Kos pembedahan pesara

19 April 2011


Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:

(a)          mengapakah kos pembedahan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi seperti pembedahan jantung terpaksa ditanggung oleh isteri pesara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat; dan

(b)          apakah pelan tindakan kerajaan bagi mengurangkan kos perubatan yang terpaksa ditanggung oleh golongan pesara ini memandangkan harga barang semakin naik.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a)   Mengikut pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009, semua perbelanjaan pesara untuk pembedahan jantung di hospital-hospital Kerajaan adalah ditanggung oleh Kerajaan. Bagi perbelanjaan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) juga turut ditanggung oleh Kerajaan setelah pesara tersebut mendapat rawatan di hospital-hospital Kerajaan.

(b)   Kerajaan akan tetap menanggung semua kos perbelanjaan perubatan bagi semua golongan pesara yang mendapatkan rawatan di semua hospital-hospital Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: