Biasiswa JPA dan TalentCorp

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011

 

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH            : 11 JULAI 2011 (ISNIN) 

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan: 

(a)          berapakah bilangan pelajar yang mendapat biasiswa JPA telah pulang dari luar      negara setiap tahun bagi tempoh lima tahun yang lepas; dan 

(b)          apakah tindakan yang diambil terhadap mereka supaya pulang dan berkhidmat di negara ini bagi menyelesaikan masalah kekurangan pekerja berkemahiran tinggi dan profesional (brain drain) yang Malaysia hadapi ketika ini. Adakah Talent Corporation yang ditubuhkan berhasil menarik mereka pulang.

 

Jawapan 

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi tempoh lima (5) tahun yang lepas, terdapat 4,416 pelajar tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah melaporkan diri kembali berkhidmat di Malaysia selepas menamatkan pengajian di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua,

Langkah-langkah yang diambil oleh JPA untuk menentukan pelajar-pelajar tajaan di luar negara kembali adalah seperti berikut:

  • Peringatan untuk melaporkan diri dihantar kepada pelajar dan penjamin semasa pelajar berada dalam semester akhir pengajian;
  • Melaporkan diri di JPA dan mendaftar dengan Pihak Berkuasa Melantik (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi urusan pelantikan ke perkhidmatan awam) dalam tempoh 30 hari selepas surat arahan lapor diri dikeluarkan;
  • Sekiranya pelajar gagal melaporkan diri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh surat arahan tersebut, satu surat peringatan akan dikeluarkan oleh JPA dan pelajar terbabit diberi masa selama 15 hari dari tarikh surat peringatan melaporkan diri;
  • Sekiranya pelajar masih gagal melaporkan diri dalam masa 15 hari yang ditetapkan, JPA akan mengeluarkan notis gagal lapor diri di mana pelajar diberi tempoh selama 60 hari bagi menjelaskan tuntutan ganti rugi seperti yang termaktub dalam dokumen perjanjian. Sekiranya mereka masih ingkar, tiga peringatan tuntutan ganti rugi akan dihantar kepada pelajar dan penjamin dalam tempoh 75 hari bagi urusan tuntutan ganti rugi tersebut; dan
  • Sekiranya mereka masih tidak mengendahkan peringatan-peringatan tersebut, nama-nama pelajar atau penjamin ini akan dipanjangkan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua,

Perjanjian Biasiswa Persekutuan yang diguna pakai masa ini telah mensyaratkan semua pemegang biasiswa JPA di dalam dan luar negara untuk pulang melaporkan diri di Malaysia setelah menamatkan pengajian dan berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana badan lain sebagaimana yang diarah atau dipersetujui oleh Kerajaan bagi satu tempoh yang telah ditetapkan. Dasar Kerajaan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2010 pula tidak membenarkan pelajar-pelajar di dalam kesemua bidang pengajian yang ditaja dengan biasiswa untuk membuat sebarang penangguhan balik di atas apa jua alasan sekalipun. Keputusan ini dibuat bagi mengatasi isu brain drain yang akan mengganggu keperluan tenaga manusia dalam negara seterusnya menyebabkan penyampaian Perkhidmatan Kerajaan terjejas.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Malaysia memahami keperluan untuk menarik, membangun, dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi untuk melaksanakan aktiviti kerja bertaraf dunia bagi mentransformsikan ekonomi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan itu, Talent Corporation (TalentCorp) telah ditubuhkan pada Januari 2011 dengan mandat untuk mencapai objektif tersebut.

Antara fokus utama TalentCorp adalah untuk menggalak rakyat Malaysia yang berkepakaran tinggi pulang ke Malaysia. Para pelajar yang sedang menyambung pelajaran di luar negara dan juga para profesional Malaysia yang sedang bekerja di luar negara merupakan talent pool yang harus diberi perhatian.

Bagi menarik minat para pelajar Malaysia di luar negara, TalentCorp telah mengambil bahagian dalam Career Fair di United Kingdom dan United States of America. Seterusnya, TalentCorp juga akan mengambil bahagian dalam Career Fair di Australia. Objektif utama TalentCorp adalah memberi gambaran yang lebih jelas dan meningkatkan kesedaran para pelajar tersebut tentang peluang kerjaya profesional yang kini semakin kompetitif.

Selain itu, Program Pakar (Returning Expert Program – REP) telah dipindahkan ke TalentCorp pada tahun 2011. Pada bulan April 2011, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan insentif yang telah ditambah baik. Program tersebut yang sebelum ini dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia telah ditambah baik dari segi insentif dan pengukuhan mekanisme pelaksanaan. Pencapaian REP pada tahun 2009 adalah sebanyak 215 permohonan manakala pada tahun 2010 sebanyak 160 permohonan. Sejak pengumuman insentif yang telah ditambah baik pada 12 April 2011, jumlah permohonan REP yang diterima semakin meningkat serta dijangka akan mendapat sambutan yang lebih baik berbanding tahun 2009 dan 2010.

Sekian, terima kasih.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: