Perbahasan Ucapan Titah Yang di-Pertuan Agong – 20 April 2011

Terima kasih Tuan Yang Dipertua

 

1.  Menteri Pengajian Tinggi

a)     PTPTN di tubuhkan untuk memberi pinjaman kepada penuntut dalam negeri. Tetapi ada juga pelajar melanjutkan pelajaran mereka di luar negara. Ramai pelajar belajar persendirian tanpa tajaan biasiswa dan pinjaman dan ini menjadi satu beban yang berat kepada ibu bapa.  Misalnya pendidikan perubatan kosnya sanagt tinggi di luar negara. Semua graduan perubatan kena khidmat di hospital kerajaan apabila balik. Kenapa PTPTN tidak melanjutkan pinjaman kepada pelajar yang mengambil jurusan perubatan di luar negara? Jika pencapaian mereka cemerlang, tukar kepada biasiswa.

b)    Terdapat sekarang 19 kolej universiti perubatan swasta dan 15 kolej university perubatan kerajaan. Nampaknya bilangan banyak. Bagaimana kualiti dijaminkan. Baru-baru ini MAA membangkitkan keraguan mengenai kualiti pelajar dari kolej-kolej ini. Apakah jaminan kerajaan untuk mengekalkan kualiti pendidikan perubatan di semua kolej universiti ini?

c)     Satu kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) mendapati bahawa kekurangan latihan industri dan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah antara lima faktor mengapa ramai graduan masih menganggur. Minta kekalkan bahasa Inggeris di IPTA. Apakah tindakan terkini yang diambil oleh kementerian untuk meningkatkan kefasihan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar IPTA?

2.  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

a)     Pengurusan sisa pepejal adalah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Namun, yang berlaku ketika ini pengurusan sisa pepejal telah diserahkan kepada Alam Flora. Terdapat banyak aduan mengenai pemungutan sampah di semua PBT, tetapi PBT tidak dapat menolong kerana pihak yang mengurus adalah Alam Flora. Akibatnya, PBT yang mendapat nama yang buruk. Di Selangor lebih kurang RM350 juta dibayar oleh 12 PBT kepada Alam Flora. Tetapi PBT yang terpaksa menghadapi kemarahan rakyat, sebaliknya Alam Flora terlindung dan tidak bertanggungjawab. Penswastaan pengurussan sisa pepejal adalah satu pengkhianatan kepada rakyat. Saya minta KPKT berunding dengan Alam Flora supaya mereka dapat bertanggungjawab tetapi bukan PBT dan memaklumkan kepada semua rakyat nombor telefon Alam Flora yang boleh dihubungi bagi memudahkan rakyat untuk membuat aduan terus kepada Alam Flora. Saya juga minta KPKT mengkaji semula hasrat untuk melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Bandar. Saya cadangkan juga bahawa pengurusan sisa diserahkan kembali kepada PBT.

Jika akta ini dilaksanakan, tugas pengurusan sisa pepejal akan diswastakan dan PBT tiada kuasa untuk menilai kecekapan dan keberkesanan tugas yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik. Saya minta kerajaan fikirkan semula hasrat untuk melaksanakan akta tersebut. Yang menjadi persoalan ketika ini, amalan PBT tidak bertanggungjawab kepada rakyatnya disebabkan tiada pilihanraya di peringkat ketiga. Saya ingin mencadangkan bahawa kerajaan harus mengemukakan satu Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat, di mana semua PBT bertanggungjawab memberitahu rakyat apa saja maklumat yang berkaitan dengan tugas-tugas PBT mengenai kontrak pengurusan sisa pepejal. Adakah kemungkinan KPKT membawa balik pilihanraya di peringkat PBT? Ini akan memberi peluang kepada penduduk untuk membuat keputusan dalam pengurusan PBT.

3.  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

a)     Ramai penduduk dan NGO-NGO di sekitar Kuantan membantah pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan. Kesan sisa radioaktif telah dirasai Bukit Merah Ipoh dalam tahun 1970’an. Sanggupkah kita hadapi satu lagi episod begini di Kuantan? Adakah kerajaan mendapat kebenaran daripada rakyat Kuantan sebelum membina loji berkenaan? Pusat ini telah ditolak oleh rakyat Australia. Kami tidak mahu apa yang telah ditolak oleh rakyat negara lain. Adakah Detail Environmental Impact Assessment dibuat demi kepentingan rakyat?

b)    Apa yang telah terjadi di Jepun, Kerajaan Malaysia harus mengambil iktibar kejadian itu. Jepun mempunyai kepakaran dalam bidang nuklear tetapi tidak mampu untuk mengawal keadaan apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka seperti letupan loji nuklear yang menyebabkan pendedahan radiasi. Bagaimana negara kita yang tiada pengalaman dalam teknologi nuklear menghadapi kejadian yang serupa? Tenaga nuklear lebih banyak mendatangkan keburukan seperti pembinaan loji nuklear yang sangat mahal dan penyelenggaraannya juga menelan kos yang tinggi. Selain itu, tenaga nuklear juga adalah tenaga yang tidak mesra alam sekitar. Antara semua teknologi penjanaan elektrik, tenaga nuklear adalah salah satu tenaga yang mampu menyebabkan kemalangan bencana. Kita harus mempertimbangkan risiko kemalangan bencana sebagai faktor negatif utama teknologi ini. Adakah Malaysia mempunyai kapasiti untuk menangani peristiwa bencana seperti krisis atau kebocoran reaktor? Adakah masyarakat mahu menerima risiko ini ketika tenaga alternatif murah dan selamat mudah didapati? kerajaan mesti dapat kebenaran rakyat disekitar untuk menubuh loji? Apakah pendirian kerajaan tentang loji nuklear?

4.  Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

a)     Berkenaan Flat San Peng. Adakah kementerian wilayah perseketuan dan kesejahteraan Bandar mempunyai perancangan untuk memberi pemaju swasta membangunkan kawasan flat san peng berkenaan selepas dirobohkan? Tindakan2 nampak macam DBKL ada sesuatu rancangan. Apakah rancangan itu?

b)    Cara DBKL mengendali 41 bekas pekerja ladang Bukit Jalil menunjukan DBKL tidak menghargai sumbangan bekas pekerja. Mereka ini bukan penduduk atas tanah haram. Ladang swasta pun diberi tempat tinggal atau rumah berhampiran untuk bekas pekerja tapi DBKL tidak beri lagi mempergunakan pemimpin MIC untuk menghalau mereka.

Menteri Wilayah Persekutuan mengambil alih ladang ini pada tahun 1980. Sejak itu, mereka diuruskan oleh kontraktor yang diupah oleh DBKL. Tapi setelah semua penat lelah kami, mereka tidak dibayar upah yang setimpal dan KWSP. Tanah tersebut ketika ini adalah dimiliki oleh Bukit Jalil Development Sdn Bhd, pengerusi syarikatnya merupakan bekas Datuk Bandar Kamaruzzaman Shariff. Bolehkah jual 6 ekar tanah kapada pekerja ladang dengan harga nominal? 23 pekerja dari ladang Tuan Mee bahagian batu arang di Kuala Selangor mendapat pampasan wang dan boleh beli rumah dengan harga murah. Ini lah majikan perihatin. Syabas saya ucapkan kepada Syarikat KL-Kepong di atas keperihatinan mereka. Saya minta DBKL mencontohi keperihatinan syarikat ini.

5.  Menteri Luar Negeri

a)       Laut yang berdekatan dengan negeri Pahang, Terengganu, dan Kelantan dikenali sebagai Laut China Selatan. Mengapa tidak dinamakan mengikut kawasan sekitarnya dan mengapa perlu meletakkan nama negara China sedangkan negara berkenaan sangat jauh dari kawasan laut tersebut? Tambahan pula, negara China tidak memberi kebenaran kepada negara lain untuk mengambil sumber laut mereka. Laut yang berhampiran dengan Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak harus diberikan nama yang mencerminkan demografi di negara ini, misalnya Polynesia Sea atau satu nama negara yang berhampiran seperti Malaysia. Saya mencadangkan bahawa Kementerian Luar Negeri mengambil tindakan maritime untuk mengubah nama lautan yang di sekeliling Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

6.  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Ramai Ahli Dewan ini telah pun berucap mengenai SPRM. Saya hanya menyentuh satu perkara sahaja iaitu apa yang terjadi dengan kes penyiasat persendirian (PI) Balasubramaniam? SPRM telah mengambil kenyataan melalui peguamnya, Americk Sidhu. Bala menjawab soalan SPRM dan menandatangani kenyataan bertulis (Affidavit), yang diserahkan kepada SPRM pada bulan Julai tahun lalu. Sejak itu, tiada berita mengenai perkara tersebut. Saya minta menteri berkenaan beritahu perkembangan terkini kepada dewan yang mulia ini.

7.  Menteri Sumber Manusia

a)       Rancangan jangka masa panjang diperlukan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing adalah dengan menggalakkan pekerja tempatan yang berkemahiran untuk berkhidmat di negara ini. Malaysia perlu mengubah fokusnya dari mengimport tenaga kerja murah kepada menguruskan aliran tenaga kerja yang boleh memaksimumkan pertumbuhan dan memudahkan penyesuaian struktur ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Penggunaan jentera atau mesin dan tindakan membantu diri sendiri diperkenalkan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Perladangan mendapat untung berbilion ringgit sudah pasti mampu untuk membayar upah yang lebih tinggi kepada pekerja tempatan daripada mengeksploitasi pekerja asing. Perladangan ini mendapat bayaran berbilion ringgit tetapi membayar gaji di bawah gaji minimum kepada penduduk rumah panjang sehingga mereka juga tidak boleh bekerja dan ladang-ladang membawa pekerja Indonesia. Mengapa penguatkuasaan undang-undang lemah? Apakah dasar  berkenaan menggaji pekerja asing? Pendapat saya adalah tiada pentadbiran yang betul dan rasuah adalah masalah dalam hal ini. Peluang pekerjaan harus diberi kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Saya minta apakah pendirian kementerian mengenai isu ini.

b)      Gaji minima. Kementerian masih lagi enggan untuk gerak depan mengenai gaji minima. Nampaknya Kementerian sumber manusia lebih penting apa kehendak majikan dan pandang rendah sumbangan pekerja. Gaji minima  wajib untuk meningkatkan pendapatan tinggi seperti dalam RMK-10. Penerangan bank dunia pada 11/2/2011 untuk gaji minima tidak beri keutamaan untuk mewujudkan gaji minima tetapi beri alasan kenapa gaji minima tidak competitive. Apakah perkembangan terkini Kementerian Sumber Manusia untuk mewujudkan gaji minima?

8.  Jabatan Perdana Menteri

a)       Satu AUDIT LUAR dilakukan terhadap Akaun Petronas. Petronas hanya pemegang amanah rakyat dalam Sumber Petroleum dan saya minta PAC perlu menyemak secara tahunan kerana Petronas hanya membuat laporan kepada PM. Petronas perlu melaporkan kepada Parlimen prestasinya. Ini adalah masanya rakyat Malaysia menuntut ketulusan yang lebih baik daripada PETRONAS. Saya minta menteri memberitahu dewan yang mulia ini pendiriannya.

9.  Menteri Pelancongan

a)       Kementerian Kewangan dituduh campurtangan dalam kontrak pengiklanan dan promosi pelancongan yang bernilai lebih RM381 juta. Saya mempersoalkan mengapa Kementerian Kewangan diarahkan Kementerian Pelancongan untuk mengabaikan pembentangan yang sebenar seperti yang didakwa oleh Menteri Pelancongan? Menteri Pelancongan mengatakan bahawa Kementerian Kewangan telah memutuskan untuk membatalkan pembentangan yang sebenar kerana penyerahan yang dibuat adalah “cukup baik” dalam proses tender bagi kontrak iklan dan promosi yang bernilai RM381 juta tersebut. Perubahan proses tender keseluruhan dalam pemberian tender yang lepas kepada lima syarikat baru dan penarikan balik tender oleh syarikat ISC menimbulkan kecurigaan dan keraguan untuk pemberian tender.

Memandangkan tiada pembentangan yang sebenar, siapakah yang membaca semua proposal, mendengar muzik iklan (jingle) dan menonton iklan TV yang biasanya disampaikan dalam iklan besar dan pilihan promosi? Siapa dalam Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (TM) yang berkelayakan untuk memilih kerja kreatif dengan hanya melihat dokumen-dokumen sahaja? Mengapa agensi diberitahu secara lisan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan tidak diberikan peluang untuk membentangkan proposal mereka? Selanjutnya, mengapa mengambil masa 8 bulan untuk memilih agensi walaupun satu langkah penting iaitu proses pembentangan diabaikan? Persatuan Agen-agen Pengiklanan Bertauliah (4As) berpendata bahawa untuk memastikan kualiti pembentangan yang sebenar, adalah menjadi kebiasaan untuk melihat pembentangan akhir diikuti dengan sesi soal jawab antara pelanggan dan agensi. Bagi menjamin ketelusan dan mengelakkan pertikaian, perkhidmatan perundingan atau pertubuhan bebas harus diberi perhatian untuk mengawasi proses pitching. Atas nasihat daripada Kementerian Kewangan semua amalan-amalan terbaik dalam industri itu diabaikan oleh Kementerian Pelancongan. Mengapa Kementerian Kewangan mengarahkan membatalkan pembentangan sebenar yang merupakan amalan terbaik?

10.  Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

a)  Pelepasan Orangutan ke Pulau BJ

Keupayaan orangutan yang dibiak dan dipelihara ini untuk membiasakan diri dan terus hidup di hutan Sarawak diragui, memandangkan negeri tersebut mempunyai populasi orangutan liar sendiri. Jadi mengapa melepaskan anak orangutan yang dibiak dan dipelihara? Terdapat juga risiko orangutan yang dibiak dan dipelihara ini membawa patogen manusia ditanggung akibat pendedahan yang terlalu lama kepada manusia. Keputusan untuk pelepasan orangutan ke pulau tidak berpenghuni tidak boleh dijadikan penanda aras bagi penubuhan tempat perlindungan orangutan. Langkah yang dicadangkan oleh Kementerian Pelancongan untuk memenuhi keperluan pelancong dibantah oleh pakar hidupan PRIMAT dan SAM. Sebelum mempertimbangkan membangunkan satu tarikan pelancong yang baru, kerajaan disarankan supaya menggunakan wang bagi meningkatkan keadaan orangutan di zoo-zoo yang sedia ada, yang dilihat tidak berperikemanusiaan dan sering dikutuk oleh badan-badan NGO.

11.  Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

a)     Penswastaan aset air negeri

Penswastaan ​​aset air negeri Selangor kepada empat konsesi yang berbeza telah mewujudkan industri yang tidak cekap dan berpecah belah. Berdasarkan perjanjian yang sedia ada, pembekal air dibenarkan untuk menaikkan kadar mengikut tempoh. Jika kerajaan negeri mengambil alih konsesi dan formula kadar disusun semula, ia boleh mengelakkan kenaikan harga air. Kerajaan Persekutuan memberi sokongan kepada 4 syarikat berkenaan, tetapi kerajaan negeri menyokong rakyat. Rakyat Selangor tahu siapa yang mengambil berat terhadap mereka. Kerajaan negeri berjuang untuk hak terhadap industri air dan berjanji untuk memberi 20 M3 air percuma dan mengekalkan 12 peratus kenaikan dalam tarif air, dibandingkan dengan rancangan SYABAS untuk kenaikan sebanyak 20 peratus pada tahun 2015. Penswastaan bukan penyelesaian kepada isu air negeri yang komplek ini. Idea penswastaan adalah untuk membawa kecekapan dan juga harga yang lebih baik. Saya minta menteri memudahkan pemindahan aset air kepada negeri Selangor demi kepentingan kebajikan rakyat.

12.       Menteri Pelajaran

a)  Tiada Kolej, Politeknik, MRSM, dan institut kemahiran di Sri Aman

Penduduk risau kerana tiada kolej, politeknik, MRSM, dan institut kemahiran di Sri Aman. Semua projek pembinaan sekolah dan institut pengajian tinggi di Sri Aman telah dirampas oleh Alfred Jabu untuk bahagian Betong. Penduduk Sri Aman tidak gembira dengan ketidakadilan Jabu terhadap mereka.

b)    Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

PPSMI ini dimulakan oleh Tun Mahathir pada tahun 2002 dan dimansuhkan oleh Menteri Pelajaran sekarang pada 2009. Ini menunjukkan kerajaan tiada pendirian mengenai PPSMI. Baru-baru ini, kami dengar PM telah mengumumkan di surat khabar bahawa PPSMI mungkin akan dikembalikan. Ini adalah satu ketidakadilan kepada murid-murid yang terlibat dalam pertukaran bahasa pengantara. Minta kementerian melanjutkan PPSMI kepada pelajar yang sedang menggunakan bahasa Inggeris sehingga mereka tamat tingkatan 5.

Ramai ibubapa yang mahu PPSMI dikekalkan. Pungutan suara ibu bapa di beberapa buah sekolah kebangsaan mendapati purata 97% daripada ibu bapa mahu sekolah kebangsaan dan sekolah menengah menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik  (SMI). Pihak kerajaan harus peka akan peratusan tinggi ibu bapa menyokong PPSMI yang selari dengan kajian lain seperti pol oleh blog Tun Mahathir (84%), pol PAGE 2008 (95%) dan kajian menerusi telefon oleh KPM sendiri (lebih 90%). Saya cadangkan bahawa kerajaan membenarkan setiap sekolah untuk menetapkan bahasa pengantara yang mereka rasa sesuai untuk digunakan.

Satu persatuan ibubapa yang mahu PPSMI ini dijadikan pilihan (option) bagi mengekalkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik telah menghantar 6 memorandum kepada Perdana Menteri namun masih tiada jawapan yang diberikan. Saya juga ingin mencadangkan supaya setiap sekolah diberi dua pilihan sama ada mahu menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Usaha memartabatkan Bahasa Melayu tidak akan menyentuh PPSMI berikutan subjek sains dan matematik tidak mempunyai sebarang pertalian dengan pembelajaran bahasa.

c)   Pengenalan novel INTERLOK edisi murid dalam mata pelajaran BM tingkatan 5 gagal menepati garis panduan terperinci untuk buku teks. Buku ini mengandungi kesalahan fakta, menghina rakyat Malaysia dan bertentangan dengan konsep 1Malaysia. Kenapa Kementerian Pelajaran mahu juga menggunakan buku ini? Ada banyak lagi buku sastera yang lebih sesuai seperti “Anak Semua Bangsa”. Buku Interlok ini tidak mewujudkan 1Malaysia, tetapi memecah belahkan perhubungan rakyat Malaysia. Saya minta Menteri Pelajaran jangan mempolitikkan pendidikan, tetapi melaksanakan polisi-polisi yang dapat membina minda yang berpandangan jauh, terbuka, dan boleh berintegrasi dengan semua bangsa di Malaysia dan seluruh dunia.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: