Finalized Questions for The Senate

5/4/2010

Soalan-soalan yang akan dikemukakan di Dewan Negara pada 26 April- May 2010. Jawapan untuk soalan-soalan ini akan di pamerkan selepas May 2010. 

Soalan soalan LISAN

1.  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menggunakan pendaftaran automatic dan mewajipkan semua rakyat untuk mengundi.  

 2.Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kenapa konsep ‘bina dan jual’ tidak dilaksanakan untuk mengurangkan masalah projek- projek pembinaan rumah dari terbengkalai.

 3.Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) sebab Dr.Selvaa Pillai yang mengetuai unit pesakit luar di hospital orang asli di Gombak sejak Mac lalu dipindahkan ke hospital lain di  Kedah selepas beliau mengadu berlakunya salah guna kuasa pentadbiran hospital.

(b) apakah status siasatan bagi pengaduan yang telah dibuat oleh sekumpulan orang asli kepada SUHAKAM terhadap hospital dibawah kawalan JHEOA di Gombak pada 25 Februari lalu.   

 4.Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan  proses pemilihan drama tamil dijalankan sebelum ia ditayangkan di astro dan adakah kerajaan mempunyai apa-apa cadangan untuk mendirikan badan bebas yang terdiri daripada pemimpin awam terkemuka untuk mengawal dan memutuskan jenis-jenis drama Tamil sebelum ianya ditayangkan.

 5.Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan yang telah diambil untuk melindungi haiwan hidupan liar yang sedang bergelut untuk pemukiman kerana kebanyakan tanah hutan telah  direklamasi untuk tujuan pertanian dan perkebunan dan ini telah menjejaskan kehidupan haiwan-haiwan liar. 

 6.Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk melindungi dan mencegah sungai-sungai penting daripada dicemari dan mengering akibat pencemaran daripada pembuangan bahan-bahan toksin yang berbahaya.

 7.Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan dan langkah penyelesaian yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan beban orang miskin berpendapatan rendah yang menghadapi masalah kewangan selepas melabur untuk membeli rumah pangsa kos rendah yang kini sudah terbengkalai.

 8. Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kenapakah tidak ada seorang india pun diberikan lesen pemegang pajak gadai untuk menjalankan perniagaan tersebut dan adakah bangsa menjadi salah satu kriteria yang perlu dipenuhi dibawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai(dipinda) 2004.  

 9.Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA  menyatakan pelaksanaan undang-undang baru untuk melarang dan mengharamkan remaja di bawah umur 18 tahun daripada membeli dan pengambil minuman keras dan juga mengharamkan penggunaannya di tempat-tempat awam seperti taman, tempat letak kereta dan kaki lima. 

10.  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan bentuk sokongan kewangan atau insentif untuk pengeluar filem bukan Melayu tempatan.

11.  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan alasan kenaikan harga tiket pengangkutan awam Rapid Bus dari 53%-400% pada bulan Ogos 2009 selepas ia telah  memonopoli perkhidmatan pengangkutan awam lain.

12.  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilangan zoo swasta yang terdapat di Malaysia dan mengapakah kerajaan tidak menghentikan atau melarang zoo-zoo swasta daripada beroperasi terutama sekali pihak yang menggunakan nama NGO dan menjalankan urusniaga perdagangan haiwan-haiwan liar dengan pihak luar negara. 

13.  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

(a)Beribu-ribu rakyat Malaysia, khususnya kaum india dan cina tidak mempunyai dokumen-dokumen sah seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran dan ini telah menyebabkan mereka tidak dapat pergi ke sekolah, pekerjaan atau mendapat kebajikan kesihatan. Adakah kerajaan mengumpul data golongan ini dan berapakah bilangan  yang terdapat dalam sistem data kerajaan.

(b)Bolehkah kanak-kanak yang lahir dan berasal dari Malaysia yang tidak mempunyai dokumen-dokumen sah untuk mengambil peperiksaan di sekolah kerajaan sehingga mereka masuk ke universiti.

14.  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA menyatakan cadangan untuk memperuntukan sebanyak 33% wanita menjadi wakil di parlimen dan juga di dewan undangan negeri sedangkan jumlah bilangan wanita terdiri lebih daripada 50% dari jumlah bilangan penduduk. 

15.  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada kerajaan mempunyai cadangan untuk menubuhkan organisasi independen bagi menangani masalah-masalah keselamatan, tempat letak kereta dan pembuangan sampah merata-rata yang dihadapi oleh penghuni-penghuni di apartmen dan kondominium. 

16.  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk menyelaraskan Skim ‘Gated and  Guarded Community’ dengan National Land Code 1965, the Strata Titles Act 1985, the Town and Country Planning Act 1976, the Housing Development (Control and Licensing) Act 1966, and the Street, Drainage and Building Act 1974 supaya ia dapat memberi panduan yang jelas kepada PBT agar mereka tidak melangar apa-apa undang-undang dan peraturan.  

17.  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan kenapa tidak ada seorang pun bukan Melayu tidak dilantikkan sebagai naib cansellor di mana-mana universiti tempatan atau instituts pengajian tinggi kerajaan kerana ianya tidak selaras dengan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

18.  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan penggunaan ‘tenaga yang boleh digunakan semula’ (renewable energy) seperti turbin angin, panel solar dan tenaga-tenaga lain yang mengandungi karbon rendah di kalangan masyarakat memandangkan peningkatan dalam kegunaan tenaga eletrik telah membahayakan kehidupan alam sekitar.  

19.  Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan 

(a) Bentuk reformasi yang telah dibuat terhadap Biro Tata Negara dan cara kerajaan memberi perkhidmatan cemerlang kepada warga Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

(b) adakah kerajaan telah melantik pelatih-pelatih berbilang kaum di dalam program Biro Tata Negara. 
 

20. Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan

(a) jumlah pengumpulan ‘sin tax’ yang telah   dikumpul pada 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009 hasil kegiatan haram seperti judi, loteri, kelab malam, dan arak, dan

(b)bolehkah kerajaan menyenaraikan hasil penyaluran wang daripada sumber tersebut. 

 SOALAN BERTULIS

1.Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI INFOMASI DAN KOMUNIKASI menyatakan:

(a)    Apakah tindakan yang telah diambil oleh MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Commision) untuk mencegah penghantaran mesej-mesej yang tidak diingini kepada pengguna-pengguna telefon bimbit di seluruh Malaysia.

(b)   Adakah kita mempunyai undang-undang untuk menyalahkan TELCO kerana mereka gagal untuk mencegah penghantaran mesej-mesej tidak diingini atau ‘spam’ dan mesej-mesej yang menawarkan bahan-bahan pornographic kanak-kanak kepada pengguna-pengguna telefon termasuk pengguna remaja.

(c)    Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh MCMC untuk mencegah dan menghentikan pengedaran bahan-bahan pornographic melalui telefon bimbit ini kerana pengguna-pengguna remaja dan pelajar-pelajar sekolah menjadi pelanggan yang telah ditarget untuk meningkat penjualan bahan-bahan tersebut.

2.Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a)tindakan yang diambil untuk mencegah kebinasaan taman persiaran, tasik dan lombong bagi mengelak daripada menjadi kawasan terbiar akibat tidak dijaga dengan baik.

(b)Apakah arahan yang telah diberi kepada PBT dan adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk mengeluarkan direktif dan memberi insentif kepada masyarakat untuk mengalakkan mereka sentiasa menjaga dan mengawasi taman persiaran, tasik dan lombong daripada kemusnahan.

3.Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan

a)      jumlah bilangan krematorium terkini yang terletak dibawah kawalan PBT

b)      langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memerhati dan memastikan PBT menjaga krematorium-krematorium dengan baik dan sempurna.

c)      kerajaan mempunyai apa-apa cadangan untuk menyertakan masyarakat tempatan dalam pengurusan krematorium. 

4.Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan:-

(a) Bentuk insentif yang akan diberi kepada industri kelapa sawit supaya mereka dapat melaksanakan projek penukaran sisa-sisa biomass kepada tenaga hijau dan untuk menyokong syarikat-syarikat yang telah didirikan untuk menjalankan proses tersebut 

(b)Betuk tindakan yang akan diambil kerajaan untuk menghentikan pembuangan sisa-sisa buah kelapa sawit merata-rata bagi mengelak pencemaran udara dan alam sekitar.

5.Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan cadangan untuk mengetatkan prosedur untuk mendapatkan lesen memandu kenderaan dalam usaha mengawal peningkatan bilangan kemalangan terutamanya di kalangan remaja.

Senotor S.Ramakrishnan

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: