Perbelanjaan untuk mempromosikan kempen 1Malaysia

28 April 2011 

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk mempromosikan kempen 1Malaysia pada tahun 2010 dan bagaimana ia dibelanjakan.

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah melaksanakan berbagai-bagai aktiviti dan program bagi mempromosikan Gagasan 1Malaysia kepada masyarakat umum dengan menggunakan setiap kepakaran, kemahiran, dan sumber manusia yang sedia ada di semua jabatan dan agensi di bawahnya tanpa melantik mana-mana perunding luar.

Bagi tahun 2010, jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi melaksanakan promosi Gagasan 1Malaysia yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan adalah sebanyak RM2,941,884.80. Peruntukan ini meliputi kos untuk melaksanakan program-program Jabatan sebanyak RM1,243,579.30, kos pengiklanan sebanyak RM917,596.50, kos penerbitan sebanyak RM443,675.00 dan pembelian barangan/cenderamata sebanyak RM337,034.00. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pula hanya menggunakan peruntukan Dasar Sedia Ada bagi melaksanakan program-program untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia berjumlah RM1,009,800.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: