Manfaat pembangunan di Sungai Besi oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011

 

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH            : 4 JULAI 2011 (ISNIN)

 

Soalan 

Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah rakyat akan mendapat manfaat daripada pembangunan di kawasan lapangan terbang Sungai Besi yang akan dimajukan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki penuh oleh kerajaan.

Jawapan

 

Tuan Yang di-Pertua,

Pihak 1MDB telah mencadangkan Projek Pembangunan Semula Sungai Besi kepada Bandar Malaysia sebagai sebuah pembangunan hartanah strategik yang menjangkaui erti kata lazim dalam pembangunan hartanah. Ia akan membuka kunci nilai strategik aset kerajaan bagi memperolehi kesan berganda tinggi melalui potensi ekonomi yang ada pada aset ini.

Pembangunan ini adalah satu pembanguan bersepadu yang menekankan konsep keseimbangan antara hidup dan kerjaya. Ia akan menawarkan kawasan hijau yang lapang bagi warga kota, ruang terbuka untuk kegunaan komuniti, rangkaian pengangkutan awam yang efisien serta institusi pendidikan bertaraf antarabangsa.

Lebih penting lagi, pembangunan keseluruhan Bandar Malaysia yang akan dibuka kepada seluruh peringkat masyarakat Malaysia akan menjadi satu tempat bertemu, berkumpul, dan bertukar idea, bagi memupuk semangat kekitaan di antara penghuni bandaraya Kuala Lumpur.

Bandar Malaysia juga akan menjadi salah satu daripada sepuluh tapak pembangunan bagi Projek PR1MA, ataupun Projek Perumahan 1Malaysia. Selaras dengan konsep pembangunan keseluruhan projek, komponen Projek PR1MA di Bandar Malaysia akan merangkumi pembinaan rumah mampu milik berpangsikan gaya hidup berkualiti.

Ciri-ciri pembangunan Projek PR1MA di Bandar Malaysia bermatlamat untuk memenuhi keperluan perumahan masa kini selaras dengan arus permodenan, dan pada masa yang sama menggalakkan peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia berpendapatan sederhana.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: