Ucapan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011

Tuan Yang DiPertua Dewan Negara dan Ahli-Ahli Dewan ini yang saya hormati,

Izinkan saya untuk  membahas pindaan kepada Judges Remuneration Act 1971.

 

Yang Berhormat sekalian,

Saya secara prinispal tidak mempunyai apa-apa bantahan terhadap pindaan –pindaan ini tetapi saya mengambil maklum perbelanjaan sebanyak RM 1,854,448.69 yang melibatkan duit pembayar cukai (tax payers money) yang akan ditanggung oleh kerajaan dan ingin berucap sedikit sebanyak tentang duit yang akan dibelanjakan oleh kerajaan.

Yang Berhormat sekalian,

Duit pembayar cukai perlu di belanjakan secara bijak dan ianya perlu berasaskan kepada kepada keperluan. Kebelakangan ini kita telah mendengar keluhan-keluhan peguam- peguam dan juga litigan-litigan mengenai kualiti penyampaian keadilan. Ini merupakan satu aduan yang penting kerana ianya secara langsung mencerminkan imej sistem penghakiman negara kita. Saya sering kali mendengar aduan tentang kualiti hakim-hakim kita. Antara-antara aduan-aduan yang dikemukakan adalah mengenai:

  1. Alasan Penghakiman yang terlalu ringkas (2 hingga 4 muka surat) sehinggakan timbulnya kemusykilan samada hakim yang terlibat telah menghalusi segala isu-isu fakta dan undang –undang dengan teliti dan dengan adil.
  1. Pendengaran kes di percepatkan sehinggakan segala isu-isu pertikaian di halang  daripada dibangkitkan di dalam perbicaraan.
  2. Hakim-hakim tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang isu-isu yang melibatkan prinisip-prinsip undan-undang yang secara langsung menjejaskan kes litigan-litigan.
  3. Hakim-hakim yang membuat keputusan secara terburu-buru, bukan berlandaskan undang-undang atau fakta tetapi kepada emosi, perasaan prejudis dan kepada pekara-pekara teknikal. Misalan di Mahkamah Rayuan baru-baru ini terdapat banyak rayuan di tolak atas isu teknikal seperti ketiadaan penghakiman yang termeterai daripada mahkamah rendah dimasukan dalam Rekod Rayuan.
  4. Hakim-hakim yang tidak mempunyai ‘judicial temperament’ yang bagus yang sering saling marah-memarahahi pihak-pihak yang terlibat, tidak mempunyai kesabaran, memgunakan perkataan –perkataan yang kesat dan yang tidak senonoh terhadap peguam-peguam dan litigan.
  5. Hakim-hakim yang sering memaksa litigan-litigan menyelesaikan kes mereka.

 

Yang Berhormat sekalian,

Saya tidak mendakwa bahawa semua hakim-hakim di negara kita adalah tidak bagus oleh kerana alasan-alasan yang tersebut diatas tetapi terdapat segelintir hakim-hakim yang jelas dan ketara, tidak layak menjadi hakim. Maka saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengingati pihak-pihak yang bertanggungjawab melantik hakim-hakim dan pesuruhjaya kehakiman termasuk YAB Perdana Menteri kita untuk melantik calon-calon yang betul-betul berwibawa dan kredibel berdasarkan hanya kepada ‘merit’ dan track -rekod  kehakiman yang amat bagus dan bukan berdasarkan kepada bangsa calon semata-mata, apa-apa ‘racial quota’ ataupun berdasarkan kepada ‘connections, politics or otherwise’.

Maka saya tekankan sekali lagi bahwa duit pembayar cukai perlu digunakan dengan bijak dengan hanya melantik pesuruhjaya kehakiman/ hakim-hakim yang benar-benar berwibawa. Kerajaan tidak boleh berkompromi dengan keperluan asas ini. Rakyat Malaysia semestinya “deserves the best persons as judges and not anything less”.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: