Langkah Kerajaan dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011

 

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH            : 6JULAI 2011 (RABU)

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PERDAGANGAN ANTABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimanakah Malaysia mampu menjadi destinasi pelaburan menarik berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara dan apakah pelan tindakan kerajaan bagi memastikan persekitaran pelaburan Malaysia kekal sesuai dan kompetif untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI).

Jawapan

 

Tuan Yang di-Pertua,

Pada tahun 2010, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) telah meluluskan pelaburan di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan berjumlah RM47.2 bilion yang melibatkan sebanyak 910 projek, berbanding 766 projek dengan pelaburan bernilai RM32.6 bilion pada tahun 2009. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 428 projek melibatkan pelaburan asing berjumlah RM29.1 bilion (61.7%).

Jumlah projek yang diluluskan di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan bagi tempoh Januari hingga April 2011 adalah sebanyak 272 projek yang bernilai RM18.6 bilion menunjukkan keyakinan pelabur asing ke Malaysia terus kekal.

Tuan Yang di-Pertua,

Pelbagai langkah telah diambil oleh Kerajaan bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif dan mampu menjadi destinasi pelaburan menarik di Asia Tenggara di dalam usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI).

Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah:

  • Menambahbaik dasar-dasar semasa termasuk meliberalisasikan dasar-dasar berkaitan pelaburan bagi menggalakkan pelaburan di seluruh negara. Sebagai contoh, meluluskan lesen pengilang secara automatik kecuali bagi aktiviti-aktiviti sensitif mulai Disember 2008 dan pada April 2009, meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan bagi menggalakkan pertumbuhan dan pelaburan di dalam sektor perkhidmatan;
  • Memperkenalkan program bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mengandungi sistem pemantauan pertumbuhan ekonomi yang kukuh;
  • Memperkenalkan 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) yang dijangka menarik pelaburan yang tinggi ke Malaysia;
  • Menubuhkan Jawatankuasa Pelaburan yang dipengerusikan bersama oleh Menteri MITI dan Ketua Pegawai Eksekutif PEMAMDU bagi memastikan koordinasi yang lebih baik di antara semua agensi Kerajaan dan swasta berkaitan bidang pelaburan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah ETP;
  • Menjadikan MIDA sebagai agensi penggalakan pelaburan utama bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan. MIDA juga akan dikorporatkan dan diberi kuasa untuk membuat keputusan secara “real time” ketika berunding dengan para pelabur yang berpotensi;
  • Penambahbaikan sistem penyampaian Kerajaan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan atau (PEMUDAH);
  • Memperkenalkan pakej-pakej insentif tambahan untuk pengecualian cukai korporat kepada industri yang strategik dan bidang-bidang baru dan berteknologi tinggi seperti sektor sumber tenaga alternatif, “advanced electronics”, bioteknologi. photonik, peralatan perubatan, ICT, aeroangkasa dan petrokimia;
  • Menawarkan galakan insentif tambahan seperti insentif kali kedua kepada syarikat-syarikat yang sedia ada bagi menggalakan projek pembesaran dan diversifikasi di Malaysia; dan
  • menjalankan aktiviti promosi penggalakkan pelaburan dan perdagangan yang lebih agresif bagi menarik lebih banyak pelaburan tempatan dan asing.
About these ads
Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: