Senator Ramakrishnan’s Speech at The Senate

27/4/2010

Terima kasih Tan Sri Yang Di-pertua kerana memberi keizinan bagi saya untuk berserta dalam perbahasan titah ucapan Seri Paduka Baginda Dipertua Agung.

Untuk maklumat Tuan Yang Dipertua, 35 tahun dahulu saya mula kerjaya saya sebagai seorang cikgu sementara. Pada masa itu, gaji pertama yang saya terima adalah selepas 3 bulan saya berkerja sebagai cikgu sementara, dan gaji berikutnya saya menerima tiap-tiap bulan.

Disember lalu, saya telah dilantik sebagai Senator, gaji dan elauns pertama saya juga diterima selepas 3 bulan. Apakah perubahan yang telah dibawa oleh kerajaan selama ini kerana saya tidak nampak apa-apa perubahan. Dalam jangka masa 35 tahun ini, bagi pengetahuan saya, kerajaan telah membelanjakan berbillion-billion ringgit untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan dan  mengeluarkan banyak slogan seperti ‘bersih, cekap, amanah’, ‘ rakyat pertama, bertindak sekarang’(people first, action now), tetapi mutu perkhidmatan tidak berubah mahupun maju.

Tuan Yang Dipertua,

Saya juga ingin mengambil kesempatan dengan izin Tuan Yang Dipertua untuk mengemukakan isu-isu dan masalah-masalah rakyat jelata di dewan mulia ini.     

Isu pertama yang saya ingin mengemukakan adalah mengenai slogan politik ‘1MALAYSIA’ yang diwar-warkan dan dihebohkan oleh BN. Boleh saya minta penjelasan apakah ‘1’ itu dalam slogan ‘1MALAYSIA’. Adakah ia bererti semua orang Malaysia adalah warga Malaysia dulu tanpa menggira apa- apa perbezaan dari segi bangsa. Adakah ia juga bererti bahawa hak semua rakyat adalah saksama dan segala tindakan affirmatif yang diambil oleh kerajaan adalah berasakan keperluan rakyat dan bukan mengikut keperluan bangsa. Dengan slogan ‘1MALAYSIA’, adakah semua rakyat miskin tanpa menggira kaum mendapat diskaun apabila membeli rumah dan manakala rakyat berada pula tidak mendapat apa-apa diskaun.

Pengubalan Akta Reformasi Undang-undang ( Perkhawinan & perceraian) 1976.

Isu kedua adalah pengabaian ibu bapa, terutamanya bapa, untuk membayar nafkah dan menanggung anak-anak mereka selepas pasangan ini telah bercerai. Tujuan utama saya mengemukan isu ini adalah untuk meminta penggubalan terhadap Seksyen 95 akta reformasi undang-undang (perkhawinan & perceraian) 1976, agar ia mewajipkan pasangan bukan melayu yang telah bercerai untuk membayar nafkah bagi menanggung kebajikan dan membiayai pelajaran anak-anak mereka yang berusia 18tahun keatas yang ingin dan sedang melanjutkan pengajian tinggi di universiti ataupun di kolej sehingga tamat ijazah pertama.

Untuk pengetahuan Tuan Yang Dipertua, terdapat ramai ibu bapa telah mengabaikan dan tidak mempedulikan masa depan anak-anak mereka selepas mereka sudah menuntut perceraian. Oleh sebab itu, remaja muda yang berusia 15 tahun ke atas terlibat dalam gejala-gejala sosial yang tidak bermoral untuk mencari duit poket untuk menanggung diri mereka sendiri. S

 s.95 Akta Reformasi Undang-undang (Perkhawinan & Perceraian), menyatakan bahawa ibu bapa yang telah menuntut perceraian, diwajibkan untuk membayar nafkah secara bulanan untuk menanggung kebajikan dan membiayai pelajaran anak-anak mereka sehingga mencapai 18 tahun.

Dengan ini, saya meminta pegubalan terhadap s.95 dibuat dengan segara supaya ia dapat menyelamatkan masa depan remaja-remaja bukan melayu yang tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka akibat daripada perceraian ibu bapa mereka dan tidak mempunyai sokongan kewangan dari kedua-dua pihak. Ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk membiayai kos pelajaran anak-anak mereka walaupun anak-anak itu sudah berusia 18 tahun keatas.

Rang Undang-undang yang dipaparkan di blog rasmi parlimen

Isu ketiga ialah mengapakah rang undang-undang yang bakal di debat di dewan rakyat dan dewan Negara tidak dipaparkan di blog rasmi parlimen awal-awal sebelum perjumpaan antara ahli-ahli parlimen dan senator-senator

Tujuan utama perjumpaan diadakan di parlimen adalah untuk debat dan mengambil keputusan terhadap rang undang-undang yang diperkenalkan di parlimen. Oleh itu, rang undang-undang ini sepatutnya dipaparkan di blog rasmi parlimen lebih awal, sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum perjumpaan  Dewan Rakyat, agar ahli-ahli parlimen dan senator-senator dapat menimbang, membuat penyelidikan dan menyediakan perbahasan mereka sebelum datang ke parlimen.

Matlamat kita di sini adalah untuk mendebat dan meluluskan undang-undang yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. Oleh itu, saya meminta kerjasama daripada kerajaan dan AG Chambers menyediakan dan memaparkan segala rang undang-undang di blog rasmi parlimen sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum perjumpaan ahli-ahli parlimen.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh orang asli

Isu keempat ialah masalah-masalah yang dihadapi oleh orang asli.

Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan kita dikalangan orang asli sudah lama tertinggal belakang walaupun Negara kita sudah maju dengan pelbagai kemudahan dan teknologi. Untuk pengetahuan Tuan Yang Dipertua, populasi orang asli adalah 148000 dan  kadar kemiskinan dikalangan orang asli daripada populasi tersebut adalah 76.9% dan manakala diperingkat kebangsaan pula, kadar kemiskinan adalah 6.5%. Orang asli juga tidak mempunyai hak-hak istimewa seperti yang telah dijaminkan untuk bumiputra di bawah perlembagaan. Jika nasib orang asal di Negara ini pun begini, apatah lagi nasib kaum-kaum lain di Negara kita. Dengan itu, saya meminta kerajaan keluarkan 1 polisi untuk memastikan dan menjamin hak-hak orang asli atas tanah mereka dan memastikan peruntukan dan kemudahan yang diagihkan untuk golongan ini sampai ke tangan mereka.

Disamping itu, saya juga minta kerajaan melantik orang asli untuk mengetuai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan menubuhkan 1 badan Pesuruhanjaya Diraja untuk menkaji keberkesanan Jabatan Hal Elwah  Orang Asli  (JHEOA).

Rumah terbengkalai

Isu kelima saya ialah masalah-masalah rumah terbengkalai yang kian menjadi beban dalam kehidupan rakyat miskin.

Tuan Yang Dipertua, terdapat banyak projek rumah dan flat yang terbengkalai, khususnya di Hulu Selangor  akibat daripada kecuaian kerajaan negeri dulu untuk memeriksa kedudukan kewangan pemaju rumah sebelum projek-projek perumahan di luluskan.

Ramai pembeli sudah pun telah dibebani dengan kehilangan wang pendahuluan yang dilaburkan untuk membeli rumah atau flat yang kini sudahpun terbengkalai, tetapi pembeli masih terpaksa membayar pinjaman bank.

 Beban yang di dihadapi oleh pembeli-pembeli ini adalah tidak adil dan saya meminta kerajaan mengetatkan prosedur-prosedur bagi kelulusan projek-projek pembinaan rumah dan flat agar masalah-masalah rumah terbengkalai dapat dibendung.

Rancangan tamil dan cina di RTM

Isu keenam, untuk pengetahuan Tuan Yang Dipertua, rancangan tamil dan cina di station RTM adalah terlalu kurang berbanding rancangan-rancangan melayu dan Indonesia. Oleh sebab ini, ramai rakyat telah memasang astro di rumah mereka. Ramai daripada mereka adalah berpendapatan rendah.

Malaysia adalah satu Negara yang berbilang kaum tetapi mengapakah kepentingan orang-orang bukan melayu di Negara kita selalu dihadkan dari semua segi?

Penetapan gaji minimum bagi pembantu rumah berwarga Negara asing

Isu ketujuh yang saya ingin mengemukakan ialah, baru-baru ini, Kementerian Sumber Manusia sedang bercadang untuk menetapkan gaji minimum bagi pembantu-pembantu rumah berwarga Negara asing. Persoalan saya di sini ialah mengapakah sampai hari ini kementerian sumber manusia tidak mempunyai apa-apa cadangan untuk menetapkan gaji minimum bagi pekerja-pekerja estate yang lahir di Malaysia. Untuk pengetahuan Yang diPertua, gaji bulanan yang diterima oleh pekerja-pekerja di estate hanyalah rm300- rm 400 untuk menanggung 5 hingga 6 orang ahli keluarga secara purata bagi setiap keluarga yang tinggal di estate.

Oleh kerana pendapatan yang di perolehi adalah begitu rendah, mereka menghadapi pelbagai masalah seperti susah untuk menanggung perbelanjaan rumah setiap bulan, kekurangan makanan dan pakaian dan kebanyakan daripada mereka juga tidak mampu untuk  menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini dan mendesak kerajaan dan kementerian sumber manusia mengeluarkan satu polisi yang menetapkan gaji minimum untuk pekerja-pekerja di estate dan peruntukan yang sewajarnya untuk meningkatkan tahap kemudahan dan kebajikan untuk pekerja-pekerja di estate dan keluarga mereka yang tinggal di estate.

PENYALAHGUNAAN ALKOHOL

Isu kelapan ialah masalah domestic yang disebabkan ketagihan alcohol dikalangan suami terutamanya golongan miskin dan yang berpendapatan rendah merupakan salah satu masalah yang kerajaan perlu mengambil perhatian. Menurut senarai-senarai responden yang telah dikutipkan oleh Organisasi bantuan wanita, penyalahgunaan dan pengaruh alkohol adalah punca utamanya belaku penderaan-penderaan domestic dikalangan wanita dan juga kanak-kanak. Selain daripada penderaan, mereka juga terpaksa menyara keluarga kerana suami mereka tidak dapat bekerja kerana ketagihan alcohol dan ada yang telah jatuh sakit akibat keterlaluan dalam pengambilan alcohol.

Saya juga telah membentangkan usul untuk menangani masalah penyalahgunaan alcohol. Saya harap Menteri Kesihatan dan kementerian-kementerian berkenaan memberi penerangan terhadap apa yang telah dinyatakan dalam usul mengenai peraturan penjualan alcohol.

12 Matapelajaran untuk SPM

Isu kesembilan ialah mengapakah kerajaan mengehadkan hanya 10 matapelajaran diambil kira sebagai keputusan peperiksaan SPM. Untuk pengetahuan Yang Dipertua, Pelajar-pelajar SPM dibenarkan untuk mengambil 12 matapelajaran dan apakah masalah dan sebab-sebab kerajaan tidak mahu keputusan peperiksaan SPM diambil kira bagi 12 matapelajaran.

Bolehkah kerajaan memberi penjelasan kenapakah tidak membenarkan keputusan SPM berasaskan 12 matapelajaran bagi pelajar-pelajar yang mengambil 12 matapelajaran dalam peperiksaan SPM. Mengaji lebih bahasa adalah baik untuk masa depan diri sendiri, masyarakat dan juga Negara.

 Penghijrahan orang-orang malaysia berpelajaran tinggi dan berkemahiran ke Negara-negara lain.

Isu ke-sepuluh ialah kebelakangan ini, ramai warga Malaysia yang berpelajaran tinggi dan berkemahiran telah berhijrah ke luar Negara.

Bolehkah kerajaan menyatakan bilangan warga Malaysia yang berpelajaran tinggi dan berkemahiran berhijrah ke luar Negara dan kenapakah ia berlaku.

Nampaknya orang yang berpelajaran tinggi dan berkemahiran lebih suka dan selesa untuk berhijrah daripada tinggal di Malaysia.

Manakala, berjuta-juta pekerja buruh dan pendatang asing pula datang dan berhijrah ke Malaysia. Secara seluruh, kita sedang mengeksport warga Malaysia yang berpelajaran tinggi dan berkemahiran ke luar Negara dan mengimport pekerja-pekerja buruh dan pendatang asing ke Negara kita.

Pencapaian sebegini adalah tidak bagus untuk masa depan Negara kita. Oleh itu, kerajaan tidak harus berpilihan dalam polisi imigresen dan kerajaan perlu mengehadkan kemasukan pendatang-pendatang asing dari india, Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan sebagainya.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: