Lokasi pejabat PERKESO

18 April 2011

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah menteri akan mempertimbangkan cadangan untuk mengkaji semula lokasi pejabat-pejabat PERKESO supaya lebih mesra pelanggan (customer-friendly) serta dapat memudahkan pelanggan berurusan dengan mudah dan cepat. Sebagai contoh, lokasi Pejabat PERKESO Petaling Jaya di Jalan Selangor tidak memudahkan pelanggan, khususnya mereka yang kurang upaya yang mengalami kesulitan mendapatkan pengangkutan awam ke pejabat tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

i.          Pada dasarnya, adalah menjadi amalan PERKESO memastikan setiap pejabatnya, sama ada pejabat di milik PERKESO atau yang disewa, mudah diakses (easily accessible) oleh pelanggan sama ada pekerja atau majikan atau orang awam menerusi pengangkutan awam atau kenderaan persendirian. Setiap pejabat juga dipastikan agar mesra pelanggan (customer friendly), khasnya bagi golongan orang kurang upaya agar segala urusan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

ii.          Bangunan pejabat PERKESO Petaling Jaya dibina dan dimiliki oleh PERKESO. Lokasi pejabat dipilih setelah PERKESO menimbang semua faktor termasuk dengan mengambil kira lokasi dan kemudahan mesra pelanggan serta pencarum yang kurang upaya. Lokasinya yang berdepan dengan jalan utama, Jalan Selangor yang terletak di antara Old Town dan New Town Petaling Jaya memudahkan pelanggan PERKESO mendapatkan kenderaan awam, sama ada bas atau teksi.

iii.          Memandangkan semua lokasi pejabat PERKESO yang ada sama ada pejabat yang dimiliki PERKESO atau yang disewa telah dipilih berdasarkan kriteria mudah diakses (easily accessible) dan mesra pelanggan (customer friendly), PERKESO pada masa ini tidak bercadang untuk memindahkan lokasi pejabat-pejabat kerana ianya difikirkan telah berada di lokasi dianggap sesuai dan strategik dan mudah dicapai oleh pelanggan-pelanggan PERKESO.

iv.          Adalah dimaklumkan bahawa PERKESO pada masa ini mempunyai 47 buah pejabat di seluruh negara (termasuk Ibu Pejabat) di mana 13 pejabat adalah Pejabat Negeri yang terletak di ibukota negeri dan 33 Pejabat PERKESO yang memberi khidmat di sesuatu kawasan sosial. Daripada keseluruhan 47 pejabat, 34 daripadanya beroperasi di bangunan sendiri manakala 13 pejabat beroperasi di bangunan yang disewa.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: