Penglibatan PROTON dalam F1

26 April 2011

 

Soalan

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasionalnya PROTON membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk program F1 dan apakah kos-manfaat perbelanjaan untuk program berkenaan.

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, penglibatan Proton Holdings Berhad (PROTON) dalam F1 adalah melalui anak syarikatnya, Group Lotus Plc (LOTUS). LOTUS merupakan  salah sebuah syarikat automotif tersohor yang menaikkan nama dan status perlumbaan F1. LOTUS sebelum ini, pernah memenangi tujuh Construction’ Championships, enam Drivers’ Championships, 73 kemenangan di dalam perlumbaan dan 102 pole position.

Rasional penglibatan PROTON dalam perlumbaan F1 adalah supaya ia dapat dijadikan sebuah platform bagi penjenamaan (branding platform) yang akan memperkenalkan jenama PROTON setelah mengambil kira keupayaan sukan tersebut menarik penonto dari setiap pelosok dunia. Sebagai contoh, pada musim 2010, seramai 527 juta penonton dari 187 buah negara telah menyaksikan perlumbaan F1. Sementara itu, kejayaan kumpulan Lotus Renault Grand Prix (LRGP) merangkul tempat ketiga di Australia dan Malaysia pada tahun ini, telah membuktikan prestasi kereta tersebut setanding dengan jenama-jenama kereta lain.

Di samping itu juga, objektif utama pembabitan ini adalah untuk membangunkan lagi industri automotif tempatan bagi membawanya ke tahap yang baru. Dengan kepakaran yang ditimba oleh jurutera-jurutera PROTON melalui latihan dan pekerjaan di dalam pelbagai sub-bidang oleh Kumpulan LOTUS, PROTON dapat menyerap kepakaran ini bukan sahaja buat PROTON, tetapi mengimport ilmu yang dipelajari ini ke dalam industri automotif negara. Pada peringkat awal, satu program secondment telah dilaksanakan di mana 25 jurutera dari PROTON diberi peluang untuk menimba ilmu dan menambah pengalaman bersama kumpulan tersebut.

Kepakaran yang bakal dimiliki oleh PROTON hasil daripada technology transfer akan menaikkan lagi tahap dan prestasi kereta-kereta keluaran PROTON dengan adanya capability enhancement dari segi kepakaran jurutera-jurutera PROTON, selain turut memberi skill development jrutera-jurutera PROTON.

Dalam pada itu, penglibatan PROTON menerusi LOTUS dalam sukan automotif ini juga bakal memberi pulangan dan manfaat yang berlipat ganda kepada Kumpulan PROTON iaitu melalui penjualan jenama LRGP. Oleh itu, bagi memastikan kejayaan dan menjaga jenama LRGP, PROTON telah melantik individu-individu yang berkelayakan dan mempunyai rekod prestasi cemerlang serta kepakaran dalam biang tersebut di antaranya Dany Bahar, yang sebelum ini menempah nama melalui kumpulan Ferrari dan Red Bull dan Jean Alesi, seorang ikon F1 sebagai Brand Ambassador LRGP.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: