USUL ISA

2 Ogos 2010

 Presiden

Dewan Negara

Malaysia

 YB Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang,

Per: Notis Peraturan Mesyuarat 17(1) – Tindakan Pihak Polis Bertindak Kasar Terhadap Orang Awam yang Berhimpun Membantah ISA Selama 50 Tahun pada 1 Ogos 2010.

 Ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 17 (1) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan seperti berikut:

 “Bahawa Dewan mengizinkan YB Ramakrishnan a/l Suppiah untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (1)  untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai tindakan pihak polis bertindak kasar terhadap orang awam yang berhimpun.

 “Perkara ini spesifik kerana merujuk kepada pihak berkuasa polis yang bertindak kasar terhadap orang awam yang berhasrat untuk berhimpun di sebuah kawasan yang dibenarkan pemiliknya di Padang Timur, hadapan Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 8 malam atas menyatakan bantahan mereka dalam memperingati Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diamalkan negara ini selama 50 tahun.

 Perkara ini berkepentingan awam  kerana tindakan kekerasan polis tersebut telah menimbulkan  kekecewaan dan kemarahan daripada rakyat.

Perkara ini perlu disegerakan kerana corak penyalahgunan polis sebegini dinampakkan semakin ketara sejak kebelakangan ini di mana pihak polis telah membuat tangkapan seramai 36 orang termasuk 4 orang dari Pulau Pinang, 2 orang dari Kelantan dan 30 orang dari Selangor pada 1 Ogos 2010. Sebelum ini di Rengit, Batu Pahat pihak polis telah mengarah sebuah ceramah parti politik pada minggu lalu.

 “Parlimen harus memandang berat insiden ini kerana keraguan tertumpu kepada penyalahgunaan Akta Polis Seksyen 27 dan Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman. Walaupun negara kita berprinsipkan pendemokrasian ,namun penyalahgunaan kuasa polis masih berlaku berulang kali. Kerajaan juga sengaja menubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP)   yang tidak mempunyai kuasa dakwaan untuk menjadi sebagai alasan untuk penggantian terhadap Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)  yang lebih dapat memantau dan menyiasat polis dengan berkesan.

“Parlimen harus mengambil langkah memastikan profesionalisme pihak polis dipulihkan dan hak rakyat bersuara tidak terus terjejas.”

Sekian, terima kasih.

 Yang benar,

 SENATOR RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH

Explore posts in the same categories: Parliament

Tags: , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: