Ucapan Penangguhan berkenaan Government Link Company (GLC)

Saya ingin menarik perhatian tuan yang dipertua dan dewan yang mulia kepada perkembangan kewangan dan persembahan syarikat-syarikat milik kerajaan atau Government Linked Company (GLC). Pertama adalah berkenaan jaminan kerajaan dan pinjaman luar negara yang diambil oleh GLC serta pengusaha-pengusaha awam yang bukan untuk keuntungan (Non- Financial Public Enterprises (NFPE). Ini adalah bagi memastikan kerajaan peka dengan jumlah pendedahan hutang serta contingent liabilities. Adakah kerajaan tahu jumlah kedua-dua pendedahan hutang mereka iaitu liability dan contingent liability? Bolehkah kerajaan beritahu berapakah pendedahan kewangan oleh kerana jaminan, surat sokong yang diberi oleh persekutuan kepada negeri, GLC dan agensi-agensi lain seperti PKFZ, Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd (MITP).

kontraktor yang dapat perjanjian konsesi daripada kerajaan, tapi mereka tiada duit untuk membiayai projek ini, pihak bank tidak mahu memberi pinjaman dan mereka lari balik ke agency kerajaan. kemudian muncul satu surat sokongan daripada seseorang dalam kerajaan kepada bank yang mengatakan kerajaan dibelakang projek ini, kamu boleh teruskan dan beri pinjaman untuk projek ini. Kontraktor yang dipilih pun selalu tidak ada track record. Bila project itu terbengkalai agency kerajaan kena tanggung kos tambahan seperti di MITP, Batu Maung.

Berkenaan dengan hal tersebut, Parlimen perlu menjadi satu badan yang bertepatan kerana ia melibatkan pelbagai badan kerajaan pada peringkat persekutuan dan negeri. Selain itu, akta yang berasingan perlu diumumkan supaya semua entiti atau badan-badan kerajaan dapat mendedahkan berkenaan kewangan kerajaan melalui jaminan dan contingent liabilities jika berlakunya kelalaian supaya dapat dipantau dengan baik dan mekanisme kerajaan adalah ditempat yang sepatutnya.

GLC perlu lebih telusan dan bertanggungjawab menerangkan prestasi berbanding dengan prestasi tahun lalu dan berbanding dengan pesaing pesaing lain. Perlantikan CEO/COO bukan dengan pertimbangan politik tetapi dari segi kecekapan, kemantapan dan persembahan. Saya cadang persembahan GLC di kemukakan di-dewan untuk pertimbangan dan membuat pertukaran policy dan personel yang sewajar.

Di samping itu juga, akan berlakunya conflik of interest kerana ada GLC yang menjadi pengatur dan peserta industry misalnya Petronas dan Telekom.  Ini akan menyebabkan berlakunya persaingan yang tidak sihat dan rakyat jelata kena tangung harga monopoli.  Kenaikan tarif oleh monopoli awam seharusnya  mengambil kira pandangan dan pendapat awam serta berunding dengan stakeholders. Contohnya termasuklah Tenaga Nasional, Telekom, Pos, lapangan terbang, dan sebagainya perlunya ada ketelusan dan pengumuman awam untuk mengelakkan monopoli harga diwujudkan.

Explore posts in the same categories: Parliament

Tags: , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: