Bayaran pampasan kepada konsesi tol

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011

 

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH            : 7 JULAI 2011 (KHAMIS)

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan:

(a)         bilakah subsidi yang dibayar kepada konsesi tol dan pengeluar tenaga bebas (IPP) akan ditamatkan dan berapakah yang dibayar kepada konsesi-konsesi tol dan IPP ini setiap tahun bagi tempoh lima tahun yang lepas; dan

(b)         bolehkah kerajaan menamatkan bayaran kepada konsesi-konsesi tol dan IPP ini dengan mengambil kira golongan pekerja Malaysia yang berpendapatan rendah dan mengurangkan beban mereka.

Jawapan

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat,

Independent Power Producer – IPP

Kerajaan tidak pernah memperuntukan sebarang bentuk subsidi kepada pihak IPP. Apa yang sering kali disebut sebagai “subsisdi gas” adalah sebenarnya merujuk kepada jumlah hasil yang dilepaskan atau revenue foregone, dengan izin, oleh pihak PETRONAS selaras dengan keputusan kerajaan untuk menetapkan harga gas kepada sektor penjanaan elektrik pada kadar tertentu, khususnya bagi mengekalkan kadar tarif elektrik yang rendah kepada pengguna.

Kerajaan bukan merupakan pihak yang terlibat sedara langsung dalam perjanjian pembelian tenaga (power purchase agreement – PPA) di antara pihak utiliti dan IPP. Oleh yang demikian, sebarang bayaran bagi tujuan pembelian tenaga tersebut adalah dibuat oleh pihak utiliti kepada IPP dan tidak melibatkan sebarang bayaran oleh kerajaan.

Bayaran kapasiti serta pembelian tenaga yang dibuat oleh pihak utiliti (TNB atau SESB) kepada IPP adalah berdasarkan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara kedua-dua pihak tersebut. PPA ini merupakan perjanjian komersial di antara pihak utiliti (TNB atau SESB) dan IPP tanpa melibatkan kerajaan. Campur tangan kerajaan dalam perjanjian yang telah dimeterai ini akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap sistem undang-undang negara serta kerajaan Malaysia.

Subsidi Tol

Tanggapan bahawa kerajaan membayar subsidi tol kepada syarikat konsesi juga merupakan satu tanggapan yang tidak tepat. Apabila kerajaan meminta supaya syarikat konsesi mengutip tol pada kadar yang rendah daripada kadar yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi, kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi tersebut. Pampasan yang dibayar kepada syarikat konsesi merupakan subsidi kepada pengguna lebuhraya kerana menikmati kadar tol yang lebih rendah daripada kadar asal yang sepatutnya.

Jumlah pampasan yang dibayar kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya akibat penetapan kadar tol yang lebih rendah daripada kadar tol asal untuk lima tahun yang lepas sebagaimana yang direkodkan oleh pihak Kementerian Kerja Raya adalah seperti berikut:

2010:   RM946,906,131.20/-

2009:  RM934,604,098.76/-

2008: RM825,884,318.38/-

2007: RM877,703,474.87/-

2006: RM751,785,028.63/-

Kerajaan boleh menghentikan bayaran pampasan kepada syarikat konsesi tol sekiranya kerajaan membenarkan syarikat-syarikat konsesi tol tersebut mengutip top pada kadar yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: