Penubuhan Briged Setia Negara

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011

 

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH            : 6JULAI 2011 (RABU)

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah wajar dan relevan “Briged Setia Negara” dalam RELA ditubuhkan oleh PERKASA yang ekslusif untuk anggotanya. Apakah rasional penubuhan briged yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri pada Disember tahun lalu.

Jawapan

 

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Senator yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini bahawa, keahlian RELA adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dan sihat tubuh badan dan bebas dari sebarang rekod jenayah. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menganggotai pasukan RELA jika memenuhi syarat-syarat keahlian.

Kementerian Dalam Negeri tidak pernah menubuhkan Briged Setia Negara PERKASA dalam RELA. Kementerian Dalam Negeri hanya menubuhkan Briged Orang Asli yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Dalam Negeri pada 11 Disember 2010 bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan mereka kepada RELA.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: