Usul Tergempar YB Ramakrishnan Pada 4 Mei 2010

4/5/2010 

Yang Di Pertua

Terima kasih saya mengucapkan kepada Yang Di Pertua kerana mengizinkan saya mengusulkan satu isu yang mempunyai kepentingan ramai dan perlu disegerakan di bawa Peraturan Mesyuarat 17(1).

Usul yang saya ingin bangkitkan di dewan yang mulia ini ialah berkaitan dengan kematian seorang pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amza yang ditembak mati oleh polis pada awal pagi Isnin 26 April 2010.

Terdapat dua versi di dalam isu ini.

Pertama ialah dari versi anggota polis yang mengatakan bahawa mangsa dan rakannya cuba melarikan diri dari sekatan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri. Menurut laporan akhbar New Straits Times bertarikh 4 Mei 2010 halaman 6 bertajuk WITNESS BREAKS SILENCE,  polis juga memberitahu bahawa mereka menemui parang di dalam kereta yang dipandu oleh mangsa. Anggota polis memberitahu bahawa tembakan dibuat bagi tujuan ‘self defense’ dengan izin kerana kereta mangsa cuba melanggar kereta polis.

Bagi versi saksi pula, rakan kepada mangsa yang membuat laporan polis selepas kejadian, Azamuddin Omar, beliau menafikan kenyataan tersebut dengan meyatakan bahawa mereka telah bergeser dengan sebuah kereta dan kemudiannya sekumpulan motosikal sebanyak lima buah mengejar mereka.

Menurut saksi lagi, apabila tiba di bulatan Kayangan, Shah Alam, kereta mangsa melanggar salah sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggang motosikal itu terbabas. Mangsa menjadi panik dan memandu kereta dengan laju untuk pulang. Pada ketika itu, kereta mereka dikejar oleh kenderaan polis yang kemudiannya melepaskan tembakan ke arah mereka.

Menurut saksi, sebanyak lebih kurang 20 das tembakan telah dilepaskan oleh anggota polis yang mana salah satunya mengena kepala Aminulrasyid sehingga mengakibatkan kematian. New Straits Times juga melaporkan bahawa saksi memberitahu beliau dibelasah oleh anggota polis.

Dewan yang mulia ini harus memandang berat insiden ini kerana tindakan anggota polis menembak sewenang-wenangnya perlu disiasat dengan terperinci tanpa berpihak kepada sesiapa pun.

Apa yang saya ingin bangkitkan ialah pihak polis mestilah memastikan 100% bahawa pihak yang mereka sasar itu ialah penjenayah.  Sekiranya dalam keadaan sangsi atau syakwasangka, anggota polis tidak sepatutnya menggunakan senjata untuk menembak. Sekiranya anggapan itu tersilap, keadaan tersebut tidak boleh diulang sekali lagi.  Nyawa yang sudah hilang, tidak boleh dikembalikan.

Isu yang kita mahu ketahui sekarang ialah sama ada anggota polis berkenaan telah menggunakan kekerasan dalam menjalankan tugas mereka?

Adakah tugas kerja seperti menggunakan kekerasan seperti yang telah berlaku kepada arwah terkandung di dalam SOP (dengan izin).

Saya juga ingin mengetahui apakah pihak PDRM dilatih untuk mengendalikan situasi tertekan sebegini. Masyarakat kita sedang menuju kepada perbandaran di mana populasi ditumpukan di beberapa kawasan yang padat. Seperti yang kita maklum, kes jenayah sering berlaku di kawasan-kawasan seperti ini. Budaya di Malaysia kini juga sering kita saksikan bahawa ramai orang suka untuk keluar malam dan memenuhi restoran-restoran 24 jam, terutama sekali apabila terdapat tayangan siaran langsung bolasepak.

Tuan Yang Dipertua,

Tujuan saya mengutarakan usul ini ialah bukan mencari salah polis tetapi memperbetulkan keadaan dan tidak mengulangi keadaan seperti ini di masa hadapan.

Di dalam usul saya ini, saya ingin mencadangkan agar satu inquest dijalankan oleh sebuah badan bebas yang terdiri daripada pihak yang berwibawa dan professional dalam pelbagai aspek siasatan.

Saya juga ingin mencadangkan agar sebuah suruhanjaya diraja yang bebas ditubuhkan bagi menilai tahap profesionalisme PDRM dan keupayaan mereka dalam menangani sesebuah kes jenayah.

Oleh itu, saya mohon mencadang.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: