Bilangan RELA ditambah

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011

 

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH            : 5 JULAI 2011 (SELASA)

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan siapakah yang memantau RELA. Ada dakwaan yang mengatakan bahawa kerajaan akan menambahkan bilangan RELA dan kuasa RELA pada ketika ini telah melebihi kuasa yang ada pada pasukan polis serta dibenarkan membawa senjata.

Jawapan

 

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Senator yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, bahawa Kawalan dan Operasi Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) digariskan di bawah Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Peraturan-peraturan (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Di bawah peraturan ini dinyatakan bahawa seorang Ketua Pengarah RELA, dilantik di kalangan Pergawai Perkhidmatan Awam yang bertanggungjawab di bawah arahan dan kawalan Menteri Dalam Negeri. Selain itu, beberapa Pengarah RELA dan lain-lain pegawai yang difikirkan perlu bagi maksud dan kawalan Ketua Pengarah RELA. Pegawai yang dilantik mengikut peruntukan di bawah peraturan ini (Peraturan 4(1) dan (2) atau di definasikan sebagai “pihak berkuasa yang berwibawa” dibenar dan diberi kuasa membawa senjata termasuklah senjata api dan peluru bagi maksud menjalankan kewajipan mereka (Peraturan 4A(1)(a)).

Sungguhpun begitu, ahli atau anggota RELA yang telah mendaftarkan diri mengikut peraturan 6(1), layak dan mempunyai kuasa sekiranya dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa menggunakannya dan membawa senjata api bagi melaksanakan kewajipannya. Sungguhpun begitu penggunaan, kawalan dan perlesenan senjata api masih tertakluk dan dikawal dibawah Akta Senjata 1960 (Akta 206). Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37). Tindakan penambahan ahli baru supaya menganggotai Pasukan RELA adalah sesuai dengan objektif, hala tuju dan penjenamaan semula Pasukan RELA supaya lebih berdaya saing dan relevan dalam tuntutan tanggungjawab semasa. Kaedah penambahan keahlian digerakkan sejak Julai 2009 yang bermatlamat kearah mempelopori kaedah keselamatan, keamanan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat jelata.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: