Soalan-soalan yang ditanya di Parlimen

14/5/2010

1)    Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah (dipilh oleh Dun Selangor) minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan pelaksanaan undang-undang baru untuk melarang dan mengharamkan remaja di bawah umur 18tahun daripada membeli dan mengambil minuman keras dan juga mengharamkan penggunaannya di tempat awam seperti taman,tempat letak kereta dan kaki lima.

Jawapan:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penjualan arak termasuk arak buatan sendiri di kedai-kedai adalah dilesenkan di bawah Lesen Kedai Runcit berdasarkan peruntukan Seksyen  35, Akta Eksais 1976 [Akta 176]. Lesen tersebut dikeluarkan oleh lembaga Pelesenan Eksais Daerah di bawah peruntukan akta yang sama.

Syarat-syarat yang terkandung dalam lesen tersebut secara terang menyatakan minuman yang memabukkan tidak boleh dijual kepada seseorang dibawah umur 18tahun. Dalam menangani isu pembelian arak termasuk buatan sendiri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa menjalankan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu dari semasa ke semasa bersama-sama pihak Kastam dan Polis DiRaja Malaysia untuk memastikan segala syarat dan peraturan pelesenan dipatuhi.

Berhubung kes jenayah yang berpunca dari masalah meminum arak, PBT tidak mempunyai sebarang rekod berhubung perkara tersebut memandangkan PBT hanya terlibat dalam mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis terbabit sekiranya didapati melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan.

PBT berperanan dalam memastikan kesesuaian premis tersebut bagi menjual minuman keras sebelum lesen premis dikeluarkan oleh PBT dengan mengambilkira aspek lokasi yang tidak berdekatan dengan kawasan perumahan, sekolah atau masjid/ surau serta tidak mengganggu ketenteraman dan sensitivity masyarakat di kawasan berdekatan.

2)      Tuan Ramakrishnan a/l Supiah minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan mengapa tidak ada seorang pun bukan melayu yang dilantik sebagai Naib Canselor di mana-mana university atau institute pengajian tinggi awam kerana ianya tidak selaras dengan Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Jawapan:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, terdapat seramai lima Timbalan Naib Canselor IPTA yang dilantik dikalangan bukan Melayu seperti berikut:

A)    Y. Bhg. Prof. Dr. Peter Songan, Universiti Malaya Sarawak.

B)    Y. Bhg. Datuk Prof. Dr. Khaw Lake Tee, Universiti Malaya.

C)    Y. Bhg. Prof. Dr. Lim Koon Ong, Universiti Sains Malaysia.

D)    Y. Bhg. Prof. Dr. Saran Kaur Gill, Universiti  Kebangsaan Malaysia.

E)     Y. Bhg. Prof. Dr. Tai Shzee Yew, Universiti Putra Malaysia.

Pelan strategik Pengajian Tinggi Negara telah menggariskan strategi untuk memantapkan struktur tadbir urus IPTA dengan meningkatkan keberkesanan dan penyampaian perkhidmatan yang dinamik, berkualiti dan berintergriti. Ini termasuklah dalam memilih individu yang layak untuk  memimpin sesebuah university. Kementerian telah menetapkan kriteria pemilihan Naib Canselor dan pemilihan dibuat berdasarkan meritokrasi. Dua buah Jawatankuasa Tetap Carian Naib Canselor telah ditubuhkan untuk memilih naib conselor bagi Universiti Penyelidikan dan Universiti bukan Penyelidikan. Ini bagi memastikan agar mereka yang dipilih menjadi Naib Canselor merupakan individu yang benar-benar layak dan mampu mentadbir serta memimpin sesebuah university. kriteria-kriteria pemilihan Naib Cancelor IPTA adalah meliputi kecemerlangan akademik, pengiktirafan antarabangsa, kebolehan memimpin dan mengurus, reputasi dan personality.

3)      Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan penggunaan ‘tenaga yang boleh digunakan semula’ (renewable energy) seperti turbin angin, panel solar dan tenaga-tenaga lain yang mengandungi karbon rendah di kalangan masyarakat memandangkan peningkatan dalam kegunaan tenaga eletrik telah membahayakan kehidupan alam sekitar.  

Jawapan:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian telah mula mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan penggunaan tenaga yang boleh digunakan semula atau Renewable Energy,dengan izin yang mesra alam untuk penjanaan elektrik sejak Rancangan Malaysia Kelapan ( RM ke-8) apabila Dasar Lima Bahan Api (Five Fuel Policy) diperkenalkan pada tahun 2000. Dasar ini adalah bertujuan  untuk menggurangkan kebergantungan yang tinggi kepada bahan apai fosil dan antara-antara sumber-sumber RE tempatan untuk penjanaan tenaga elektrik yang telah dikenal pasti adalah biomas, biogas, sisa pepejal, tenaga suria dan mini hidro.

Selaras dengan dasar ini, kementerian telah memperkenalkan Program  Janakuasa Kecil Tenaga boleh Diperbaharu (Small Renewable Energy Program- SREP) pada tahun 2001. Melalui program ini para pemaju bebas boleh membangunkan stesen penjanaan tenaga elektrik berasaskan sumber-sumber RE seperti biomass, biogas dan mini-hidro untuk dijual kepada pihak utility. Kementerian juga telah melaksanakan program-program kerjasama dengan Global Environment Facility (GEF), United Nations Developement Program (UNDP) menggalakkan lagi penggunaan RE seperti  Projek Malaysia Building Intergrated Photovoltaic (MBIPV) dan Projek Biomass Power Generation and Cogeneration in Palm Oil Mills (Bio-Gen). Projek MBIPV bertujuan untuk mempromosi penggunaan sistem fotovoltaik pada bangunan secara lestari. Program ini memberi peluang kepada masyarakat untuk memasang sistem solar di rumah bagi penjanaan elektrik dengan subsidi sebanyak 42-75%. Pelaksanaan Projek BioGen pula adalah untuk menggurangkan pembaziran sisa sawit dan pembebasan Gas Rumah Hijau daripada sisa industry sawit di Malaysia melalui dua projek demonstrasi biomass dan biogas.

Kerajaan juga telah meperkenalkan insentif fiscal untuk penjanaan elektrik daripada sumber RE sejak tahun 2003. Di antara insentif-insentif fiscal yang telah disediakan oleh kerajaan termasuklah Taraf Perintis (pioneer status), Elaun Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan juga pengecualian duti import serta cukai jualan keatas peralatan yang digunakan dalam penjanaan.

Bagi memacu pembangunan RE di Negara ini dengan lebih agresif, kementerian akan memperkenalkan Dasar dan Pelan Tindakan RE yang baru di bawah RM Ke-10. Dasra ini dirangka bagi memastikan sumbangan RE terhadap menjamin keselamatan tenaga(energy security) serta meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi Negara. Pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan ini dijangka akan dapat menyumbang secara signifikan dalam menggurangkan penggeluaran karbon daripada sector penjanaan elektrik di Negara ini dimana menjelang 2020, adalah dijangkakan bahawa 42 juta tan pelepasan kumulatif dapat dikurangkan melalui penggunaan RE.        

4)      Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kenapa konsep ‘bina dan jual’ tidak dilaksanakan untuk mengurangkan masalah projek- projek pembinaan rumah dari terbengkalai.

Jawapan:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) varian 10:90 telahpun dilaksanakan oleh kerajaan mulai 12 Jun 2007 sepertimana yang terkandung di dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]. Konsep ini dilaksanakan secara selari dengan konsep sedia ada iaitu ‘jual dan bina’ di mana pemaju bebas memilih mana-mana konsep yang difikirkan sesuai. Pelaksanaan konsep BKJ varian 10:90  ini adalah bertujuan untuk menginovasikan sector hartanah khususnya perumahan serta mengurangkan masalah projek perumahan terbengkalai. Pelaksanaan konsep BKJ varian 10:90 ini kurang mendapat sambutan daripada pemaju perumahan disebabkan mereka memerlukan modal yang besar bagi memulakan sesuatu projek perumahan. Masalah lain yang dikenalpasti adalah berkaitan dengan pinjaman titian atau bridging finance daripada pihak institusi kewangan untuk membiayai projek perumahan kerana pihak institusi kewangan bersifat teliti dan tegas dalam memberikan sebarang pinjaman memandangkan wujudnya risiko yang tinggi jika sesuatu projek perumahan BKJ tidak mendapat sambutan pasaran.

5)      Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan  proses pemilihan drama tamil dijalankan sebelum ia ditayangkan di astro dan adakah kerajaan mempunyai apa-apa cadangan untuk mendirikan badan bebas yang terdiri daripada pemimpin awam terkemuka untuk mengawal dan memutuskan jenis-jenis drama Tamil sebelum ianya ditayangkan.

Jawapan:

Tuan Yang Dipertua,

Proses penilaian kandungan di ASTRO dibuat oleh jawatankuasanya berdasarkan kreativiti kandungan , kesesuaian tempatan serta sumbangannya kepada komuniti. Kandungan yang tidak bersesuaian dengan aspirasi Negara dan / atau masyarakat tempatan akan ditolak. Kandungan yang melepasi penilaian ini akan dinilai dan ditapis oleh Bahagian Kawalan Kandungan ASTRO untuk memastikan ianya tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang termasuk syarat-syarat lesen termasuk Kod Kandungan yang didaftarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM ) 1998.

Buat masa ini, kerajaan berpandangan sistem sedia ada memadai untuk mengawal dan menilai pemilihan jenis-jenis drama sebelum ianya ditayangkan dan tidak bercadang untuk mengadakan panel bebas untuk mengawal proses pemilihan dan penapisan drama Tamil di ASTRO.

6)      Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan 

(a) Bentuk reformasi yang telah dibuat terhadap Biro Tata Negara dan cara kerajaan memberi perkhidmatan cemerlang kepada warga Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

(b) adakah kerajaan telah melantik pelatih-pelatih berbilang kaum di dalam programBiroTataNegara.

Jawapan:

TuanYangDipertua,

(a)    Mulai pertengahan tahun 2009, BTN telah mengubah suai modul pelaksanaan Progra Bina Negara untuk Kursus Kenegaraan (PTK1) DAN Seminar 1Malaysia dengan memberi tumpuan kepada penerapan semangat gagasan 1Malaysia – ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) kepada kumpulan sasar pelbagai kaum di seluruh Negara.

Di samping itu, sejajar dengan slogan 1Malaysia, pelbagai usaha serta program telah dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi merubah, menambah baik serta mentransformasikan kaedah, mekanisme dan cara penyampaian perkhidmatannya kepada orang ramai. Tumpuan utama diberikan kepada usaha mewujudkan satu perkhidmatan cemerlang berteraskan pelanggan serta memenuhi tuntutan rakyat. Di antara usaha-usaha kerajaan dalam pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada warga Malaysia adalah pelaksanaan kerajaan elektronik dengan mengadakan:

1)      Portal myGoverment;

2)      My Bayar:

3)      My SMS;

4)      My FORM;

5)      Single Window Job Recruitment Menerusi portal Jobs Malaysia; dan

6)      E-Khidmat

Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan perkhidmatan kaunter,menubuhkan Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3 P), dan melaksanakan Perekayasaan Proses dan Prosedur Kerja.

            (b)BTN sejak penubuhannya telah ada menggunakan khidmat penceramah dan Tenaga Penggerak yang terdiridaripada pelbagai kaum untuk mengendalikan program-program anjurannya. Kini BTN sedang berusaha menambah bilangan tenaga penggerak dari berbilang kaum di mana mereka akan mengendalikan Kursus Kenegaraan (PTK 1) dan Seminar 1 Malaysia yang dilaksanakan kepada kumpulan sasar pelbagai kaum di seluruh Negara.

      
7)  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan yang telah diambil untuk melindungi haiwan hidupan liar yang sedang bergelut untuk pemukiman kerana kebanyakan tanah hutan telah  direklamasi untuk tujuan pertanian dan perkebunan dan ini telah menjejaskan kehidupan haiwan-haiwan liar. 

Jawapan:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pihak Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang isu berkaitan konsevasi hidupan liar. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa menjalankan kaedah pengurusan terbaik dalam menangani masalah hidupan liar yang kehilangan habitat daripada pembangunan di kawasan hutan.

Tindakan-tindakan yang diambil bagi melindungi hidupan liar yang kehilangan atau kekurangan habitat adalah seperti berikut:

(a)    PROGRAM  TANGKAP  PINDAH

–          Gajah yang terjejas akibat kehilangan habitat dan pengecilan habitat akan ditangkap  dan dipindahkan ke habitat yang lebih luas seperti di Taman Negara. Contohnya sepanjang tempoh 2005 hingga 2009, Jabatan PERHILITAN telah memindahkan sejumlah 92 ekor gajah dari kawasan habitat bermasalah ke taman Negara.

(b)   PEMBIANAAN PAGAR ELEKTRIK

–          bagi mengelakkan gajah daripada memasuki dan merosakkan tanaman di kawasan-kawasan pertanian, penbinaan pagar elektrik telah dijalankan . sebanyak RM 5juta telah dibelanjakan dari tahun 2008 hingga 2010bagi pembangunan pagar elektrik di kawasan pertanian yang bersempadan dengan kawasan hutan.

(c)    AKTIVITI PENGUATKUASAAN HIDUPAN LIAR

–          Pembukaan kawasan hutan untuk aktiviti pertanian akan turut mengundang kepada aktiviti pemburuan haram terutamanya di kawasan hutan yang berhampiran. Oleh itu, aktiviti penguatkuasaan hidupan liar juga turut dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN bagi mencegah pemburuan haram daripada berlaku.

(d)   PEMBANGUNAN PUSAT KONSERVASI DAN SANTUARI HIDUPAN LIAR

–          Sehingga kini, Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan sebanyak 2 buah pusat konservasi hidupan liar dan sebuah santuari khusus bagi menempatkan hidupan liar yang tercedera atau diselamatkan melalui program tangkappindah yang dijalankan. Pusat-pusat tersebut adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Santuari Gajah Sungai Deka dan Pusat Menyelamatkan Hidupan Liar Sungai Dusun.

(e)    PROGRAM KESEDARAN AWAM

–          Program-program kesedaran awam berkaitan konservasi hidupan liar dijalankan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan pertanian bagi memberi kefahaman tentang kepentingan konservasi hidupan liar kepada orang ramai. Maklumat berkenaan konflik hidupan liar di kawasan berkenaan juga akan dapat disampaikan terus kepada pihak Jabatan. Ini akan mengelakkan orang ramai mengambil tindakan sendiri dalam menangani masalah gangguan hidupan liar di kawasan tersebut.

(f)    PELAN PENGURUSAN HIDUPAN LIAR

–          Jabatan PERHILITAN  telah menyedia dan melaksanakan pelan-pelan  pengurusan hidupan liar yang merangkumi kaedah koservasi hidupan liar yang terlibat dalam masalah kehilangan dan pengurangan habitat akibat pembukaan tanah untuk pertanian. Pelan-pelan tersebut ialah Pelan Tindakan Pemulihan Harimau Belang Kebangsaan, Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia dan Pelan Pengurusan Kera Bermasalah di Semenanjung Malaysia.

(g)   PELAN MENYELAMAT HIDUPAN LIAR

–          Jabatan PERHILITAN turut menyediakan pelan menyelamat hidupan liar apabila sesuatu kawasan hutan akan dibangunkan sebagai kawasan pertanian secara berskala besar.

8) Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilangan zoo swasta yang terdapat di Malaysia dan mengapakah kerajaan tidak menghentikan atau melarang zoo-zoo swasta daripada beroperasi terutama sekali pihak yang menggunakan nama NGO dan menjalankan urusniaga perdagangan haiwan-haiwan liar dengan pihak luar negara. 

Jawapan:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat 32 buah zoo, mini zoo dan taman tema yang diurus oleh pihak swasta di Malaysia. Daripada jumlah ini, 28 buah terdapat di Semenanjung Malaysia manakala sebuah zoo terdapat di Sabah dan tiga buah di Sarawak.

Kerajaan tidak menghentikan atau melarang zoo-zoo swasta daripada beroperasi kerana Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, [ Akta 76] yang dikuatkuasakan untuk perkara berkaitan hidupan liar tidak mempunyai peruntukan yang khusus untuk menghentikan operasi zoo-zoo tersebut.

Zoo tempatan hanya dibenarkan membuat pertukaran hidupan liar dengan zoo luar Negara di mana tiada imbuhan atau transaksi kewangan dibenarkan. Kebenaran pertukaran adalah mengikut piawaian antarabangsa dari aspek pembiakan dan konservasi ex-situ. Walaubagaimana pun terdapat sebilangan kecil premis ini yang telah melakukan kesalahan kecil yang melibatkan peraturan dan telah dikenakan tindakan kompaun.

9)  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan bentuk sokongan kewangan atau insentif untuk pengeluar filem bukan Melayu tempatan.

Jawapan:

Tuan Yang DiPertua,

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sentiasa memberikan sokongan kewangan atau insentif kepada pengeluar filem tempatan tanpa mengira bangsa tetapi berdasarkan kebolehan atau kemampuan pengeluar filem tersebut. Di antara sokongan kewangan atau insentif yang telah FINAS adalah seperti:

(a)        mewujudkan Dana Pinjaman Filem Cereka (DPFC) sebagai modal pinjaman bagi membantu prosedur-prosedur filem tempatan untuk menerbitkan filem cereka tempatan;

(b)        menyediakan Dana Pembangunan Seni Filem dan Multimedia sebagai kemudahan pembiayaan dan peralatan perfileman kepada karyawan filem tempatan terutama karyawan baru bagi menerbitkan filem pendek, dokumentasi dan animasi. Maksimum pembiayaan penerbitan tidak melebihi RM 50,000 untuk satu-satu permohonan;

(c)        menyediakan Dana Filem Dokumentasi dengan peruntukan sebanyak RM 6.5 juta setahun untuk merangsang penerbitan filem dokumentari tempatan yang bertaraf tinggi;

(d)       melaksanakan Skim Wajib Tayang Bagi Filem Tempatan atau filem usaha sama untuk ditayangkan secara WAJIBselama empat belas hari berturut-turut di pawagam-pawagam terpilih; dan

(e)        memberikan insentif pulangan duti hiburan kepada semua pengeluar filem tempatan tanpa mengira bangsa yang menerbitkan filem berbahasa melayu dengan kadar 20% daripada harga tiket.

Secara keseluruhannya, isu pemberian bantuan atau insentif kepada pengeluar filem mengikut bangsa tidak timbul. Kementerian mengalukan-alukan permohonan bantuan kewangan ini kerana ianya adalah terbuka kepada semua pengeluar filem tempatan yang berkelayakan tanpa mengira bangsa.

10) Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menggunakan pendaftaran automatic dan mewajipkan semua rakyat untuk mengundi.

Jawapan:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilihan secara automatic bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun. Ini disebabkan sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamatyang tercatat di dalam kad pengenalan. Jika dilaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatic, ia akan memberikan implikasi yang besar kepada mereka yang terlibat memandangkan keadaan mobility penduduk yang sangat tinggiekoran berpindah alamat kediaman, pertukaran tempat kerja dan sebagainya. Ini kerana terdapat mereka yang tidak membuat pertukaran alamat pada kad pengenalan, menyebabkan bilangan mereka yang akan didaftarkan di luar kawasan tempat mereka bermastautin adalah tinggi. Bahkan mungkin ada di antara mereka yang tidak lagi menetap di alamat tersebut serta tidak mempunyai ahli keluarga di alamat yang didaftarkan. Jika hal ini berlaku ia akan menimbulkan kesulitan pemilih itu sendiri. contoh, jika alamat yang tertera di dalam kad pengenalan ataupun yang terdapat di pangkalan data alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan bahawa seseorang pemilih itu menetap di sesuatu alamat tertentu sedangkan pada hakikat sebenarnya beliau telah pindah ke suatu tempat baru tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN, maka seseorang pemilih itu akan didaftarkan berdasarkan alamat bermastautin yang lama.

Peraturan ini juga, jika dilaksanakan, amat bertentangan dengan kehendak Perlembagaan mengenai tempat mastautin sebenar pemilih berkenaan , kerana beliau telah berpindah ke tempat lain. Jika berlaku pilihan raya, maka pemilih berkenaan akan menhadapi kesulitan untuk menentukan dipusat mengundi manakah beliau akan mengundi kerana namanya tidak disenaraikan di tempat mengundi beliau bermastautin. Jika ramai pemilih yang berpindah tempat bermastautin tetapi tidak memaklumkan kepada JPN, adalah dikhuatiri ramai pemilih tidak akan kembali mengundi jika pusat mengundi mereka terletak jauh dari tempat kediaman mereka.

Oleh kerana itu, dikhuatiri peratus pemilih yang keluar mengundi di bahagian pilihan raya berkurangan dan akan menjejaskan imej Negara di mata dunia. Berasaskan pada hakikat ini maka kerajaan belum lagi bercadang untuk membuat pendaftaran pemilih secara automatic.

11)   Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan

(a) jumlah pengumpulan ‘sin tax’ yang telah   dikumpul pada 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009 hasil kegiatan haram seperti judi, loteri, kelab malam, dan arak, dan

(b)bolehkah kerajaan menyenaraikan hasil penyaluran wang daripada sumber tersebut. 

Jawapan:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Yang Berhormat,

(a)    Kerajaan Persekutuan merupakan pihak yang bertanggungjawap bagi mengutip sebarang cukai yang ditetapkan oleh undang-undang berkaitan aktiviti perjudian dan minuman keras yang dilesenkan oleh kerajaan sahaja. Manakala kutipan hasil cukai daripada aktiviti Kelab Malam akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Kutipan hasil cukai perjudian dan cukai minuman keras pada 2005 hingga 2009 adalah seperti berikut:

(b)   Cukai perjudian dan cukai minuman keras yang dikutip oleh kerajaan akan dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan pembangunan Negara.

12) Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) sebab Dr.Selvaa Pillai yang mengetuai unit pesakit luar di hospital orang asli di Gombak sejak Mac lalu dipindahkan ke hospital lain di  Kedah selepas beliau mengadu berlakunya salah guna kuasa pentadbiran hospital.

(b) apakah status siasatan bagi pengaduan yang telah dibuat oleh sekumpulan orang asli kepada SUHAKAM terhadap hospital dibawah kawalan JHEOA di Gombak pada 25 Februari lalu.   

Jawapan:

(a)    Jawatan Pegawai Perubatan di Hospital Jabatan Hal Ehwal Orang Asli adalah jawatan kader Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan pertukaran dan penempatan tempat bertugas adalah dibawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan pertukaran beliau tiada kaitan dengan aduan beliau terhadap salah guna kuasa Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Gombak.

(b)   SUHAKAM  telah melakukan lawatan siasatan ke Jabatan Hal Ehwal Orang Asli,Gombak pada 15 Mac 2010 berkaitan aduan yang telah dibuat oleh sekumpulan Orang Asli. Namun, sehingga ke tarikh ini Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tidak meneriam sebarang laporan hasil siasatan yang dibuat oleh SUHAKAM bagi menerangkan status siasatan agensi berkenaan.

13) Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

(a)Beribu-ribu rakyat Malaysia, khususnya kaum india dan cina tidak mempunyai dokumen-dokumen sah seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran dan ini telah menyebabkan mereka tidak dapat pergi ke sekolah, pekerjaan atau mendapat kebajikan kesihatan. Adakah kerajaan mengumpul data golongan ini dan berapakah bilangan yang terdapat dalam sistem data kerajaan.

(b)Bolehkah kanak-kanak yang lahir dan berasal dari Malaysia yang tidak mempunyai dokumen-dokumen sah untuk mengambil peperiksaan di sekolah kerajaan sehingga mereka masuk ke universiti.

Jawapan:

Tuan Yang DiPertua,

(a)    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai statistic yang lengkap mengenai jumlah rakyat Malaysia khususnya Cina dan India yang tidak mempunyai sijil kelahiran. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha dan tindakan telah diambil oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai inisiatif untuk menyelesaikan masalah penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri iaitu kad pengenalan dan sijil kelahiran. Strategi-strategi secara terancang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara untuk mepermudahkan rakyat Malaysia memohon dokumen pengenalan diri adalah disenaraikan seperti berikut:

–          Program myDaftar yang dilaksanakan di seluruh semenanjung Malaysia meliputi kawasan Bandar dan Luar Bandar ;

–          Program Operasi Bergerak yang dilaksanakan di negeri Sabah dan negeri Sarawak;

–          Pembukaan kaunter-kaunter Jabatan Pendaftarn Negara di ibu Pejabat  Pendaftaran Negara dan ibu Pejabat Negeri pada setiap hari sabtu dan ahad;

–          Mengadakan perkhidmatan kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Sultanah Alor Setar, Kedah dan Hospital Likas, Sabah.

Tuan Yang Dipertua,

Program-program tersebut telah dirancang dan disusun dengan teliti bukan sahaja setakat mengeluarkan dokumen pengenalan diri kepada mereka yang layak sahaja tetapi juga memberi penerangan dan khidmat nasihat mengenai kepentingan dokumen-dokumen tersebut di dalam urusan-urusan persekolahan, perubatan, pekerjaan, kebajikan dan sebagainya.

(b)   Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini difahamkan bahawa semua kanak-kanak yang mendaftar masuk mengikuti persekolahan sama ada di sekolah kerajaan ataupun bantuan kerajaan adalah layak menduduki peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh kerana perkara ini di luar bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri, adalah disarankan bahawa Yang Berhormat Senator mendapatkan penjelasan lanjut daripada Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

14) Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk menyelaraskan Skim ‘Gated and  Guarded Community’ dengan National Land Code 1965, the Strata Titles Act 1985, the Town and Country Planning Act 1976, the Housing Development (Control and Licensing) Act 1966, and the Street, Drainage and Building Act 1974 supaya ia dapat memberi panduan yang jelas kepada PBT agar mereka tidak melangar apa-apa undang-undang dan peraturan.

Jawapan:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia telah menggubal satu garis panduan khusus bagi merancang, mengawal dan memantau pembangunan skim-skim komuniti berpagar dan terkawal. Garis panduan ini sedang dalam pertimbangan Jemaah Menteri untuk dikuatkuasakan di seluruh Semenanjung  Malaysia. Garis panduan ini telah menggariskan secara terperinci aspek-aspek perancangan dan pengawasan bagi kedua-dua konsep skim pembangunan iaitu ‘gated community scheme’ (GACOS) yang dibangunkan selaras dengan peruntukan Akta Hak Milik Strata 1985 (Pindaan 2006) dan ‘Guarded Neighbourhood’ yang pada asanya merupakan pemilikkan individu (Individual Landed Title) yang pembentukannya tidak tertakluk kepada Akta Hakmilik Strata 1985.

KPKT sedar bahawa amalan semasa penyediaan halangan fizikal dan pemasangan ‘boom gate’ di pintu masuk ke kawasan skim kediaman adalah menyalahi peruntukan Seksyen 80, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Subseksyen 46(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan seksyen 62 dan 136, Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) yang secara jelas tidak membenarkan sebarang sekatan di atas atau merentasi jalan raya yang merupakan rezab dan kegunaan awam.

Dalam hal ini, pihak KPKT menerima pelbagai maklumbalas, cadangan dan desakan daripada pihak-pihak berkepentigan supaya pindaan dibuat ke atas peruntukan sedia ada di dalam Akta-akta berkenaan. Pihak KPKT masih meneliti cadangan tersebut dan akan berunding dengan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memandangkan bidang kuasa ke atas Akta Pengangkutan Jalan dan Kanun Tanah Negara adalah di bawah kementerian-kementerian berkenaan.

 Dimaklumkan juga bahawa bagi mengawal pertumbuhan skim-skim ‘guarded community’ atau ‘guarded neighbourhood’, pihak KPKT sedang mengambil tindakan untuk menterjemahkan garis panduan yang telah dirangka dalam bentuk Undang-undang kecil untuk dikuatkuasakan oleh setiap PBT  selaras dengan peruntukan seksyen 102, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Penggubalan undang-undang kecil akan membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menguatkuasakan  cadangan-cadangangaris panduan secara lebih berkesan dan memastikan pembangunan skim ‘gated and guarded community’ berpandukan kepada undang-undang.

15)   Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada kerajaan mempunyai cadangan untuk menubuhkan organisasi independen bagi menangani masalah-masalah keselamatan, tempat letak kereta dan pembuangan sampah merata-rata yang dihadapi oleh penghuni-penghuni di apartmen dan kondominium. 
 

Jawapan:

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Badan Pengurusan Beesama (Joint Management Body, JMB)  atau Perbadanan Pengurusan (MC) telah diberi kuasa di bawah Akta  Bangunan dan Harta Bersama (Penyengaraan dan pengurusan 2007 (Akta 663) dan Akta Hakmilik Strata 1958 (Akta 318) untuk menangani semua masalah berkaitan pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan kawasan bersama atau ‘common property’ sesebuah kawasan pemajuan.

Ini termasuklah kawasan letak kereta dan tempat pembuangan sampah. JMB atau MC juga bertanggungjawab untuk mengawal masalah-masalah keselamatan dalam kawasan pengurusnya.

Dibawah seksyen 8 Akta 663, JMB mempunyai tanggungjawap untuk menyenggara dan memastikan kawasan bersama serta membuat kaedah dalaman (house rules) bagi tujuan pentadbiran kawasan tersebut.

16)  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan alasan kenaikan harga tiket pengangkutan awam Rapid Bus dari 53%-400% pada bulan Ogos 2009 selepas ia telah  memonopoli perkhidmatan pengangkutan awam lain.

Jawapan:

YB DATUK LIEW VUI KEONG,

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, had kadar tambang baru pengangkutan awam telah dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2009. Kenaikan ini di muktamadkan setelah kali terakhir semakan kadar pengangkutan awam dinaikkan pada 1 Mei 2005. Semenjak itu, banyak perubahan telah berlaku dalam persekitaran perniagaan yang menyebabkan kos operasi seperti bayaran ansuran pinjaman, insurans, gaji pemandu, bahan bakar, alat ganti, caj terminal dan tayar telah meningkat.

Kenaikan kos operasi tanpa perubahan atau penyelarasan kadar tambang menyebabkan pengusaha berhadapan dengan kerugian. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah membantu mereka dengan melakukan semakan kadar tambang secara berkala bagi memastikan penawaran perkhidmatan pengangkutan awam sentiasa tersedia dan mencukupi bagi mengelakkan pengusaha menghentikan mengurangkan trip operasi yang kelak akan menyulitkan pengguna. Pada masa yang sama, pertimbangan juga dibuat untuk mengimbangi kepentigan pengusaha dengan kepentigan pengguna agar kenaikan had kadar tambang tidak membebankan pengguna.

Had kadar tambang ini merupakan had kadar maksimum(siling) dan pengusaha pengangkutan awam dibenarkan untuk mengenakan tambang lebih rendah daripada kadar tambang yang ditetapkan. Sebelum semakan kadar tambang pada tahun 2009, kerajaan bersetuju membenarkan syarikat Rapid KL mengenakan kadar tambang secara harian dan lebih rendah daripada kadar yang digunakan syarikat lain. Walau bagaimanapun, ketika ini kadar tambang di kawasan Kuala Lumpur telah diseragamkandan semua syarikat bas berhenti-henti termasuk Syarikat Rapid KL menngunakan kadar tambang yang sama.

17) Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan dan langkah penyelesaian yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan beban orang miskin berpendapatan rendah yang menghadapi masalah kewangan selepas melabur untuk membeli rumah pangsa kos rendah yang kini sudah terbengkalai.

Jawapan:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Terhormat, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil beberapa langkah bagi menggurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh pembeli rumahprojek perumahan yang terbengkalai. Untuk makluman, setakat 20 april 2010, sejumlah 46 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan rumah kos rendah. Antara langkah yang telah dan sedang diambil oleh KPKT adalah seperti berikut:

(a)    Mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan terbengkalai kepada pembeli-pembeli rumah yang boleh membantu mereka membuat penstrukturan semula pinjaman perumahan ataupun menggurangkan kadar faedah terhadap pinjaman mereka. Surat ini boleh dikeluarkan dengan pihak pembeli mengemukakan kad pengenalan dan salinan Perjanjian Jual dan Beli (S&P) ke jabatan Perumahan Negara, KPKT. Melalui surat pengesahan ini, pihak pembeli boleh mendapatkan kemudahan-kemudahan seperti berikut:-

                                 I.            Memohon pertimbangan daripada institusi perbankan bagi sebarang permohonan pengurangan kadar faedah dan penstrukturan semula pinjaman perumahan;

                              II.            Memohon pertimbangan daripada pihak KWSP bagi permohonan pengeluaran kali kedua; dan

                           III.            Pertimbangan kepada pembeli yang membuat pinjaman perumahan kerajaan sama ada:-

-membatalkan pinjaman dan diberi peluang untuk memohon pinjaman baru (pinjaman penuh seperti pinjaman pada kali pertama).

-menanguhkan kenaan faedah pinjaman (4%) sepanjang tempoh projek dipulihkan atau selama 5 tahun (mana-mana yang terdahulu)

Walau bagaimanapun, sebarang pertimbangan institusi perbankan ke atas pengurangan faedah dan penstrukturan semula pinjaman adalah tertakluk kepada penilaian institusi perbankan ke atas peminjam-peminjam yang berkenaan berdasarkan merit setiap kes.

(b)   Mengadakan perundinagan dari semasa ke semasa dengan semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam pemajuan perumahan bagi mencari pilihan penyelesaian yang terbaik bagi projek-projek perumahan yang terbengkalai;

(c)    Melaksanakan pemuliahan projek-projek perumahan swasta terbengkalai terutamanya kategori kos rendah dan kos sederhana melalui peruntukan RM 200 juta yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Bajet 2010. Peruntukan ini adalah bagi menampung kos tambahan pemulihan projek-projek tersebut;

(d)   Kerajaan Persekutuan juga telah menyediakan dana melalui peruntukan khas dan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) SEBANYAK RM 430 juta kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi memulihkan lebih banyak projek perumahan swasta terbengkalai;

(e)    Memantau dan menyelaras pemulihan bagi kesemua projek perumahan swasta terbengkalai di semenanjung Malaysia. Tindakan ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

18) Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA menyatakan cadangan untuk memperuntukan sebanyak 33% wanita menjadi wakil di parlimen dan juga di dewan undangan negeri sedangkan jumlah bilangan wanita terdiri lebih daripada 50% dari jumlah bilangan penduduk. 

Jawapan:

Tuan Yang Dipertua,

Isu kurangnya penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam bidang politik, termasuk di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah antara isu yang menjadi focus Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Justeru, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) yang disediakan oleh Kementerian dan diluluskan oleh Kerajaan pada 29 Julai 2009 menggariskan beberapa tindakan yang perlu diambil, antaranya seperti berikut:

–          Mengkaji kemungkinan bagi menetapkan kuota sekurang-kurangnya 30% wanita sebagai calon pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri;

–          Mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh pemimpin politik wanita untuk menjadi wakil di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya mengadakan pelan tindakan untuk mengatasi halangan tersebut;

–          Menggalakkan parti-parti politik mengadakan pelan tindakan bagi meningkatkan bilangan wanita dalam barisan kepimpinan dalam parti;

–          Mengadakan latihan kepekaan gender kepada ahli terutama golongan lelaki supaya supaya mereka lebih terbuka menerima pemimpin wanita di peringkat pembuat keputusan;

–          Mengadakan latihan membina upaya wanita dalam bidang politik dan kepimpinan khususnya golongan muda bagi meningkatkan keterampilan dan kredibiliti mereka sebagai pemimpin politik; dan

–          Meningkatkan kesedaran dan kepekaan masyarakat tentang peranan berkesan yang boleh dimainkan oleh wanita dalam membangunkan Negara. Dengan itu, mereka akan lebih terbuka untuk menerima pemimpin politik wanita sebagai wakil mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Tuan Yang DiPertua,

Usaha meningkatkan penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam bidang politik memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak terutama parti-parti politik. Kesediaan parti-parti politik mencalonkan wanita bertandingdalam pilihanraya dan meletakkan calon-calon di kawasan pilihanraya yang selamat (winnable seats) adalah merupakan penentu (determinant) kejayaan kepada usaha meningkatkan bilangan wanita sebagai wakil di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.  

19) Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kenapakah tidak ada seorang india pun diberikan lesen pemegang pajak gadai untuk menjalankan perniagaan tersebut dan adakah bangsa menjadi salah satu kriteria yang perlu dipenuhi dibawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai(dipinda) 2004.

Jawapan:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada umumnya, institusi pajak gadai diwarisi secara turun-temurun oleh peniaga berketurunan cina. Sehingga tahun 2004, apabila Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil alih pentadbiran Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 daripada Kerajaan Negeri, fenomena ini masih berterusan dengan sedikit perubahan iaitu adanya penglibatan kaum melayu sebanyak 2.02%. Penglibatan kaum melayu walau bagaimanapun lebih menjurus kepada perniagaan pajak gadai secara islam. Dalam memastikan kelangsungan perniagaan ini, KPKT telah menetapkan beberapa syarat yang membolehkan seseorang pemohon atau syarikat layak mendapat lesen. Walau bagaimanapun, KPKT tidak menetapkan sebarang criteria bangsaatau mana-mana orang tertentu sahaja boleh memiliki lesen pajak gadai.

20) Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a)tindakan yang diambil untuk mencegah kebinasaan taman persiaran, tasik dan lombong bagi mengelak daripada menjadi kawasan terbiar akibat tidak dijaga dengan baik.

(b)Apakah arahan yang telah diberi kepada PBT dan adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk mengeluarkan direktif dan memberi insentif kepada masyarakat untuk mengalakkan mereka sentiasa menjaga dan mengawasi taman persiaran, tasik dan lombong daripada kemusnahan.

Jawapan:

 Untuk makluman Yang Berhormat, isu berkaitan penjagaan tasik dann lombong adalah terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar manakala taman persiaran adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Seksyen 63, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) memperuntukkan bahawa PBT bertanggungjawab untuk mengawal dan menjaga semua tempat-tempat awam yang berada di bawah penjagaan PBT termasuk taman persiaran. Bagi mencegah kebinasaan taman persiaran, PBT boleh mengambil tindakan di bawah undang-undang Kecil Taman PBT yang telah diluluskan melalui Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengeluarkan Pekeliling Jabatan Kerajaan Tempatan Bilangan 2. Tahun 2002 bertarikh 8 November 2006 kepada semua PBT berhubung penggunaan Undang-undang Kecil Taman PBT(Pindaan). Kemusnahan yang berlaku di taman awam akan diperbaiki oleh pihak PBT  supaya ia sentiasa berada di dalam keadaan baik. Papan-papan tanda mengingatkan pihak awam supaya sentiasa menjaga keadaan taman serta mengelakkan vandalisme ada dipasang di padang-padang permainan dan taman awam sebagai usaha mendidik pihak awam.

Pada asasnya KPKT menggalakkan PBN dan PBT untuk mengekalkan kawasan-kawasan tasik dan bekas lombong kawasan semula jadi. KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) membantu membangunkan kawasan-kawasan berkenaan sebagai kawasan taman awam untuk tujuan rekreasi jika terdapat permohonan dari pihak PBT. Walau bagaimanapun, tapak yang dicadangkan perlu menepati criteria dan keluasan yang telah ditetapkan.

Bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap penjagaan dan penggunaan kawasan-kawasan rekreasi ini secara berhemah, KPKT melalui Jabatan berkenaan melaksanakan program promosi landskap dan kempen-kempen yang berkaitan.

21) Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan:-

(a) Bentuk insentif yang akan diberi kepada industri kelapa sawit supaya mereka dapat melaksanakan projek penukaran sisa-sisa biomass kepada tenaga hijau dan untuk menyokong syarikat-syarikat yang telah didirikan untuk menjalankan proses tersebut 

(b)Betuk tindakan yang akan diambil kerajaan untuk menghentikan pembuangan sisa-sisa buah kelapa sawit merata-rata bagi mengelak pencemaran udara dan alam sekitar.

Jawapan :

Tuan Yang Dipertua

Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif untuk pelaksanaan projek-projek penukaran sisa-sisa biomas kepada tenaga hijau. Ini termasuk:

– pengecualian cukai sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun (statutory income) untuk tempoh 10tahun oleh penerima Status Perintis;

– pengecualian cukai import dan cukai jualan; dan

– pengecualian cukai untuk projek-projek yang mendapat kredit karbon di bawah Clean Developement Mechanism.

Kerajaan juga telah menyediakan dana sebanyak rm 1.5 billion di bawah Kementerian Tenaga , Teknologi Hijau dan Air bagi tujuan pemberian pinjaman dengan kadar faedah yang rendah untuk pelaksanaan projek-projek tenaga hijau.

Untuk makluman Yang Berhormat, kilang-kilang sawit yang mencemarkan udara dan alam sekitar boleh diambil tindakan oleh:

(a)    Jabatan Alam Sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar; dan

(b)   Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di bawah Peraturan-peraturan MPOB (pelesenan) 2005 meliputi pemberian amaran, penggantungan lesen dan seterusnya pembatalan lesen kilang berkenaan.

22)  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan

a)jumlah bilangan krematorium terkini yang terletak dibawah kawalan PBT

b)langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memerhati dan memastikan PBT menjaga krematorium-krematorium dengan baik dan sempurna.

c)kerajaan mempunyai apa-apa cadangan untuk menyertakan masyarakat tempatan dalam pengurusan krematorium. 

Jawapan :

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada 58 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang memberi maklum balas, jumlah bilangan crematorium yang terletak di bawah kawalan PBT adalah sebanyak 22 buah. Manakala 94 lagi PBT tidak memberi maklum balas.

Seksyen 94 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) memperuntukan kuasa kepada PBT untuk menggadakan tanah perkuburan / crematorium di dalam dan luar kawasannya serta mengeluarkan lesen baginya. Di bawah seksyen 98 Akta yang sama, PBT juga boleh membuat undang-undang kecil untuk memeriksa dan mengawal tanah-tanah perkuburan  dan kremotorium dalam dan di luar kawasan PBT yang diadakan oleh PBT. Ia meliputi kedalaman, panjang dan lebar kubur dan tempat-tempat pengebumian di dalamnya dan segala perkara yang berkaitan dengan keadaan baik tanah-tanah perkuburan.

Dari segi perancangan, jabatan telah menyediakan Garis Panduan perancangan Perkuburan Islam dan Bukan islam pada 1997 dan telah diterima pakai oleh semua negeri dan PBT. Kini, garis panduan ini sedang disemak semula selaras dengan keperluan semasa dan dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun 2010.

Mengikut garis panduan pada tahun 1997, crematorium jenis moden seluas 0.6 hetar perlu disediakan dan dikongsi dengan beberapa Bandar kecil yang lain yang mempunyai tadahan penduduk 75,000. Bagi Bandar besar yang mepunyai tadahan penduduk 200,000 ke atas, crematorium jenis gas moden seluas 0.6 hektar perlu disediakan dan diletak tidak melebihi 20 km dari pusat Bandar. Crematorium yang dibina oleh PBT digalakkan menyertakan masyarakat tempatan bagi tujuan pengurusan.

Senator Dr. S. Ramakrishnan

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: