RANG UNDANG-UNDANG PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010 – Debat

Terima kasih Tuan yang dipertua. Rang Undang-undang hidupan liar 2010 menggantikan akta perlindungan hidupan liar 1972 yang tidak dikemaskini dan tidak lagi berkesan untuk memberi perlindungan kepada hidupan liar.

Cabaran utama hidupan liar ialah penghapusan habitat hidupan liar disebabkan oleh pemansuhan tanah untuk ladang kelapa sawit dan pemburuan haram binatang yang diancam kepupusan. Kebanyakan syarat-syarat dalam Rang Undang-undang ini cuba address issue mengenai perkara ini. Pada dasarnya saya menyokong Rang Undang-undang Pemuliharaan hidupan liar 2010 ini. Tetapi saya ingin menarik perhatian dewan ini Tuan yang dipertua.

Syarat-syarat untuk membuka zoo, dan sebagainya

Di samping itu, syarat tambahan untuk membuka zoo perlu dimasukkan di dalam klausa (syarat dalam perjanjian) supaya dapat memantau kebajikan hidupan liar yang telah atau akan dijaga tidak sepatutnya di dalam sangkar/kurungan:

  1. Tempat penjagaan untuk apa jua jenis hidupan liar adalah berkonsepkan alam semula jadi terbuka dengan perlindungan yang mencukupi daripada hujan dan panas serta tempat untuk binatang memanjat yang mencukupi.
  2. Ukuran tempat penjagaan untuk semua spesies hidupan liar adalah selaras dengan standard pengiktirafan Persatuan Zoo dan Aquarium Sedunia (World Associations of Zoos and Aquariums).
  3. Zoo dan taman hidupan liar tersebut adalah ahli Persatuan Zoo Selatan Timur Asia (South East Asian Zoos Associations – SEAZA)

Kerjasama antara zoo dan taman tersebut di dalam SEAZA adalah sangat penting supaya pengurusan spesies/haiwan dapat diaturkan dan populasi berbagai-bagai binatang yang ditangkap dapat dijaga dengan sihat dan rapi.

  1. Zoo dan taman menggunakan teknik pengurusan haiwan yang bagus di mana termasuklah protokol dan alat-alat yang mencukupi untuk meningkatkan laporan simpanan dengan baik, perancangan pengumpulan, dan juga sistem pengurusan populasi penangkapan hidupan liar.

 

Menjalankan/menguruskan zoo, dan sebagainya tanpa kebenaran (permit)

 

Klausa 66

Tempoh hukuman penjara akan ditambah daripada minimum 3 tahun kepada maksimum 20 tahun bergantung kepada bilangan tahun zoo tersebut diwujudkan tanpa lesen.

Pemburuan, dan sebagainya, hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa kebenaran (permit)

Klausa 68

Rang Undang-undang 2010 menyenaraikan spesies yang dilindungi sepenuhnya untuk memasukkan semua spesies hidupan liar sama seperti yang disenaraikan di dalam CITES Appendix 1.

  • Dicadangkan juga supaya memasukkan orang-utan, gajah kerdil, monyet proboscis dan lain-lain spesies yang dilindungi sepenuhnya di Timur Malaysia ke dalam subsection (c).
  • Untuk subsection (c) dicadangkan supaya tempoh hukuman penjara ditambah daripada 5 tahun kepada lebih 20 tahun disebabkan oleh kekejaman jenayah.

 

Kebenaran (permit) untuk memasuki kawasan simpanan hidupan liar (wildlife reserves) dan tempat perlindungan hidupan liar (wildlife sanctuaries)

 

Dalam Bahagian V Klausa 48 dan 49 di dalam RUU ini, kesalahan-kesalahan berikut tiada hukuman

 

  • Dicadangkan supaya hukuman patut dikenakan kepada kesalahan menceroboh kawasan simpanan dan tempat perlindungan hidupan liar untuk melarang pembalak haram daripada memasuki kawasan-kawasan tersebut.
  • Dicadangkan supaya sempadan kawasan simpanan dan tempat perlindungan hidupan liar dapat dikukuhkan dengan papan tanda yang jelas bagi melarang siapa saja memasuki kawasan tersebut.

 

Hukuman termasuklah denda dan penjara untuk tempoh yang lama akan dikenakan ke atas setiap kesalahan yang melanggar Akta tersebut.

 

 

Klausa 48

Tuan yang dipertua,

Saya mencadangkan RUU pemuliharaan hidupan liar 2010 juga diwujudkan satu klausa bahawa semua zoo sama ada awam atau persendirian mesti ada satu doktor haiwan secara sepenuh masa untuk menjaga kebajikan dan kesihatan binatang yang ada di dalam zoo tersebut. Jika mereka tidak mampu mengapa mereka mewujudkan zoo tersebut?.

Yang kedua, menghadkan bilangan zoo. Pada masa kini terdapat 39 zoo awam dan persendirian. Satu kajian yang dijalankan oleh persatuan pencinta, penyelidik, dan pendidikan binatang (Myzoo) menunjukkan bahawa terdapat zoo-zoo dalam keadaan teruk iaitu tiada doktor haiwan dan binatang-binatang yang liar dan besar terkurung 24 jam di dalam sangkar. Ini adalah satu kekejaman terhadap binatang dan tiada keperimanusiaan dan pihak terbabit tidak berhak menguruskan atau menjalankan zoo. Terdapat sepuluh zoo yang berada dalam keadaan yang teruk sekali dari segi kebajikan binatang kerana tiada doktor haiwan serta pekerja-pekerja luar negeri yang tiada pengetahuan mengenai cara menguruskan binatang tersebut dengan betul. Oleh sebab itu, saya mencadangkan bahawa kita menghadkan bilangan zoo supaya kebajikan binatang-binatang tersebut terpelihara.

  1. Kemaman Mini Zoo
  2. Taman Teruntum Mini Zoo
  3. Bukit Merah Laketown Resort Ecopark
  4. Lye Huat Garden
  5. Saleng Zoo
  6. Kuala Lipis Mini Zoo
  7. Malacca Butterfly and Reptile Sanctuary
  8. Kuala Krai Mini Zoo
  9. Danga Bay Petting Zoo
  10. Port Dickson Mini Zoo

 

Yang ketiga, sekarang lesen untuk menjalankan zoo boleh juga diperolehi di pihak berkuasa tempatan (PBT). Ada juga beberapa PBT yang menjalankan atau menguruskan zoo di mana ada beberapa zoo yang tidak dijaga atau diuruskan dengan baik. Tujuan mewujudkan zoo adalah untuk memberi pendidikan dan pengetahuan kepada orang ramai dan kanak-kanak, tetapi zoo yang tidak dijaga dengan baik atau tidak diuruskan dengan sempurna tidak dapat memberi apa-apa pendidikan kepada orang ramai. Di sini saya mencadangkan bahawa hanya Perhilitan sahaja yang mempunyai kuasa meluluskan penubuhan zoo.

Yang keempat, baru-baru ini ada satu pakatan atau pertubuhan yang bernama Myzoo ditubuhkan oleh NGO-NGO alam sekitar dan hidupan liar untuk memantau dan bekerjasama dengan pihak yang menjalankan atau menguruskan zoo. Saya menyeru pihak Perhilitan bekersama dengan NGO ini untuk memelihara kebajikan binatang serta mencegah kesalahan mengurung dan menyeksa binatang.

Selain daripada provision di Rang Undang-undang hidupan liar ini, saya juga mencadangkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya mewujudkan satu akta baru untuk menperkuatkan Akta Pencegahan/larangan Kekejaman terhadap Binatang/haiwan. Aktivis (pencinta haiwan) membantah penggunaan haiwan dalam kajian biological. Mereka menyamakan kekejaman ke atas haiwan/binatang lebih menjurus kepada perdagangan kulit dan daging binatang secara haram daripada untuk tujuan kajian saintifik.

Sekian terima kasih

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Tags: , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: