Ruangan baru di dalam borang kemasukan ke IPTA untuk kaum India

25 April 2011

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:

(a)          mengapa perlu menambah satu ruangan baru di bahagian kaum yang perlu diisi oleh kaum India iaitu subgroup contohnya Telegu, Malayali, dan sebagainya di dalam borang permohonan kemasukan ke universiti yang langsung tidak mencerminkan semangat 1Malaysia; dan

(b)          mengapa jika berurusan di pejabat kerajaan, soalan pertama yang diajukan adalah apakah agama atau bangsa. Adakah soalan ini wajar jika kerajaan mahu semangat 1Malaysia berjaya dilaksanakan.

 

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, maklumat kaum bagi permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf di IPTA, Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Kemahiran Awam (ILKA) adalah dibuat berdasarkan senarai kaum daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini bertujuan untuk memastikan penyelarasan pemadanan data permohonan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dapat dilakukan bagi pengesahan maklumat peribadi pemohon memandangkan Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf hanya terbuka kepada calon warganegara Malaysia sahaja. Pengesahan taraf kewarganegaraan calon juga penting bagi memastikan pinjaman/pembiayaan pendidikan oleh PTPTN dan Tabung Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia hanya dikeluarkan kepada warganegara sahaja.

Ruangan kaum mengikut senarai JPN juga perlu dimasukkan di dalam borang permohonan bagi tujuan memproses status Bumiputera yang menjadi dasar pemilihan kemasukan ke beberapa Program Pengajian Lepasa SPM/Setaraf seperti Program Asasi di UM, UIAM, dan UNIMAS serta Program Asasi, Diploma dan Ijazah Pertama UiTM.


Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: