Garis panduan buku teks dan penggunaan novel Interlok

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah novel Interlok memenuhi semua garis panduan buku teks dan apakah keputusan kementerian mengenai penggunaan novel berkenaan.

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak 667 buah novel yang dicadangkan sebgai teks Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu (Komsas) bagi kegunaan Tingkatan 1 hingga 5. Namun begitu, ke semua novel tersebut perlu melalui proses pemilihan dan penyaringan yang ketat sebelum dipilih sebagai teks Komponen Sastera dalam Mata pelajaran Bahasa Malaysia. Novel-novel tersebut akan dinilai oleh enam (6) jawatankuasa di peringkat Kementerian, yang ahli-ahlinya terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai disiplin ilmu. Ini adalah untuk memastikan Interlok memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu karya asal yang ditulis dalam Bahasa Melayu, menepati Kurikulum Bahasa Melayu, mendukung nilai-nilai murni, menimbulkan kesan nasionalisme yang kuat dan mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. Selain itu, keutamaan adalah kepada hasil karya Sasterawan Negara, pemenang anugerah S.E.A. Write Award dan pemenang hadiah Sayembara Sastera.

Seperti yang telah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat pada 24 Mac yang lalu, keputusan telah dibuat iaitu penggunaan novel Interlok terus dikekalkan. Walaubagaimanapun, selain beberapa perubahan yang dibuat di atas persetujuan penulis novel ini dan beberapa perubahan lain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Panel Bebas, novel ini akan dikekalkan penggunaannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perubahan-perubahan ini hanya akan dilaksanakan pada cetakan novel ini yang seterusnya. Selain dari itu, KPM akan menyediakan satu glosari untuk memperjelaskan beberapa frasa dan konsep yang terkandung dalam novel yang memaparkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita. 

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: