SOALAN SESSI JULAI

LISAN

•    Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PENGANGKUTAN dan MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA menyatakan apakah sebab-sebab  yang benar bagi larangan yang telah dikenakan atas import peralatan-peralatan kereta yang sudah dipakai ke Negara kita. Pelarangan import peralatan-peralatan tersebut telah membebani golongan rakyat berpendapatan rendah, terutamanya yang tinggal di kampong dan juga golongan yang dah bersara. Ini kerana, pelarangan tersebut telah memaksa golongan-golongan ini untuk membeli peralatan-peralatan yang baru untuk kereta lama mereka dimana ia tidak logik langsung.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bahawa terdapat sejumlah bilangan kes dibuang kerja tidak dibicarakan di Mahkamah Industri di bawah Seksyen 20(3) Indurtrial Relations Act. Boleh menteri menyatakan jumlah bilangan kes yang telah dibicarakan di Mahkamah Industri sejak beliau mengambil-alih dan sebelum beliau mengambil-alih dan apakah sebab-sebabnya kes-kes dibuang kerja tidak dibicarakan di Mahkamah Industri.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

Persatuan Penduduk telah menutup kebanyakan jalan masuk, tepi jalan, jalan utama yang kecil di kawasan perumahan. Situasi ini dapat dilihat di kawasan-kawasan  seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, dan USJ. Masalah yang timbul dari angkara persatuan penduduk ini adalah ia menjadi penghalangan bagi perkhimatan kecemasan seperti ambulans, kereta ronda polis, bomba untuk memasuki ke kawasan perumahan semasa dalam kecemasan. Boleh menteri menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi mengendalikan masalah ini?

Adakah  kerajaan mempunyai undang-undang atau polisi untuk menangani   masalah ini kerana ia amat jelas sekali segala tindakan persatuan penduduk sudahpun melampau dan ia juga telah bercanggah dengan Road Transport Act,   Street and Drainage Act and the National Land Code?

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI JALAN RAYA menyatakan bilakah konsesi tol akan tamat dan adakah kerajaan                                                          mempunyai apa-apa cadangan untuk menyatukan semua kontrak-kontrak tol kepada syarikat Asas Serba Sdn Bhd? Disamping itu, adakah kerajaan mempunyai apa-apa cadangan untuk mengambil-alih ataupun mengabung segala pengurusan pentadbiran semua tol lebuhraya di bawah satu pentadbiran?

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan barapakah gaji minimum yang telah ditetapkan bagi pekerja-pekerja berwarganegara Malaysia dari semua sector, dan mengapakah kerajaan tidak menetapkan gaji minimum tersebut dengan mengambil kira faktor-faktor seperti kos hidup, produktiviti dan harga barangan keperluan asas pengguna yang semakin meningkat dan lain-lain.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah semua pelabuhan yang telah diswastakan membayar wang sewaan kepada kerajaan? Berapakah sewa bulanan yang dibayar oleh pelabuhan barat di port klang kepada kerajaan dan sejak bila pelabuhan tersebut mula membayar?

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahawa ibu bapa kepada pelajar-pelajar berasa bimbang kerana terdapat banyak guru-guru tiada di sekolah pada waktu sekolah kerana mereka telah dihantar untuk menghadiri kursus dan mesyuarat-mesyuarat. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini dan mengurangkan kebimbangan ibu bapa pelajar-pelajar sekolah?

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Syarikat Ascort Sport telah dipilih dan diberikan lesen perjudian sukan dan mengapakah lesen ini hanya diberikan kepada satu syarikat sahaja, iaitu  Syarikat Ascort Sport. Bukankah ini tidak lagi selaras dengan Akta Undang-undang Persaingan yang telah lulus di Parlimen pada may lalu.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan seperti dilaporkan di dalam surat khabar, kerajaan telah bercadang untuk mendirikan ‘nuklear plant’ sebelum 2020. Boleh menteri tunjuk apakah tahap permintaan dan pengeluaran tumbuhan tersebut buat masa kini.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mencegah dan mengawal tembakan polis kerana bilangan kes tembakan polis semakin meningkat bagi 5 tahun yang lalu. Apakah keputusan siasatan kematian seorang pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amza yang ditembak mati oleh polis pada awal pagi Isnin 26 April 2010.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahawa terdapat banyak pengaduan dari pelbagai industri bahawa kualiti pendidikan di pusat pendidikan telah menurun. Boleh menteri menjelaskan sebab-sebab kenapakah kualiti pelajar-pelajar lepasan kolej telah menurun sehingga mereka tidak layak untuk dilantik berbanding dengan pelajar-pelajar kolej dari luar Negara.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab mengapakah ‘pinjaman tekun’ diberikan kepada rakyat menerusi party politik dan bukan menerusi pihak bank mahupun  menerusi jabatan kerajaan. Oleh kerana ini, pinjaman ini hanya diberikan kepada penyokong-penyokong parti politik sahaja.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengapakah orang-orang pribumi yang tinggal di rumah panjang di Sarawak bergenerasi tidak diberi apa-apa hak secara sah keatas tanah yang mereka tinggal tersebut. Ada penduduk rumah panjang bergenerasi masih di angap sebagai penghuni haram.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI SUKAN menyatakan bahawa pada tahun 60han/70han, Malaysia mempunyai pencapaian yang amat bagus dalam bidang sukan, contohnya seperti olahraga, hoki, bola sepak dan lain-lain. Tetapi sekarang, ia tidak lagi sama dan prestasi Negara-negara lain pula semakin meningkat dan maju. Boleh Menteri Sukan menyatakan sebab-sebab kemunduran prestasi sukan di Negara kita dan apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memajukan.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bahawa orang-orang pribumi yang tinggal di rumah panjang di Sarawak hanya dibayar sebanyak RM12 sehari bagi bekerja di  estate minyak kelapa sawit dan orang-orang pribumi ini semua dipergunakan oleh majikan mereka. Boleh menteri menyatakan gaji minimum yang telah ditetapkan untuk pekerja-pekerja yang bekerja di estate minyak kelapa sawit  di Sarawak?

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN SUMBER ASLI menyatakan

•    jumlah bilangan hutan yang belum ditebang dan apakah polisi kerajaan bagi mempertahankan hutan-hutan yang sudah dan yang belum ditebang.

•    Kenapa undang undang persekutuan hidupan liar tidak di guna di sabah dan Sarawak dan kenapa sabah dan Sarawak ada undang undang berlainan?

17. Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN SUMBER ASLI menyatakan:

•    apakah kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh individu untuk menjalankan zoo swasta?
(b). Baru-baru ini, terdapat banyak pengaduan telah dilaporkan dari pelbagai pihak mengenai penderaan yang dilakukan terhadap harimau, iaitu memberi dadah dan mengaut keuntungan dengan membenarkan pelawat-pelawat menangkap gambar dengan harimau tersebut. Adakah kerajaan telah menjalankan apa-apa siasatan dan apakah hasil siasatan tersebut. Apa kah tindahkan yang diambil oleh perhilitan mengenai pengaduan dan protes   keras atas penginsafaan harimau di A’famosa, Malacca. Pihak Perhilitan memberitahu bahawa satu siasatan terperinci sedang dijalankan mengenai perstiwa tersebut. Apakah keputusan atau akibatnya.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:

Jumlah bilangan sekolah menengah di Negara kita mengikut negeri dan jumlah pengetua-pengetua mengikut jantina dan bangsa di sekolah menengah. Apakah arahan, kuasa dan tindakan yang di beri kepada mereka untuk mengkurangkan gangsterism, delinquency dan ponteng sekolah oleh murid. Apakah kah feedback atau laporan mereka mengenai masalah ini.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAN:

Berapa kah rakyat Malaysia masih di bankrupt sehingga sekarang mengikut bangsa dan jantina dan apa kah punca atau sebab mereka di bankrup. Tindak tindak kerajaan ambil untuk mengkurangkan kadar bankrupt di kalangan rakyat.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT  menyatakan jumlah bilangan kes-kes penceraian bagi 5 tahun lalu, termasuk agama dan kaum. Apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan bilangan kes-kes perceraian yang semakin meningkat setiap tahun.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sebab system pendidikan ada matrikulasi dan STPM untuk memasuki university. Kebanyakan murid melayu duduk peperiksaan metrikulasi dan bukan melayu STPM. Adakah rancangan untuk meujut satu peperiksaan untuk semua atau pun beri pilihan untuk ambil mana mana peperiksaan kepada semua penuntut malaysia.

TULIS

•    Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PENDIDIKAN

•    apakah mekanisme kerajaan bagi menyelesaikan masalah pelajar-pelajar daripada SJKC atau SJKT yang meneruskan pembelajaran di sekolah menengah.

•    apakah tindakan yang telah ambil oleh pihak kementerian bagi mencegah pelajar-pelajar sekolah terutamanya pemuda kaum india di Negara kita daripada terlibat dalam gejala-gejala juvana. Ini kerana terdapat banyak laporan telah dikeluarkan di media bahawa bilangan pelajar-pelajar India terlibat dalam kes-kes juvana semakin meningkat.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN    SUMBER ASLI                                                                                                                           a. menyatakan dalam masa lima tahun 2005-2009, berapa orang peceroboh binatang di tangkap dan didakwa di mahkamah oleh PERHILITAN.
•    Sabah dan Sarawak ada kawasan luas untuk taman binatang semulajadi. Oleh sebab itu tidak perlu untuk kerajaan menubuh taman haiwan(ZOO). Binatang binatang perlu hidup di habitat semula jadi. Apakah tindakan dan pandangan kementerian.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Apakah kedudukan perumahan penduduk penduduk di perkampongan india di kampong pandan. Sudah 50 tahun mereka menuntut rumah di tempat itu atau sekelilingnya tetapi tiada tindakan dan sekarang kementerian mahu mereka pindah ke PPR puchong. Ada kah penduduk di jalan 3 sungai besi mengalami nasib yang sama.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Suppian minta MENTERI PERTAHANAN perkembangan kes pencurian dua jet engine di January tahun ini. Siapa yang tanggung jawab atas kejadian ini dan adakah kelemahan system penghendalian alat alat di atas. Apa kah peputusan siasatan.

•    Tuan ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI KEWANGAN bagaimana kementerian memantau persembahan GLC. Berapakah sumbangan setiap GLC kepada khazanah Negara dari 2005 hingga 2009.  Ada kah pengarah pengarah GLC di beri apa apa KPI/ sasaran untuk memenuhi.

USUL UNTUK SESSI JULY

•    Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah mencadangkan:

“ Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak kerajaan mengubal undang-undang Kebebasan Maklumat bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati hak untuk mendapatkan maklumat selaras dengan kehendak prinsip-prinsip demokrasi. Hak rakyat untuk mendapatkan maklumat adalah penting bagi membolehkan rakyat untuk memeriksa dan membendung penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan kerajaan dalam hal-hal pentadbiran kerajaan terutamanya keputusan-keputusan kerajaan yang mempunyai implikasi secara langsung dan tidak langsung terhadap rakyat jelata. Oleh itu saya mengambil kesempatan melalui mesyuarat Dewan Negara ini untuk menampilkan usul pengubalan undang-undang bagi tujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran dan hal-hal kerajaan terutamanya dalam proses membuat keputusan-keputusan  sejajar dengan prinsip demokrasi ( participatory democracy) dan kepentingan awam (public interest). Rakyat Malaysia mengalu-alu satu kerajaan yang telus dan bertanggung jawab maka pengubalan undang-undang ini adalah mustahak. Undang-undang ini akan membenarkan akses kepada dokumen-dokumen sesebuah agensi kerajaan dan dokumen-dokumen rasmi kementerian kerajaan. Maka  disarankan supaya kerajaan memgambil serius pengubalan undang-undang ini dan memgambil segala langkah-langkah untuk merealasasikan undang-undang ini di Malaysia yang mana undang-undang begini telahpun di perkenalkan di negara-negara komanwel yang lain “.

•    Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak kerajaan mengubal undang-undang Perhubungan Kaum (Race Relations Act) bagi menyinkirkan  diskriminasi perkauman  di sektor  awam, di  sektor swasta ,  di dalam bidang pelajaran di peringkat universiti dan matrikulasi, di dalam proses pengambilan  ‘tender’ kerajaan persekutuan, kerajaan negeri  dan kerajaan tempatan.   Tujuan utama undang-undang ini adalah  untuk mempromosi perhubungan perkauman yang baik dan sihat diantara semua kaum di Malaysia dengan menyinkirkan ketidakseimbangan perkauman dan diskriminasi. Oleh itu, disarankan supaya Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap gejala diskriminasi dan ketidakseimbangan perkauman di dalan sektor-sektor ini. Undang-undang ini boleh dikuasakan dan diberi mandat untuk memastikan bahawa agensi-agensi kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan,  syarikat-syarikat swasta, syarikat-syarikat ‘GLC’ kerajaan  dan institut pengajian tinggi tempatan (IPT) memperkenalkan program ‘race equality’  yang berdasarkan ‘merit’ di dalam semua aspek pekerjaan terutamanya  di dalam aspek pengambilan tenaga kerja dan pengambilan pelajar, promotion, latihan, dan peluang pembelajaran di dalam negeri dan diluar negara. Dalam masa yang sama Kerajaan perlu menubuhkan satu Suruhanjaya Perhubungan Perkauman di bawah undang- undang ini bagi memastikan penguatkuasaan dan implimentasi undang-undang perhubungan perkauman”.

Explore posts in the same categories: From the desk of Senator S Ramakrishnan

Tags:

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: