USUL

5/4/2010

Usul bagi pengubalan undang-undang penyalahgunaan minuman keras dan minuman alkohol. 

“Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap penyalahgunaan minuman alcohol dan minuman keras di kalangan masyarakat kita, terutama dikalangan remaja bermula dari usia 16 tahun amat dibimbang dan ia akan membawa padah kepada masa depan Negara kita jika kita tidak mengambil tindakan yang sewajar secepat mungkin. Oleh itu, saya mengambil kesempatan melalui mesyuarat dewan Negara ini untuk menampilkan usul pengubalan undang-undang untuk menangani penyalahgunaan minuman alcohol dan minuman keras dikalangan masyarakat kita.”

(1) Usul pertama yang saya ingin bentangkan ialah kita haruslah mengubah dan meningkatan umur seseorang untuk mengkonsumsi minuman alcohol dan minuman keras secara sah dari segi undang-undang dari 18tahun ke 21 tahun. Hukuman berat dan denda yang maksimum juga harus dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang dibawah umur 21 tahun jika mereka didapati mengkonsumsi minuman alcohol dan minuman keras.

(2) Usul kedua ialah kita harus memperkenalkan sistem lesen baru yang mengawal waktu penjualan minuman-minuman keras dan alcohol. Contohnya seperti mengehad waktu penjualan dari 11am sehingga pukul 9pm.

(3) Usul ketiga ialah kita harus mempunyai undang-undang untuk menangani masalah-masalah pengambilan minuman-minuman alcohol dan keras ini di tempat awam dan menjadikan pengambilan minuman-minuman ini ditempat awam sebagai satu jenayah dimana boleh ditangkap dan didakwa dibawah kanun undang-undang.

(4) Usul keempat ialah kita harus memperketatkan lagi kanun undang-undang yang mengawal penjualan mainuman alcohol oleh peniaga-peniaga kepada remaja dan juga pelajar-pelajar dibawah umur. Contohnya, apabila mana-mana peniaga menjual minuman-minuman alcohol kepada pelajar-pelajar dan remaja dibawah umur, lesen kedai peniaga itu haruslah ditarik dan dibatalkan dan mengenakan denda yang maksimum terhadap peniaga tersebut.

(5) Usul kelima ialah kita perlu memperkenalkan undang-undang baru untuk pendaftaran dan mengawal penjualan minuman-minuman keras buatan tempatan,contohnya seperti samsu dan ia mendapat sambutan baik dikalangan masyarakat berpendapatan rendah, terutamanya dikalangan masyarakat india yang tinggal di estate, kerana harga minuman ini adalah sangat murah dan senang didapati di kawasan pendalaman secara haram.

(6) Usul terakhir yang saya ingin bentangkan ialah kita harus menubuh satu pusat pencegahan, penyelidikan, dan pemulihan alcohol Malaysia seperti di United State dan Australia untuk mengadakan penyelidikan dari semasa ke semasa.     

Senator S.Ramakrishnan

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: