Ucapan RUU antipermerdaganan orang pada 3/8/2010

Penggubalan undang-undang ini adalah sangat dialu-alukan selaras dengan peredaran masa (keeping up with the time). Malaysia terkenal sebagai destinasi dan sedikit sebanyak penyumbang kepada negara transit untuk pemerdagangan wanita dan kanak-kanak terutama yang melibatkan pemaksaan pelacuran dan menjadi buruh paksa. Mengikut laporan US kebanyakan pesalah pemerdagangan manusia merupakan peniaga persendirian. Tetapi ada juga sindiket jenayah yang terlibat dalam jenayah tersebut. Malaysia menjadi terkenal kerana Negara kita terdapat ramai pekerja asing. 2 juta pekerja asing yang sah manakala 1.9 juta adalah mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah. Jika tiada pekerja asing, economi negara kita akan hancur. Kebanyakan pekerja asing ini bekerja di estet-estet, pembinaan, kilang, restoran, dan pembantu rumah. Ada juga sebilangan mereka yang disekat pergerakan mereka, gaji yang sedikit dan ada juga yang tidak dibayar gaji, passport mereka dipegang oleh majikan dan juga debt bondage. Ini adalah symbol-simbol penyeludupan. Negara kita juga ada pelarian yang menjadi sasaran penyeludup kerana mereka tiada apa-apa dokumen dan mudah dipergunakan.

Saya minta Menteri Dalam Negeri memperketatkan sepanjang sempadan kita darat mahu pun laut. Nampaknya sangat senang masuk keluar Malaysia. Nampaknya kerajaan tidak ada satu policy janka masa panjang dan jarak jauh untuk anticipate masaalah perkembangan economi. Dinegara Negara maju susah hendak mengambil pekerja rumah asing. Hanya yang sangat kaya boleh mampu ada pekerja rumah dan yang lain balance dan manage kerja dan keluarga antara suami isteri. Tapi di Malaysia boleh nampak dengan ketara satu mungkin ada 2/3/4

Saya juga minta Kerajaan Malaysia menandatangani satu MoU yang menyatakan bahawa passport pekerja asing tidak boleh dipegang oleh pihak majikan. Kelemahan sekarang dalam pemerdagangan adalah penguatkuasaan dalam undang-undang. Ini yang menyebabkan berlakunya kebanjiran 1.9 juta pekerja asing yang tiada dokumen sah. Nampaknya Negara kita tiada political will untuk mengurangkan dan menggantikan pekerja-pekerja asing. Oleh sebab itu, Negara kita telah terperangkap dengan pendapatan rendah.

Saya juga minta kerajaan untuk mengenakan hukaman yang lebih berat kepada sesiapa yang terlibat dengan agen penipuan pengambilan pekerja asing atau majikan yang mengekspolitasi pekerja serta menambah usaha mendakwa dan menghukum sesiapa yang mengaut keuntungan dalam aktiviti pemerdagangan orang. Saya mohon kerajaan berunding semula dengan Negara-negara yang membekal pekerja untuk memasukkan perlindungan mangsa. Kerajaan juga harus mengawasi dan mengetatkan undang-undang untuk mengurangkan rasuah di kalangan polis, RELA, dan pihak yang berkaitan dengan pengawalan penyeludupan untuk mengelakkan pesalah daripada ditangkap, juga menghukum pesalah. Walaupun ada menerima banyak aduan tentang rasuah dalam pemerdagangan orang, tetapi saya tidak mendengar seorang pegawai pun dihukum dalam kes pemerdagangan wanita dan kanak-kanak. Kerajaan harus tulus dalam kes-kes pemerdagangan wanita dan kanak-kanak. Dalam hal ini, saya minta Kementerian Dalam Negeri bekerjasama dengan duta asing yang berada di negara ini apabila ada pekerja asing yang menjadi mangsa pemerdagangan orang. Malaysia juga dituduh sebagai Negara yang tidak memberi perlindungan dan tidak menjaga kebajikan mangsa pemerdagangan orang dengan sebaiknya. Ini kerana pusat tahanan untuk mangsa-mangsa tersebut sangat sesak dengan tiada kemudahan yang sepatutnya seperti tidak mempunyai pegawai perubatan, kaunselor dan sebagainya. Saya juga minta kerajaan bekerjasama dengan NGO yang terlibat bagi menangani masalah pemerdagangan orang ini.

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Tags: , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: