Rampasan (hijackings) di pelabuhan dan terminal lapangan terbang

19 April 2011

 

Soalan


Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

(a)          apakah pelan tindakan kerajaan untuk mencegah kecurian dan rampasan (hijackings) pelbagai jenis barangan di pelabuhan dan terminal lapangan terbang; dan

(b)          berapakah kes yang berjaya diselesaikan dan berapakah penjenayah yang berjaya diberkas.

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Senator yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak tahun 2006, PDRM telah menubuhkan Task Force Kargo di semua Kontinjen Polis di Semenanjung Malaysia bagi menangani 4 jenis kes iaitu samun Motolori bermuatan (hijacking), samun gudang/kilang, pecah gudang/kilang dan curi Motolori bermuatan. Melalui penubuhan task force ini PDRM mengambil langkah mengikut peringkat iaitu pencegahan dan tindakan bagi mencegah kes kecurian dan rampasan berlaku.

Tuan Yang Di-Pertua,

Sebagai langkah pencegahan, PDRM telah bekerjasama dengan agensi-agensi, persatuan-persatuan industri yang lain, syarikat-syarikat keselamatan dan pengangkutan seperti Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICC), Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, PDRM sering juga mengadakan operasi khas bagi membendung kejadian jenayah kecurian dan rampasan ini berlaku.

Sehubungan dengan itu, PDRM juga turut memberi khidmat nasihat mengenai keselamatan kepada komuniti industri bagi mempertingkatkan kesedaran mengenai tahap keselamatan dan modus operandi penjenayah yang terkini. Melalui langkah ini juga PDRM dapat memberi pengetahuan kepada komuniti industri mengenai penggunaan alat keselamatan berteknologi tinggi bagi mempertahankan diri atau barangan serta mengurangkan peluang penjenayah melakukan kegiatan curi atau rampasan.

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tahun 2008 sehingga 2010 sebanyak 179 kes rampasan dilaporkan berlaku. Dari jumlah tersebut sebanyak 44 kes Berjaya diselesaikan oleh pihak PDRM. Jumlah penjenayah yang Berjaya diberkas oleh PDRM adalah seramai 136 orang.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: