Program Kembali Bekerja PERKESO

20 April 2011

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:

(a)          apakah analisis kos-faedah bagi Program Kembali Bekerja atau Return to Work (RTW) dan adakah program ini memberi manfaat kepada ahli dan PERKESO. Berapakah pegawai baru yang telah dilantik untuk mengendalikan program ini. Bagaimana pula dengan tahap pengetahuan dan pencapaian mereka serta kenaikan kos pentadbiran akibat program berkenaan.

(b)          berapakah perunding yang terlibat untuk memberi perkhidmatan dalam program ini dan berapakah amaun yang telah dibayar sejak tahun 2009. Adakah program ini juga melibatkan pekerja di Sabah dan Sarawak.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Berikut adalah jawapan kepada pertanyaan Y.B. Dr. S. Ramakrishnan berkaitan PERKESO.

(a)   Analisis kos faedah bagi Program Kembali Bekerja (Return to Work)

Program Return to Work (RWT) boleh dianalisa dari 2 aspek, iaitu dari aspek kuantitatif dan kualitatif, program ini memang memberikan manfaat kepada ahli (pekerja) dan PERKESO. Butiran terperinci mengenainya boleh diperihalkan berdasarkan hasil kajian analisis kos faedah seperti berikut:

  • Dari 1,640 pekerja yang cedera dan dirujuk untuk mengikuti RTW, seramai 1,004 atau bersamaan 61% telah berjaya dipulihkan dan kembali bekerja. Kes yang dirujuk untuk program RTW ini terdiri daripada orang berinsurans PERKESO yang berada di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan juga Skim Penen Ilat.
  • Mengikut kajian dari segi aspek kuantitatif pula, purata pulangan program ini terhadap Orang Berinsurans yang telah kembali bekerja adalah sebanyak RM319,602.37. Pulangan program ini terhadap Orang Berinsurans yang berjaya untuk kembali bekerja berbanding dengan kos pembiayaan program ini adalah 98.60 nisbah 1 (98.80:1).
  • Dari segi aspek kualitatif, pulangan faedah kualitatif diukur berdasarkan Visual Analog Scale (VAS 100mm). Hasil dari kajian tersebut, menunjukkan bahawa majoriti peserta yang mengikuti program ini menunjukkan perubahan yang positif dalam aspek yang dinyatakan di bawah:

v  Kemahiran                           – pembaikan 1.30mm

v  Halatuju Kerjaya                  – pembaikan 1.35mm

v  Kebergantungan                  – pembaikan 1.20mm

v  Harga Diri                            – pembaikan 1.17mm

v  Keyakinan                            – pembaikan 1.44mm

v  Keadaan Kesihatan              – pembaikan 1.30mm

v  Toleransi pada kesihatan    – pembaikan 1.11mm

 

Rajah 1: Rajah analisis kualitatif bagi 7 nilai-nilai individu

  • Dari segi kemurungan, kecemasan dan tekanan pula, skor purata yang ditunjukkan oleh Orang Berinsurans adalah seperti berikut:
  • Kemurungan (Depression)  – pengurangan skor sebanyak 6.43
  • Kecemasan (Anxiety)           – pengurangan skor sebanyak 6.17
  • Tekanan (Stress)                  – pengurangan skor sebanyak 6.18

Rajah 2: Analisis kualitatif dari segi kemurungan, kecemasan, dan tekanan

(b)   Bilangan Pengurus Kes Baru dan Pencapaian

PERKESO telah melantik 25 orang Pengurus Kes pada tahun 2009 menjadikan jumlah pengurus keseluruhan sebanyak 35 orang. Prestasi 25 orang pengurus kes sehingga sekarang telah berjaya memulihkan seramai 1,004 orang yang berinsurans dan kembali bekerja.

(c)   Kos menggaji 25 orang pengurus kes

PERKESO telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM72,562.50 sebulan termasuk pembayaran caruman untuk KWSP dan juga PERKESO bagi menggaji 25 pengurus kes.

(d)    Kenaikan kos pentadbiran akibat Program Return to Work

PERKESO telah mengadakan kerjasama dengan 5 buah penyedia perkhidmatan rehabilitasi dalam menyediakan perkhidmatan pemulihan rehabilitasi merangkumi bidang fisioterapi, occupational dan psikologi. Penyedia perkhidmatan berkenaan ialah:

  • DBC Spine & Rehabilitation Centre
  • Sau Seng Lum Rehabilitation, Puchong
  • Penang Adventist Hospital
  • Klinik Coomfort Melaka
  • Negeri Sembilan Chinese Maternity Hospital

Amaun yang telah dibayar sejak tahun 2009 hingga tahun 2010 kepada penyedia perkhidmatan rehabilitasi ini ialah RM1,979,332.00.

(e)   Program ini juga turut melibatkan pekerja di Sabah dan Sarawak, dan 2 orang Pengurus Kes ditempatkan di setiap negeri berkenaan bagi mengendalikan kes-kes Return to Work di sana.


Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: