Ucapan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011

ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS TAMBAHAN PERTAMA, TAHUN 2011 

  1. Perdana Menteri mengumumkan bahawa perbelanjaan mengurus untuk 2011 adalah RM162.8 bilion. Sekarang kerajaan meminta peruntukan tambahan sebanyak RM13.19 bilion untuk baki 6 bulan. Kini jumlah perbelanjaan mengurus ialah RM176 bilion. Adakah hasil persekutuan yang dianggarkan meningkat lebih daripada RM165.8 bilion? Bolehkah kerajaan mengekalkan defisit pada 5.4%? Apakah defisit itu?
  2. Peruntukan tambahan RM 13.18 billion merupakan peningkatan 10.2% dari “Perbelanjaan Bekalan” Bajet 2011 yang diluluskan oleh Parlimen. Sebanyak RM 6.0 billion atau 45.5 % adalah untuk “Bayaran Pindaan.” Adakah peningkatan ketara ini disebabkan oleh faktor faktor luar biasa yang tidak disangka? Jika ya, sila perincikan faktor faktor luaran dan dalaman tersebut.
  3. Sebaliknya, adalah dipercayai bahawa peningkatan ini disebabkan oleh kelemahan dalam sistem perancangan dan pengurusan kewangan negara. Salah satu sebab ialah ketidakcekapan pegawai Perbendaharaan dalam merancang dan mengawal pengurusan Bajet Negara. Apakah langkah langkah khusus yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi kelemahan serta memperbaiki sistem masakini?

MAKSUD B.11 – PERKHIDMATAN AM PERBENDAHARAAN

4.  Sebanyak RM 5.6 billion adalah untuk menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum. Mengikut kajian Bank Dunia [Malaysia Economic Monitor, November 2010], golongan isi rumah sepuluh peratus terendah [bottom 10% households] hanya mendapat faedah 5 % daripada subsidi barangan petroleum. Apakah manfaat yang akan dinikmati oleh gologan tersebut dari peruntukan tambahan ini? Berapakah bilangan isi rumah terendah akan mendapat faedah secara langsung? adakah faedah subsidi ini akan dinikmati secara langsung oleh IPP.

5.  Bolehkan menteri menyatakan bilangan isi rumah yang akan mendapat subsidi bagi pengecualian bil elektrik dari peruntukan tambahan RM 150 juta yang dipohon?

MAKSUD B.06 – JABATAN PERDANA MENTERI

6.  Berapakah bilangan Imam dan Guru Takmir yang akan menikmati Elaun atau Bantuan baru dari peruntukan tambahan RM 66 juta yang dipohon? Apakah kadar elaun baru yang akan digunapakai?

7.  Apakah rasional bagi pelaksanaan Government Integrated Radio Network [GIRN] yang akan melibatkan kos sebanyak RM 35 juta? Kenapa tambah cost dari cost asal RM22.7 juta? Apakah manfaat kepada rakyat jelata daripada pelaksanaan GIRN? Kenapakah JPM yang menguruskan projek GIRN dan bukan Kementerian Penerangan?

8.  Sebanyak RM1 juta dipohon untuk menampung kos penubuhan Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock. Sila perincikan butir-butir perbelanjaan yang dimaksudkan. Yang lebih penting bilakah Kerajaan akan membentangkan Laporan Suruhanjaya kepada Dewan ini supaya rakyat dapat tahu penemuan dan ketetapan Suruhanjaya mengenai trajedi kematian Saudara Teoh Beng Hock?

MAKSUD B.13- KEMENTERIAN LUAR NEGERI

9.     Sebanyak RM19,980,000 untuk mengajur dialog antarabangsa langkawi. Nampaknya ini satu angka yang melampau untuk menganjur dialog. Kenapa wang yang bagitu banyak untuk sesi dialog dan apakah pencapaian dialog?

MAKSUD B.21 – KEMENTERIAN PERTANIAN DAN IDUSTRI ASAS TANI

10.  Nyatakan bilangan petani yang akan menikmati faedah pemberian Subsidi Baja Padi dan Insentif Peningkatan Hasil Padi yang melibatkan peruntukan RM 471 juta. Berapa kesan program beras ST15 untuk warga miskin. Sebab peruntukan banyak. Golongan yang ditutjui mest dapat manfaat nya.

MAKSUD B.28 – KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

11.  Sebanyak RM 150 juta dipohon untuk membayar Maswings Sendirian Berhad bagi sewa pajakan pesawat di Sabah dan Sarawak. Kenapa mahu bayar syarikat ini?  Siapakah pemilik syarikat Maswings Sendirian Berhad? Mohon Menteri berkenaan menyenaraikan butir-butir perbelanjaan bagi peruntukan tambahan ini.

MAKSUD B.47 – KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

12.  Sebanyak RM 8.6 juta dipohon untuk bayaran pampasan kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad atas alasan pembatalan slot masa siaran iklan dan televisyen RTM. Apakah sebab-sebab pembatalan? Adakah bayaran pampasan ini dimeterai dalam perjanjian di antara Kerajaan dan Utusan Malaysia?

MAKSUD B.60 – KEMENTERIAN PERTAHANAN

13.  Sebanyak RM 417 juta dipohon untuk membiayai kontrak senggaraan kapal selam Scorpene TLDM. Kenapakah peruntukan ini tidak dimohon dalam Bajet 2011? Adakah senggaraan ini satu perkara luar biasa yang tidak dapat dimasuk dalam anggaran perbelanjaan tahunan Kementerian?

MAKSUD B.62 – KEMENTERIAN DALAM NEGERI

14.  RM 30 juta dibelanja oleh Kementerian Dalam Negeri bagi maksud kawalan keselamatan semasa Pilhan Raya Umum DUN Sarawak. Ada kah jumlah ini luar jangkaan atau lebih daripada budget.

15.  Kenaikan harga barang yang melampau tidak mampu lagi dikendali oleh rakyat jelata.

Baru-baru ini, iaitu menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia daripada Januari hingga November 2010, harga makanan seperti gula, jem, coklat, dan madu naik 10.2%. Sayur-sayuran naik 8.1%, daging naik 2.9%, buah-buahan naik 1.7%, ikan dan makanan laut naik 1.6%. Manakala beras, roti, dan bijirin lain naik 0.9%. Harga makanan dan minuman juga meningkat 2.4% setahun dan kos pengangkutan naik sebanyak 1.4%. Kos perkhidmatan kesihatan juga meningkat sebanyak 1.7% setahun. Tetapi, gaji kakitangan awam tidak disemak dan tidak selari dengan kos sara hidup ketika ini. Satu laporan Bank Dunia menyatakan bahawa gaji di negara ini hanya naik 2.6% dalam tempoh 15 tahun.

Untuk makluman dewan yang mulia ini, 34% pekerja Malaysia memperoleh pendapatan kurang daripada RM720 iaitu di bawah penanda aras kemiskinan. Manakala 40% pekerja memperoleh pendapatan kurang daripada RM1500 sebulan dan 80% pekerja memperoleh pendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.

Seorang graduan yang memulakan kerja pada tahun 1990’an menerima pendapatan antara RM1500 hingga RM2000 dan gaji permulaan itu tidak berubah sehingga hari ini. Graduan yang memulakan kerja pada tahun 2011 masih menerima gaji yang sama seperti tahun 1990’an.

Kita dapat lihat bahawa rumah yang bernilai RM130,000 pada tahun 1990’an, ketika ini berharga RM500,000 dan kadar kenaikan harga rumah adalah sebanyak 7% setahun. Kita juga dapat lihat perbandingan harga kereta PROTON pada tahun 1990’an bernilai RM21,000 manakala ketika ini iaitu sekurang-kurangnya RM40,000 dan kadar kenaikan harga kereta keluaran Malaysia itu adalah sebanyak 3.1% setahun.

Tuan Yang di-Pertua,

Bagaimanakah rakyat yang mempunyai ahli keluarga seramai 4 hingga 5 orang mampu menyara keluarganya dengan kenaikan harga barang, tetapi gaji masih tidak dinaikkan. Pada masa yang sama Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri dan ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyeru rakyat untuk bersedia untuk kenaikan harga.

Ketika rakyat bersusah payah menghadapi kenaikan harga, kerajaan menarik balik subsidi untuk minyak masak, bahan api dan gula sebanyak RM24 bilion. Pada masa yang sama, subsidi untuk Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol yang dikendali oleh korporat besar yang mendapat keuntungan ratusan juta atau berbilion-bilion ringgit mendapat subsidi sebanyak RM84 bilion. Nampaknya kerajaan merompak rakyat dan menyokong syarikat kaya.

Bolehkah kerajaan dan menteri yang bertanggungjawab untuk polisi ekonomi memberitahu dewan yang mulia ini apakah cadangan-cadangan dan rancangan yang telah dan akan dilakukan untuk mengurangkan beban rakyat yang disebabkan kenaikan harga barang-barang.

Tuan Yang di-Pertua,

16.  Dalam tempoh 54 tahun pemerintahan Barisan Nasional (BN), ada banyak skandal berlaku yang mengakibatkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit. Contohnya seperti projek PKFZ, di mana RM4.6 bilion telah hilang, skandal kewangan koperasi sebanyak RM1.6 bilion dan skandal penyelewengan Perwaja sebanyak RM11 bilion. Wang yang digunakan oleh kerajaan untuk menyelamatkan GLC2 belanja berbilion2 ringgit. Kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM30 bilion dalam spekulasi mata wang asing antara tahun 1992 hingga 1994. kerajaan masih gagal mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab di atas kehilangan wang berkenaan kerana sehingga hari ini tiada yang didakwa.

Jika skandal-skandal besar ini tidak berlaku, kerajaan boleh memberi pendidikan dan perkhidmatan kesihatan percuma kepada murid sekolah dari tahun 1 sekolah rendah sehingga peringkat universiti seperti yang diamalkan oleh negara-negara Eropah. Dua perkhidmatan ini merupakan tanggungjawab asas kerajaan kepada rakyat. Adakah kerajaan ada melakukan kajian dan siasatan mengapa skandal-skandal besar ini berlaku dan apakah perubahan yang dilakukan dalam sistem peruntukan, kelulusan, dan pemberian wang oleh kerajaan? Saya harap menteri yang berkenaan akan memberi penjelasan di dewan yang mulia ini mengenai perubahan yang dibuat untuk mengetatkan dan mengelakkan skandal-skandal kewangan ini berulang lagi.

17.  Penswastaan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada PBT, menyebabkan perbendaharaan membayar tambahan RM500 juta setiap tahun. Jika PBT tidak dapat mengambil langkah untuk mengukuhkan mereka, kaji mengapa mereka tidak boleh mengurus atau hanya menswastakan PBT tertentu dan bukan semua PBT? Buat pengiraan yang betul dan telus dan rakyat yang terlibat mengapa mereka perlu membayar lebih jika perlu. Bukan menswastakan semua PBT dan kerajaan akhirnya membayar lebih RM500 setiap tahun. Penswastaan ​​di Malaysia menyebabkan rakyat membayar lebih untuk perkhidmatan yang lebih teruk. Ia adalah pelanunan. Kerajaan dan rakyat akhirnya akan menjadi miskin dan hanya memperkayakan kroni-kroni mereka. (RM2.30 kepada RM8 kemudian RM14).

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: