Kualiti pelajar Program Pengajian Perubatan di IPT

Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terdapat sekarang 19 kolej universiti perubatan swasta dan 15 kolej universiti perubatan kerajaan. Nampaknya bilangan yang banyak. Bagaimanakah kualiti terjamin? Baru-baru ini MAA membangkitkan keraguan mengenai kualiti pelajar di kolej-kolej ini. Apakah jaminan kerajaan untuk mengekalkan kualiti pendidikan perubatan di semua kolej universiti ini.

 

Dato’ Saifuddin bin Abdullah. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Mengenai kebimbangan Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah tentang kualiti program perubatan di IPT. Suka saya maklumkan bahawa proses penilaian kualiti bagi Program Pengajian Perubatan di IPT adalah sangat ketat dan dipantau oleh badan profesional. Pelaksanaan program perubatan dikawal oleh Malaysia Medical Council (MMC) yang bertanggungjawab menetapkan standard tertentu yang perlu dipatuhi oleh IPT sebelum sesuatu program pengajian perubatan diberi status akreditasi. Keputusan akreditasi oleh MMC akan diterima pakai oleh MQA untuk didaftar di dalam MQR.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pemberian akreditasi oleh MMC untuk program perubatan hanya untuk tempoh tertentu sahaja dan IPT perlu memohon semula pembaharuan akreditasi sebelum tamat tempohnya. Proses penilaian akan dijalankan semula sebelum pembaharuan akreditasi dikeluarkan. Ini akan dapat memastikan kualiti graduan yang dihasilkan akan sentiasa terjamin.

Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Muka hadapan akhbar The Sun bertarikh 5 May 2011 memaparkan berita bahawa semua penawaran kursus baru dalam bidang perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) dibekukan selama lima tahun yang berkuatkuasa pada 1 May 2011. Alasan yang diberikan kerana peningkatan ketara bilangan graduan perubatan, dan kompetensi graduan ini yang menjalani latihan praktikal di hospital.

Menteri nampaknya hanya memberikan satu jawapan untuk menenangkan ahli-ahli parlimen tetapi hakikatnya berbeza. Adakah kolej dan universiti perubatan ini diiktiraf oleh badan akreditasi antarabangsa? Sehingga Kementerian Pengajian Tinggi tidak perlu berehat dan merasa puas. MMA telah menyatakan keprihatinan terhadap kualiti graduan perubatan tempatan dan saya minta kementerian untuk menghentikan penurunan kualiti graduan, jika tidak keseluruhan profesion perubatan akan terjejas.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: