Hukuman pesalah serangan asid

20 April 2011

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk meminda hukuman pesalah serangan asid dengan mengenakan hukuman yang lebih berat, kerana ia meninggalkan kesan yang amat dasyat kepada mangsa dari segi fizikal, mental, sosial dan kewangan serta bagaimana kerajaan dapat mengawal penjualan asid supaya ia tidak disalahgunakan untuk mencederakan orang lain.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapakan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dr. S. Ramakrishnan yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator dan dewan yang mulia ini, setakat ini, kerajaan tidak bercadang untuk meminda hukuman terhadap pesalah bagi kes serangan asid memandangkan hukuman yang sedia ada adalah memadai. Berdasarkan Seksyen 326 Kanun Keseksaan, pesalah bagi serangan asid boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan sekiranya serangan tersebut menyebabkan kecederaan parah atau kecacatan kekal. Sekiranya kecederaan mangsa tidak parah, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 3 tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua seksaan tersebut. Bagi kes serangan asid yang menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: