Kejayaan selepas penubuhan Model Baru Ekonomi (MBE)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011

 

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH            : 7 JULAI 2011 (KHAMIS)

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kejayaan-kejayaan yang dicapai sehingga sekarang selepas penubuhan Model Baru Ekonomi (MBE) dengan tujuan utama untuk meningkatkan pelaburan dalam negeri dan membawa pulang pekerja mahir dan profesional Malaysia yang bekerja di luar negara.

Jawapan 

Tuan Yang di-Pertua,

Model Ekonomi Baru mengatakan bahawa, Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya. Wawasan 2020 semestinya boleh dicapai melalui transformasi ekonomi, sosial, dan kerajaan. Untuk menggerakkan negara ke hadapan, Kerajaan telah merangka Model Ekonomi Baru (MEB) yang boleh dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Antara intipati Model Ekonomi Baru adalah meningkatkan pendapatan tahunan per kapita sebanyak USD7,000 (RM22,806) kepada USD15,000 (RM48,870) dalam tempoh 10 tahun. Ianya dapat dilakukan dengan membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi. Selain itu, Model Ekonomi Baru juga memberi perhatian kepada pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Di samping itu, modal insan berkepakaran akan dinilai berdasarkan kompetensi yang mereka miliki dan prestasi diukur berdasarkan peningkatan antarabangsa.

Kerajaan Malaysia memahami keperluan untuk menarik, membangun dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi untuk melaksanakan aktiviti kerja bertaraf dunia bagi mentransformasi ekonomi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, Talent Corporation (TalentCorp) telah ditubuhkan pada Januari 2011 dengan mandate untuk mencapai objektif tersebut.

Antara fokus utama TalentCorp adalah untuk menggalak rakyat Malaysia yang berkepakaran tinggi pulang ke Malaysia. Para pelajar yang sedang menyambung pelajaran di luar negara dan juga para profesional Malaysia yang sedang bekerja di luar negara merupakan talent pool yang harus diberi perhatian. Bagi menarik minat para pelajar Malaysia di luar negara, TalentCorp telah mengambil bahagian dalam Career Fair di United Kingdom dan United States of America. Seterusnya, TalentCorp juga akan mengambil bahagian dalam Career Fair di Australia. Objektif utama TalentCorp adalah memberi gambaran yang lebih jelas dan meningkatkan kesedaran para pelajar tersebut peluang kerjaya profesional yang kini semakin kompetitif.

Selain itu, Program Pakar (Returning Expert Program –REP) telah dipindahkan ke TalentCorp pada tahun 2011. Pada bulan April 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan insentif yang telah ditambahbaik. Program tersebut yang sebelum ini dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia telah ditambahbaik dari segi insentif dan pengukuhan mekanisme pelaksanaan. Pencapaian REP pada tahun 2009 adalah sebanyak 215 permohonan manakala tahun 2010 sebanyak 160 permohonan. Sejak pengumuman insentif yang telah ditambahbaik pada 12 April 2011, jumlah permohonan REP yang diterima sangat menggalakkan dan semakin meningkat dan dijangka akan mendapat sambutan yang lebih baik berbanding tahun 2009 dan 2010.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: