Persatuan berasaskan agama

21 April 2011

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:

(a)          berapakah jumlah sekolah di seluruh Malaysia yang mempunyai persatuan berasaskan agama memandangkan persatuan agama ini akan memberi galakkan dan memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar; dan

(b)          apakah pelan tindakan kerajaan bagi menggalakkan penubuhan persatuan berasaskan agama selain persatuan agama Islam di sekolah-sekolah yang mempunyai ramai pelajar bukan Islam.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, agama Islam merupakan agama rasmi yang perlu dihormati dan pada masa yang sama tidak menafikan agama-agama lain diamalkan di negara ini termasuklah dalam penubuhan persatuan agama bukan Islam. Sehingga akhir 2010, sebanyak 196 persatuan agama Kristian yang telah berdaftar di sekolah-sekolah mubaligh di seluruh negara. Sehubungan dengan itu juga, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Garis Panduan Penubuhan Persatuan Bukan Agama Islam di Sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.2 Tahun 2011.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula pada tahun 2011, semua sekolah boleh menubuhkan persatuan bukan agama Islam sekiranya memenuhi syarat-syarat sepertimana yang telah dinyatakan dalam Surat Pekeliling tersebut.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: