bahawa 10% royalti daripada marginal field exploration diberikan kepada semua negeri yang berhampiran tak kira negeri itu di peritah oleh BN atau PR.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: