Kekejaman terhadap binatang

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011

 

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH            : 5 JULAI 2011 (SELASA)

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:

(a)          adakah kerajaan sedar akan penangkapan dan kekejaman terhadap binatang terutama yang hampir pupus seperti beruang dan ikan jerung kerana dijadikan produk makanan serta perubatan; dan

(b)          Bolehkah kerajaan mengharamkan penjualan makanan yang berasaskan binatang yang diancam kepupusan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu yang melakukan kekejaman terhadap binatang. Adakah kerajaan akan mengikut jejak langkah negeri Sabah yang telah mengharamkan pengimportan produk yang berasaskan hempedu beruang.

Jawapan

 

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Senator yang mengemukakan pertanyaan.

(a)          Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sememangnya pihak kementerian sedar mengenai isu penangkapan dan kekejaman terhadap hidupan liar yang hampir pupus yang dijadikan produk makanan serta perubatan. Spesis hidupan liar yang hampir pupus seperti beruang ini sebenarnya telah diberi status perlindungan yang tinggi di bawah perundangan negara iaitu, Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76, Akta 1972.

(b)          Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sememangnya telah menjadi dasar kerajaan untuk tidak membenarkan bukan sahaja penjualan makanan, malahan apa jua aktiviti lain yang melibatkan hidupan liar yang diancam kepupusan. Perkara ini telah diperuntukan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76 yang telah dikuatkuasakan dalam tempoh 40 tahun. Setiap kesalahan telah diambil tindakan tegas dan dihadapkan ke mahkamah. Dalam tempoh lima (5) tahun, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Jabatan PERHILITAN) mendakwa di mahkamah sebanyak enam (6) kes melibatkan spesis beruang. Bagi memantapkan lagi tindakan yang diambil terhadap pesalah jenayah hidupan liar, Jabatan PERHILITAN telah menggantikan Akta 76 tersebut dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] yang menghalang aktiviti penjualan binatang liar yang mana jika disabitkan kesalahan, denda yang tinggi dikenakan sehingga 30 kali ganda atas kesalahan merangkumi binatang liar, bahagian dan terbitan binatang liar tersebut.

Sekian, terima kasih.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: