Langkah meningkatkan kecekapan pegawai penyiasat PDRM (IO)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011

 

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH            : 7 JULAI 2011 (KHAMIS)

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah pelan tindakan kerajaan bagi meningkatkan kecekapan pegawai penyiasat PDRM (IO) dan memastikan setiap laporan yang dibuat diambil tindakan dengan segera. Menurut statistik yang dikumpulkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), agensi yang paling banyak menerima aduan daripada orang ramai sepanjang tahun lalu ialah Polis Diraja Malaysia berkaitan isu kelewatan dan tiada tindakan yang diambil.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Senator yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, pihak PDRM sentiasa berusaha menambah baik penyampaian perkhidmatannya kepada rakyat. Dalam usaha mengatasi berkaitan isu dan keperluan penyiasatan PDRM telah merancang dan mengambil tindakan seperti berikut:

  1. Penstrukturan semula perjawatan Jabatan Siasatan Jenayah, ekoran kekurangan perjawatan sedia ada satu langkah penstrukturan semula telah diambil di mana pegawai-pegawai penyiasat telah disusun semula dengan memberi keutamaan kepada daerah-daerah yang mempunyai kadar jenayah indeks yang tinggi.
  2. Permohonan penambahan perjawatan pegawai penyiasat, Jabatan Siasatan Jenayahn secara keseluruhannya memerlukan seramai 4,848 pegawai bagi menampung keperluan diseluruh negara. Kertas pertimbangan telah pun dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kelulusan. Jabatan Siasatan Jenayah juga turut mengemukakan permohonan sebanyak 1,224 perjawatan tambahan menerusi keperluan NKRA bagi memberikan keutamaan kepada 24 daerah yang dikategorikan sebagai, dengan izin ‘hot spot’.
  3. Melaksanakan proses penempatan semula di mana pegawai-pegawai yang tidak melaksanakan tugas-tugas kepolisan telah diarahkan melaksanakan tugas sebagai pwgawai penyiasat. PDRM juga merancang untuk menempatkan pengawai penyiasat bukan sahaja di IPD malah di balai-balai supaya rakyat tidak perlu ke IPD untuk mendapatkan khidmat pegawai penyiasat.
  4. Konsep penyiasatan secara berkumpulan telah dirancang di mana konsep penyiasatan adalah di dalam kumpulan yang terdiri daripada 13 orang pegawai penyiasat iaitu satu Pegawai Penyiasat Kanan, tiga Pegawai Penyiasat dan sembilan Penolong Pegawai Penyiasat. Setiap kumpulan juga akan dibantu oleh anggota sokongan melibatkan dua detektif, dua anggota CSI, satu pemandu dan satu pegawai awam. Dengan cara ini proses siasatan akan dapat dipercepatkan dan lebih berkesan.
  5. Menambah baik sistem perkhidmatan menerusi Arahan dan SOP siasatan di mana garis panduan penyiasatan berkualiti telah disediakan dan diedar kepada semua pegawai yang terlibat untuk menjadi panduan pegawai-pegawai.
  6. Kursus dan latihan juga telah dirancang dan diadakan bagi meningkatkan kecekapan pegawai seterusnya menambah baik mutu perkhidmatan.
  7. Memberikan keperluan sokongan dan logistik kepada pegawai penyiasat. Setakat ini PDRM telah membekalkan 830 buah kereta secara gunasama khas untuk pegawai penyiasat dan PDRM juga sedang dalam perancangan untuk membekalkan komputer kepada semua pegawai penyiasat.
Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: