Proposal made to introduce RACE RELATIONS ACT in Malaysia.

QUESTION: “Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak kerajaan mengubal undang-undang Perhubungan Kaum (Race Relations Act) bagi menyinkirkan  diskriminasi perkauman  di sektor  awam, di  sektor swasta ,  di dalam bidang pelajaran di peringkat universiti dan matrikulasi, di dalam proses pengambilan  ‘tender’ kerajaan persekutuan, kerajaan negeri  dan kerajaan tempatan.   Tujuan utama undang-undang ini adalah  untuk mempromosi perhubungan perkauman yang baik dan sihat diantara semua kaum di Malaysia dengan menyinkirkan ketidakseimbangan perkauman dan diskriminasi. Oleh itu, disarankan supaya Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap gejala diskriminasi dan ketidakseimbangan perkauman di dalan sektor-sektor ini. Undang-undang ini boleh dikuasakan dan diberi mandat untuk memastikan bahawa agensi-agensi kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan,  syarikat-syarikat swasta, syarikat-syarikat ‘GLC’ kerajaan  dan institut pengajian tinggi tempatan (IPT) memperkenalkan program ‘race equality’  yang berdasarkan ‘merit’ di dalam semua aspek pekerjaan terutamanya  di dalam aspek pengambilan tenaga kerja dan pengambilan pelajar, promotion, latihan, dan peluang pembelajaran di dalam negeri dan diluar negara. Dalam masa yang sama Kerajaan perlu menubuhkan satu Suruhanjaya Perhubungan Perkauman di bawah undang- undang ini bagi memastikan penguatkuasaan dan implimentasi undang-undang perhubungan perkauman”.

Tan Sri Koh tsu Koon replied this question as follows

Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan mencadangkan agar satu undangundang perhubungan kaum digubal bagi menyingkirkan diskriminasi perkauman. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya cadangan untuk menggubal Akta Hubungan Kaum di negara ini telah timbul semasa persidangan Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum tahun 2008. Apabila beberapa orang Ahli Parlimen pada waktu itu telah membangkit dan membahaskan isu-isu yang dianggap sensitif, yang menyentuh perkara-perkara tertentu yang dikhuatiri boleh menjejas perhubungan antara kaum. Isu-isu ini termasuk hak keistimewaan Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain, institusi Raja, status agama Islam dan kebebasan beragama, isu kehakiman, isu kebebasan bersuara dan sebagainya.

Ada ketikanya bahasan dalam Dewan Rakyat pada waktu itu berlangsung dalam suasana yang agak tegang dan menyentuh emosi. Perbahasan isu-isu ini telah mendapat liputan luas di dalam media cetak dan elektronik. Hasilnya para pemimpin politik dan masyarakat, ahli akademik dan orang awam turut memberi pandangan masing-masing. Salah satu cadangan yang dikemukakan ialah satu akta perhubungan kaum perlu digubal bagi mengawal golongan mahupun individual yang tertentu. Supaya tidak mempolitikkan dan memutarbelitkan isu-isu dan peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Serta membahas atau melaksanakan perkara-perkara dengan cara yang boleh menjejas atau merenggangkan perhubungan antara kaum di negara ini.

Memandangkan bahawa pelbagai reaksi, pandangan dan cadangan yang disiarkan di media masa telah menjadi agak hangat. Maka Jemaah Menteri di mesyuaratnya pada 10 September 2008 ,telah mengarahkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang pada ketika itu di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyusur pandangan tentang perlunya digubal satu Akta Perhubungan Kaum. Lanjutan daripada itu kerajaan melalui Institut Kajian Etnik atau dengan ringkas KITA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah Profesor Shamsul Bahrin telah mengadakan satu perbincangan meja bulat sehari mengenai usul penggubalan akta perhubungan ras di Malaysia, nilai murni atau perundangan sebagai asas kawalan.

Pada 30 Oktober tahun 2008 perbincangan ini disertai oleh para ahli akademik, para wakil badan-badan bukan kerajaan, sektor awam dan sektor swasta. Perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan awal, cadangan untuk menggubal akta tersebut. Hasilnya hanya terdapat sekumpulan kecil yang menyokong penggubalan akta yang berkenaan, manakala yang lain tidak bersetuju. Kumpulan yang tidak bersetuju berpendapat bahawa:

(i) Perlembagaan Persekutuan adalah bersifat nasional, yang mengambil kira kepentingan semua kaum di negara kita ini. Di samping itu undangundang yang sedia ada adalah mencukupi untuk menangani isu-isu

perkauman. Hanya pelaksanaan dan akta tertentu mungkin perlu dititikberatkan. Jikalau perlu undang-undang yang sedia ada boleh diteliti dan dibuat penambahbaikan di mana yang perlu;

(ii) akta baru yang dicadangkan itu dikhuatiri mungkin akan bercanggah dengan fasal-fasal tertentu yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan;

(iii) undang-undang tidak boleh memaksa seseorang untuk menyukai orang lain. Sebaliknya mengutamakan penerapan nilai-nilai perpaduan melalui pendidikan dan proses pemasyarakatan atau socialization, dianggap akan memberi kesan yang lebih positif;

(iv) lazimnya hanya beberapa ahli politik dan media masa yang tertentu yang menjadikan isu perkauman itu begitu sensasi. Bukannya rakyat jelata yang sering tidak begitu terlibat, walaupun kadang kala mereka rasa risau; dan

(v) isu hubungan kaum pada amnya melibatkan Semenanjung Malaysia dan tidak begitu ketara dan serius di Sabah dan Sarawak. Kumpulan yang bersetuju supaya akta digubal berpendapat bahawa:-

(i)                 kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya perhubungan kaum bagi menangani isu-isu perkauman;

      (ii) akta perhubungan kaum boleh mengelakkan berlakunya diskriminasi antara kaum dan mencegah tingkah laku yang tidak diingini;

(iii)             akta ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada semua kaum supaya tidak membangkitkan isu-isu yang boleh menjejaskan hubungan kaum.

Berdasarkan kepada hasil rumusan perbincangan ini Jemaah Menteri pada bulan Januari 2009 telah membuat keputusan bahawa adalah tidak perlu untuk menggubal satu akta baru. Ini kerana akta-akta yang sedia ada seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan adalah memadai untuk mengawal mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu yang boleh menjejaskan perhubungan antara kaum. Kerajaan berpendapat adalah lebih baik akta-akta yang sedia ada itu disemak, diteliti, diperjelas, diperkukuhkan mana yang perlu dan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lebih adil lagi.

Sebagai langkah untuk mengekang, memelihara dan memperkukuhkan perpaduan nasional, kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif yang terkandung di dalam Gagasan 1Malaysia dan Program Transformasi Kerajaan serta Model Ekonomi Baru yang menegaskan perpaduan dalam kepelbagaian atau unity in diversity yang dipandu oleh teras-teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi serta konsep keterangkuman atau inclusiveness supaya semua kaum mendapat manfaat daripada dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, dan tidak ada mana-mana golongan warganegara yang dipinggirkan atau dinafikan hak mereka. Di samping itu, kerajaan akan terus mempertingkatkan lagi program-program yang sedia ada dan memperkenalkan program baru untuk memupuk persefahaman dan perpaduan seperti

Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela dalam kawasan-kawasan perumahan di bawah JPNIN, Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan atau RIMUP antara sekolah-sekolah rendah pelbagai aliran, Program Latihan Khidmat Negara untuk remaja serta pelbagai program sukan dan interaksi sosial untuk belia dan wanita. Galakan dan sokongan juga diberi kepada syarikat swasta dan pertubuhan bukan

kerajaan untuk memainkan peranan yang positif dan membina dalam menganjurkan aktiviti untuk menggalakkan interaksi antara etnik. Oleh itu kerajaan berpendapat bahawa tumpuan hendaklah diberi terhadap langkah-langkah konkrit seperti tersebut supaya menjadi lebih berkesan berbanding dengan menggubal satu akta yang baru buat ketika ini. Sekian, terima kasih.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: