Polisi pertanian untuk menambah pengeluaran makanan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011

 

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH            : 6JULAI 2011 (RABU)

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah polisi pertanian untuk menambah pengeluaran makanan dan menetapkan harga makanan pada tahap yang mampu dibayar oleh rakyat kerana perubahan cuaca dunia ketika ini akan menjejaskan pengeluaran makanan. Oleh itu, kerajaan harus berdikari malah mengeksport makanan ke luar negara.

Jawapan

 

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan di mana beberapa strategi dan langkah telah dikenal pasti dalam mengatasi kekurangan bekalan makanan seperti;

(i)       meneruskan pelaksanaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Pusat Fidlot Nasional, Ladang Kontrak dan Pembangunan Usahawan Asas Tani serta projek-projek di bawah NKEA Pertanian bagi meningkatkan pengeluaran sektor tanaman, ternakan, dan perikanan;

(ii)     membangunkan tanah pertanian secara optimum dengan tanaman selingan singkat masa;

(iii)   membangunkan sistem rantaian bekalan makanan yang lebih terangkum dan kukuh dengan penglibatan Kerajaan, swasta serta petani, penternak dan nelayan;

(iv)    menumpukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kepada pengeluaran makanan secara mampan termasuklah pembangunan variety dan baka; dan

(v)      meningkatkan penglibatan pihak swasta menerusi galakan pelaburan untuk menambah kapasiti pengeluaran dan sistem pengeluaran berteknologi tinggi.

Bagi memastikan harga bahan makanan pada tahap yang mampu dibayar oleh rakyat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang mengambil pendekatan berikut;

(i)       bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha membendung kenaikan harga bahan makanan; dan

(ii)      Kementerian juga mengadakan dialog bersama dengan persatuan-persatuan pengeluar bahan makanan utama bagi memastikan kenaikan harga pengeluaran berada di paras stabil dan untuk memelihara kepentingan petani/penternak/nelayan/usahawan.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: