Kes bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) runtuh di Gong Badak

21 April 2011

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapa hanya jurutera perunding didakwa berhubung kes sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak yang runtuh pada 2 Jun 2009. Semua pihak harus bertanggungjawab terutama sekali Jabatan Kerja Raya yang memantau dan mengeluarkan sijil layak menduduki (CF).

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Siasatan kes-kes yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah berlandaskan undang-undang dan memerlukan beban pembuktian yang cukup kukuh. Sehubungan dengan itu, penyiasatan sesuatu kes juga menjurus kepada ingredient (dengan izin) kesalahan yang melibatkan keterangan saksi, dokumen dan lain-lain bukti yang mampu menyokong “ingredient” tersebut.

SPRM menyiasat dari aspek penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Sebarang pertuduhan adalah berdasarkan keterangan yang berjaya dikumpul dan pembuktian kes di mahkamah pula bergantung pada fakta yang dapat diketengahkan sehingga mencapai tahap beyond reasonable doubt (dengan izin). Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum berhubung dengan isu yang dikemukakan ini, seorang Jurutera Perunding telah dituduh di mahkamah atas kesalahan di bawah seksyen 419 Kanun Kesiksaan kerana menipu dengan jalan samaran di mana beliau memberi pandangan dan menandatangani dokumen sebagai checker (dengan izin) sedangkan beliau mengetahui bahawa beliau tidak diiktiraf sebagai checker (dengan izin).

Untuk makluman Yang Berhormat, siasatan SPRM juga mendapati tiada keterangan yang kukuh bagi menujukkan pegawa Jabatan Kerja Raya (JKR) terlibat dalam perbuatan rasuah dalam projek tersebut.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: