Penghantaran pulang tahanan dan penguatkuasaan di depot tahanan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011

 

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH            : 4 JULAI 2011 (ISNIN)

 

Soalan 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

(a)         mengapa perlu mengambil masa yang lama untuk menghantar tahanan pulang ke  negara masing-masing. Kejadian tahanan yang merusuh dan lari dari depot tahanan sering kali berlaku; dan

(b)         bagaimana kerajaan dapat memastikan sistem pemantauan dan penguatkuasaan Jabatan Imegresen dilaksanakan dengan berkesan di depot-depot tahanan di seluruh negara supaya kejadian yang sama tidak berulang dan kebajikan tahanan dijaga.

Jawapan

 

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Senator yang mengemukakan pertanyaan.

(a)          Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan seboleh-bolehnya ingin proses pengusiran dilaksanakan sesegera mungkin kerajan kerajaan perlu menampung kos bagi setiap tahanan selagi mereka masih berada di dalam depot tahanan. Namun begitu, kadang kala proses penghantaran pulang ini mengambil masa kerana faktor-faktor seperti berikut:

i.  Dokumen perjalanan PATI – PATI tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan ini akan mengambil masa yang lebih lama kerana perlu menunggu pengeluaran dokumen perjalanan oleh pihak kedutaan;

ii.   Tiket Pengangkutan – PATI tidak mempunyai /tidak mampu menyediakan tiket pengangkutan akan melewatkan pengusiran dan mengakibatkan kerajaan Malaysia menanggung kos; dan

iii.  Pengesahan oleh pihak kedutaan – Dalam kes-kes tertentu, pihak kedutaan menghadapi masalah pengesahan kewarganegaraan seseorang PATI. Oleh demikian, pihak kedutaan perlu menjalankan siasatan terperinci bagi mengesahkan taraf kewarganegaraan PATI berkenaan. Ada kalanya, pihak kedutaan perlu merujuk ke negara asal mereka bagi mengesahkan maklumat.

(b)          Kementerian sentiasa berusaha untuk menambah baik sistem pemantauan dan pengurusan di depot-depot imigresen. Ini termasuklah dengan penambahbaikan terhadap kawalan keselamatan di kawasan persekitaran depot seperti penaiktarafan infrastruktur dan pemasangan pagar anti-climb, mengasingkan tahanan yang dianggap agresif, mencampurkan tahanan dari perlbagai kewarganegaraan agar tidak berpuak-puak serta meningkatkan penekanan terhadap aspek kebajikan dan kesihatan tahanan.


Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: