Perbelanjaan untuk Pilihanraya Kecil (PRK)

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan:

(a)          berapakah yang dibelanjakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk setiap Pilihanraya Kecil (PRK) selepas tahun 2008; dan

(b)          adakah kerajaan pusat dan kerajaan negeri melanggar undang-undang pilihanraya dalam perbelanjaan untuk setiap Pilihanraya Kecil berkenaan.

Jawapan

 

Datuk Liew Vui Keong

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang Di-Pertua,

Anggaran perbelanjaan yang digunakan oleh SPR bagi menjalankan Pilihanraya Kecil (PRK) adalah di antara RM318,000.00 hingga RM1,290,000.00, bergantung kepada kawasan pilihan raya yang terlibat dalam pilihan raya tersebut.

Perincian jumlah keseluruhan perbelanjaan setiap PRK sejak Pilihanraya Umum ke-12 diadakan adalah seperti berikut:

Bil

Bahagian Pilihan Raya

Jumlah Perbelanjaan

1

P.44 Permatang Pauh RM409,000.00

2

P.36 Kuala Terengganu RM325,416.00

3

P.59 Bukit Gantang RM460,971.00

4

N.25 Bukit Selambau RM318,000.00

5

N.29 Batang Ai RM391,700.00

6

N.12 Penanti RM514,600.00

7

N.41 Manek Urai RM548,003.00

8

N.11 Permatang Pasir RM461,367.00

9

N.31 Bagan Pinang RM449,485.00

10

P.94 Hulu Selangor RM1,200,000.00

11

P.212 Sibu RM1,000,000.00

12

P.185 Batu Sapi RM1,290,000.00

13

N.45 Galas RM1,047,000.00

14

N.05 Tenang RM1,100,000.00

15

N.27 Merlimau RM755,000.00

16

N.28 Kerdau RM915,000.00

Perlu dijelaskan bahawa dalam melaksanakan suatu acara yang besar seperti PRK, sudah pasti ia melibatkan perbelanjaan kewangan yang besar bagi menampung setiap kos perbelanjaan dan perkhidmatan yang digunakan untuk setiap pilihan raya kecil yang dijalankan. Ini kerana acara seperti ini melibatkan banyak perkara seperti pengangkutan, tempat tinggal, makanan serta minuman dan sebagainya.

Berhubung dengan pelanggaran Undang-undang Pilihan Raya, perlu dijelaskan bahawa undang-undang ini adalah berkaitan dengan pilihan raya, oleh yang demikian ianya tida menyentuh isu perbelanjaan pilihan raya oleh kerajaan atau jentera pentadbiran. Sekiranya terdapat salah laku perbelanjaan atau penyalahgunaan kuasa ia adalah di bawah bidang kuasa undang-undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
(SPRM) dan perlu dilaporkan kepada pihak berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: