Muslihat disebalik Slogan 1Malaysia

3/2/2010

Kenyataan yang diutarakan oleh Pegawai khas Perdana Menteri Datuk Nasir bin Safar baru-baru ini adalah satu bukti bahawa slogan 1MALAYSIA yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah satu penipuan dan muslihat semata-mata. Kenyataan keji menyatakan bahawa orang india dan cina di Malaysia sebagai pengemis dan pelacur harus dikecam sekeras-kerasnya. Ini membuktikan UMNO bersifat talam dua muka untuk menipu rakyat bahawa kita adalah 1MALAYSIA semasa berkempen. UMNO yang ditubuhkan sebagai satu parti untuk orang melayu bersikap fanatik dan prejudis terhadap kaum lain hari demi hari . Ahli-ahli UMNO yang telah menghadiri seminar tersebut juga tidak menyuara untuk membantah terhadap kenyataan yang diutarakan oleh Datuk Nasir bin Safar. Persoalan yang timbul disini adalah samada ahli-ahli UMNO yang lain juga  menyokong dan menerima kenyataan keji yang dibuat  Datuk Nasir bin Safar?   

Ia amat mengejutkan apabila pegawai khas perdana menteri telah menggunakan perkataan-perkataan lucah dan hina di sebuah majlis terbuka 1MALAYSIA dengan kehadiran penyokong-peyokong MIC dan MCA. Meletakkan jawatan selepas perbuatan terkutuk dan hina seperti ini tidak memberikan kesan dan pengajaran kepada ahli-ahli UMNO, melainkan tindakan keras diambil keatas Nasir oleh perdana menteri.perdana menteri harus melucutkan jawatan Nasir dari UMNO dan didakwa bawah Akta Hasutan dan penal code 505. Status ‘Dato’-nya juga perlu ditarik balik.

Parti UMNO juga tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap bekas ahli majlis UMNO yang juga kini pegawai khas kepada perdana menteri untuk kenyataan hina berunsur hasutan. Ini menunjukkan bahawa ahli UMNO  tidak menerima 1MALAYSIA diantara mereka sendiri. Nampaknya hanya perdana menteri seorang menekan kepentingan 1MALAYSIA tetapi bukan ahli-ahli di dalam UMNO.

Media elektronik dan cetak yang penting telah manipulasi isu sebenar dengan hanya memberi liputan cetek berbanding pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mengecam sekeras-kerasnya isu ini dan berusaha untuk mendapatkan keadilan. Juga terbukti bahawa kerajaan mengadakan kawalan ketat terhadap media elektronik dan cetak dari membuat liputan yang sebenar supaya rakyat Malaysia tidak mendapat mesej yang sebenar dan terus tertipu dan diperdayakan dengan slogan 1MALAYSIA.

Ahli-ahli MIC dan MCA menentang kenyataan yang hina itu tetapi mereka masih memberi sokongan kepada UMNO, membuktikan MIC dan MCA tidak mempunyai hak dan kuasa bersuara dan berfungsi sebagai parti komponen dalam kerajaan. MIC dan MCA juga tidak serius menentang isu perkauman yang diakibatkan oleh perbuatan UMNO. Kelakuan UMNO yang sedemikian hanya akan membangkitkan isu perkauman yang lebih serius dikalangan rakyat.

Senator S.Ramakrishnan

Explore posts in the same categories: From the desk of Senator S Ramakrishnan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: