Penambahsuaian program BTN

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan apakah kajian atau penambahsuaian program BTN yang kerajaan lakukan kerana terdapat bukti-bukti yang menunjukkan peserta-peserta ditanam sifat kebencian terhadap kaum dan parti politik pembangkang serta modul-modul programnya memesongkan fakta sejarah.

Jawapan

 

Tuan Yang Di-Pertua,

Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi menyedia dan melaksanakan program-program kenegaraan yang melibatkan semua lapisan masyarakat dan etnik di kalangan orang ramai termasuk warga institusi pendidikan, belia, kakitangan awam, pekerja sektor swasta, anggota pertubuhan bukan kerajaan serta pemimpin dan pemaju masyarakat.

Tujuan pelaksanaan program BTN ialah untuk melahirkan anggota masyarakat yang memiliki jati diri, semangat patriotik dan perpaduan yang tinggi. sikap dan nilai ini boleh menyediakan rakyat bagi menghadapi situasi semasa yang semakin mencabar yang membolehkan kita menjadi sebuah negara maju yang lebih mantap menjelang tahun 2020.

Sebagai sebuah agensi latihan, BTN sentiasa melakukan panambahbaikan dan pengubah suaian program yang dilaksanakannya sesuai dengan perubahan kerperluan semasa rakyat dan negara. Mulai tahun 2009 agensi ini memberi fokus program latihannya kepada gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Begitu juga sewaktu mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad, BTN memberi fokus kepada wawasan 2020 dan sewaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi pula kita mengutamakan perkara berkaitan Modal Insan. Penambahbaikan yang dilakukan adalah secara berkala dan berasaskan kepada penilaian pelanggan kita yakni peserta program, dan nasihat dari siri diskusi bersama pakar dan panel berwibawa. Keberkesanan silibus dan isi kandungan program sentiasa berada pada tahap tinggi. Sebagai contoh, pada tahun 2010, sejumlah 52,702 peserta yang telah hadir dalam 450 buah Kursus Kenegaraan BTN telah memberikan markah tertinggi (iaitu 9 dari 10) kepada pencapaian objektif program yang dihadiri mereka.

Kesimpulannya, BTN sentiasa menganalisa keberkesanan programnya dari masa ke semasa. Asas pindaan silibus yang dibuat ialah penilaian dari rakyat yang pernah hadi program dan nasihat yang diberi oleh panel yang dilantik. Persepsi-persepsi lain sama ada secara khabar angin dari media atau percakapan bukanlah menjadi asas utama kepada penambahbaikan yang dilakukan.

Sekian, terima kasih.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: