Penilaian pengetua sekolah dan penolong kanan terhadap prestasi guru

26 April 2011

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:

(a)          bagaimanakah kerajaan dapat memastikan bahawa pengetua sekolah dan penolong kanan (PK1) menilai guru-guru mereka secara objektif, adil dan saksama, serta memberi ganjaran atau penghargaan kepada mereka yang benar-benar layak tanpa pilih kasih; dan

(b)          apakah pelan tindakan kerajaan bagi memastikan bahawa sekolah-sekolah di negara ini dapat terus memiliki guru yang berkesan, profesional, cekap, dan matang.

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah pun menyediakan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 sebagai garis panduan berhubung sistem pengurusan prestasi pegawai perkhidmatan awam. Berdasarkan pekeliling tersebut, penilaian ke atas seorang pegawai hendaklah berdasarkan ke atas sasaran kerja tahunan yang telah dipersetujui di antara Pegawai dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD) dalam tempoh sepanjang tahun dan berterusan.

Dalam konteks penilaian prestasi guru sekolah, mereka dikecualikan daripada mengisi Sasaran Kerja Tahunan (SKT), sebagai ganti Buku Rekod Mengajar adalah asas penilaian prestasi guru-guru.

Sehubungan itu, Pengetua selaku Pegawai Penilai Kedua (PPK) dan Penolong Kanan selaku Pegawai Penilai Pertama (PPP) hendaklah menilai guru-guru berdasarkan Buku Rekod Mengajar yang telah disediakan supaya penilaian adalah objektif, adil dan telus.

Bagi memastikan bahawa sekolah-sekolah di negara ini dapat terus memiliki guru yang berkesan, professional, cekap, dan matang, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menghasilkan instrument Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010) yang mempunyai 5 Standard untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah. Instrument ini digunapakai oleh semua sekolah di bawah KPM di seluruh negara untuk Penarafan Kendiri Sekolah (PKS). Berdasarkan SKPM ini, sekolah akan diberi ranking. Sekolah yang berada di dalam ranking 10% tercorot akan diberikan tumpuan oleh PPD, JPN, dan KPM melalui School Improvement Programme (SIP) bagi tujuan penambahbaikan. Manakala bagi sekolah yang cemerlang, pemimpin pentadbiran dan guru-guru akan menikmati ganjaran berupa kewangan dan bukan kewangan sebagai insentif di atas usaha berterusan melonjakkan prestasi sekolah ke tahap yang diiktiraf.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: