Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010

Terima kasih tuan yang dipertua kerana mengizinkan saya membahas Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010

 Kesan daripada parlimen meluluskan pindaan itu, Mahkamah Sesyen boleh membicarakan kes-kes yang beramaun sehingga RM1 juta sementara Mahkamah Majistret dengan amaun sehingga RM100,000. Kenaikan amaun itu bermakna hakim-hakim mahkamah rendah boleh membicarakan kes-kes yang lebih kompleks, sebelum ini disimpan untuk hakim-hakim Mahkamah Tinggi. Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret telah diberikan kuasa tambahan untuk membicarakan kes-kes yang beramaun tinggi.

 Tidak seperti hakim Mahkamah tinggi yang perlu sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman sebelum dilantik, tiada syarat minimum seperti itu di bawah Undang-undang Persekutuan atau Akta Mahkamah Rendah. Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret dilantik daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang (Judicial and Legal Service-JLS), di mana merupakan sebahagian daripada badan pelaksana (executive) yang secara efektif. Graduan undang-undang yang baru tamat belajar secara teknikalnya boleh dilantik sebagai majistret, walaupun garis panduan dalaman memerlukan hakim Mahkamah Sesyen untuk berkhidmat lebih kurang lapan tahun sebelum dilantik. Pegawai-pegawai JLS tidak perlu untuk menyelesaikan latihan guaman atau apa-apa pengalaman praktikal dalam firma guaman sebelum dilantik sebagai majistret.

 Sistem ini berbeza daripada yang dilakukan oleh negara-negara lain di mana kebanyakan hakim-hakim adalah dilantik daripada kalangan peguam-peguam. Contohnya di UK, hakim daerah (district judges), yang melaksanakan fungsi yang sama kepada hakim mahkamah sesyen Malaysia, harus mempunyai pengalaman dalam mahkamah sekurang-kurangnya tujuh tahun. Dengan mempunyai pengalaman sebagai peguam membantu hakim-hakim membiasakan diri (familiar) dengan prosedur dan hujah undang-undang.

 Ia juga pastinya boleh berlaku kepada pegawai JLS yang rajin dan pintar untuk bekerja sambil belajar “learn on the job” dan berpengalaman mengikut masa. Bercakap mengenai itu, ramai hakim mahkamah rendah, malah yang senior, malangnya menunjukkan kekurangan pengalaman praktikal mereka semasa berkhidmat sebagai hakim.

 Keputusan-keputusan selalunya disampaikan dengan mudah dengan hakim menyebut “kes dibubarkan” atau “tuntutan dibenarkan”, tanpa apa-apa analisis bagaimana keputusan dicapai. Ianya juga bukan luar biasa melihat hakim-hakim keliru tentang peraturan bukti, prosedur yang betul, dan konsep undang-undang. Kadangkala penyerahan bertulis yang mengambil masa yang lama perlu difailkan bagi menerangkan perkara yang mudah untuk penghakiman. 

 Apa yang akan dilakukan untuk meningkatkan kualiti hakim-hakim ini yang pada masa sekarang mempunyai kuasa tambahan? Terutamanya sejak hakim Mahkamah Sesyen yang pada masa sekarang boleh mengeluarkan perintah dan membuat pengumuman yang mempunyai banyak kesan ke atas perniagaan dan perseorangan.

 Perkara utama lain yang perlu diambil perhatian adalah kebebasan pegawai JLS. Pegawai JLS menjawab kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang (JLS Commission). Suruhanjaya ini terdiri daripada ada antara lainnya, pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dan Peguam Negara (Attorney-General (AG)), yang memberi nasihat kepada kerajaan berkenaan hal undang-undang dan mewakilinya dalam pertikaian undang-undang. Pegawai JLS kerap ditukarkan antara jabatan-jabatan dalam Jabatan Peguam Negara dan juga berkhidmat, contohnya sebagai pendakwa raya atau dalam merancang pembahagian.

 Walaupun Jabatan Peguam Negara sepatutnya menjadi badan bebas kerajaan, skala gaji pegawai mereka, pangkat dan kenaikan pangkat adalah sama kepada penjawat awam tersebut. Oleh itu, tidak hairan jika hakim mahkamah rendah membina mentaliti penjawat awam. Ini akan memberi ruang kepada mereka untuk kebarangkalian berat sebelah apabila perbicaraan bukti daripada “fello” penjawat awam atau kes-kes yang melibatkan kerajaan.

 Ianya juga menjadi punca keraguan bahawa Peguam Negara secara efektifnya adalah ketua hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret. Isu ini dikompaun apabila Peguam Negara itu memunculkan diri dalam mahkamah rendah. Ini pernah berlaku, contohnya apabila peguam dan kemudian pengerusi jawatankuasa hak asasi manusia Badan Peguam Edmund Bon telah ditahan pada bulan Disember 2007. Bon telah dituduh cuba menghalang pegawai polis daripada mengalihkan sepanduk (banner) yang digantung bersempena dengan sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada 9 Disember.

 Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memunculkan diri sebelum hakim Mahkamah Sesyen Komathy Suppiah berhujah bahawa Bon sepatutnya dinafikan pembebasan dengan ikat jamin. Komathy tidak bersetuju dengan hujah pegawai atasan beliau di atas pembebasan Bon dengan ikat jamin. Walaubagaimanapun, kebarangkalian pengaruh daripada Peguam Negara adalah benar, dan tetap sama.

 Memperbaiki sistem mahkamah tidak boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Sebetulnya, tindakan perlu diambil satu persatu. Kerajaan walaubagaimanapun, boleh memilih untuk menguruskan aspek lain mahkamah rendah yang sangat memerlukan penambahbaikan. Contohnya, kualiti dan kebebasan para hakim.

 Penambahbaikan penghakiman adalah satu kemestian. Pemilihan kakitangan untuk pengadilan seharusnya lebih tegas. Hanya seseorang yang mempunyai karakter yang sempurna boleh dilantik sebagai hakim. Sepatutnya ada satu jadual batas masa untuk mengakhiri kes. Selain itu, adanya keperluan ketelusan dan proses terbuka yang sangat penting untuk perlantikan hakim yang dikawal oleh penambahbaikan yang telah ditentukan dan garis panduan. Langkah ini akan memajukan kualiti penghakiman yang disampaikan. Seperti yang penulis nyatakan, kita boleh mengunapakai proses perlantikan yang dilaksanakan di UK dan Afrika Selatan dengan sedikit penyesuaian kepada polisi dan keperluan kita.

 Ketulusan dan mutu kehakiman di makhamah rendah amat penting juga untuk pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam menarik pelabur asing. Kepercayaan pelaburan asing kepada sistem kehakiman akan dapat menarik minat pelabur-pelabur asing dan juga pelabur tempatan untuk melabur di negara ini.

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Tags: , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: