Debut speech at Senate

Terima kasih Tuan Yang Di Pertua.

Negara ini, kalau kita boleh imbas kembali, telah dibina diatas peluh dan usaha berjuta-juta rakyat Malaysia yang berbangsa melayu, cina,  india, kadazan, Iban dan lain yang biasa.

Kami didalam Dewan Senate yang Mulia ini, mempunyai satu tugas yang amat berat untuk menentukan satu wawasan untuk sebuah Malaysia yang bebas daripada pegangan kepentingan sendiri yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata dengan harapan tinggi.

Salah satu janji yang dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kita, untuk dipercayai oleh saya, Dewan Senate yang Mulia ini dan terutamanya rakyat Malaysia adalah bahawa Negara kita adalah satu Negara dimana semua rakyatnya adalah sama.

Cuma, saya memohon kepada Dewan yang Mulia ini, untuk mengimbas kembali kepada peristiwa-peristiwa penindasan ganas terhadap prinsip-prinsip dan suara demokrasi apabila rakyat Malaysia menyertai perhimpunan aman dan ‘candle light-vigil’, apabila bloger–bloger menulis kebenaran, apabila wartawan-wartawan kami membuat laporan mengenai apa yang mereka melihat, apabila peguam-peguam kami menegakkan keadilan, apabila ahli-ahli politik dari pihak pembangkang di tahan di bawah undang-undang pencegahan bagi tujuan mendiamkan suara pembangkang.
Mari kita mengimbas kembali dan melihat kepada 1535 kematian dalam tahanan polis yang belaku diantara tahun 2003-2007, (kebanyak daripada itu ialah pemuda kaum india). kematian-kematian dalam tahanan polis yang masih berterusan, pencabulan dan rogol terhadap wanita-wanita Penan di Sarawak, keadaan kehidupan orang asli yang menyedihkan kerana kesusahan dan kesengsaraan yang dialami oleh mereka walaupun mereka adalah orang asal negara ini, ibu-ibu tunggal yang memikul berat menjaga anak-anak dan kena cari makan juga, peningkatan masalah perasaan pra-sangka dan tekanan perkauman masih ada diantara kaum-kaum di Negara kita.
Dan senarai ini berterusan.

Ekonomi kita, yang pernah dikenali sebagai ‘Asian Tiger’ pada satu ketika dahulu, tetapi sekarang, ianya sedang mengelongsor dengan cepat. Kita telah kehilangan daya tandingan. Disini, tuan yang di pertua, izinkan saya untuk memetik perkataan Menteri Kewangan Kedua kita, Yang Berhormat Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dimana pada permulaan bulan ini, beliau telah mengatakan bahawa negara kita Malaysia terperangkap didalam  ‘low value added’, ‘low-wage’ dan ‘low –productivity structure’.

Beliau juga telah menunjukkan bahawa diantara negara-negara Cina, India, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand, peningkatan ekonomi di Malaysia di dalam masa tiga tahun  kebelakangan ini, adalah yang kedua terendah. Ironinya adalah, pada satu ketika dahulu negara-negara ini melihat kepada negara kita Malaysia sebagai satu model ekonomi yang progesif untuk mereka ikuti. Kita  turun dalam semua aspect tuan yang dipertua. Economi, persembahan sukan, destinasi pelaburan. Semua nya turun.

Tuan yang di pertua. kadar GDP negara Singapura dan Korea masing –masing meningkat 9 dan 12 kali ganda didalam tempoh masa tiga tahun ini, di negara kita pula kadar peningkatan GDP hanya meningkat empat kali ganda sahaja. Pada satu masa Negara kita sama handal mereka.

Punca utama keadaan ini adalah kerana pembangunan sektor perkhidmatan kita telah merosot dan kurang dibangunkan dan sektor pembuatan (manufacturing sector) kita pula dilanda dengan masalah pengurangan  pelaburan.

Saya merayu kepada yang berhormat yang berhormat di dalam Dewan yang Mulia ini, untuk selang dan merenung sebentar, adakah ini sebuah Malaysia yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kepada kita dan rakyat Malaysia khususnya.
tuan yang dipertua. Pada hari ahad 13/12/2009  dibangsar seorang bernama s.jayathas di tahan. Beliau tidak ada apa2 senjata atau apa-apa pun untuk mengancam keselamatan orang lain.  Pada masa itu lebih kurang 50 orang berkumpul didepan kuil untuk sembahyang. Beliau ditahan bila balik dari kuil lepas sembahyang. menahan seorang tanpa alasan yang kukuh adalah satu pencabulan hak rakyat. Perbuatan ini memberi pandangan, Malaysia sebagai polis state.
Ini kah satu Malaysia yang berhormat perdana menteri pada rakyat Malaysia.
Rakyat sangat bimbang dengan kenaikan kadar jenayah dan pencuri rampasan. Tuan yang dipertua di world economic forum dlam bulan sept, satu laporan mengenai global competiveness (dengan izin) dikeluarkan dimana kedudukan Malaysia turun ke tempat 24 dari 21 tahun lalu untuk tahun 2009/2010. Keselamatan umum (public security) ialah sebab utama untuk keturunan ini. Ada beberapa yang berhormat dari dewan ini telah bercakap mengenai kemerosotan keselamatan umum. Makin lama makin teruk

Tuan yang di-pertua saya ingin menyentuh mengenai PPR yang dibina oleh kementerian perumahan dan kerajaan tempatan

Penduduk penduduk  Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang bukan Islam tidak diberikan kemudahan seperi kuil/tokong dan rumah mayat. Penduduk-penduduk perumahan rakyat bukan Islam sedang mengalami kesusahan kerana ketiadaan rumah ibadat seperti kuil dan tokong dan tiap kali ada kematian di keluarga, mereka mengalami beberapa masalah untuk menjalankan upacara penkebumian. Misalnya Di Wilayah Persekutuan ada satu projek perumahan rakyat di kawasan Air Panas di mana ada lebih kurang 4500 penduduk bukan Islam daripada lebih kurang 10000 orang penduduk. Projek ini dibina empat tahun dahulu dan apabila plan tapak disemak, ianya tidak mengandungi apa-apa rizab untuk sebuah kuil dan tokong untuk dibina dan juga untuk sebuah rumah mayat untuk 45% dari penduduk di PPR.

Pada masa sekarang upacara pengkebumian dijalankan dirumah masing-masing dan masaalah yang timbul adalah rumah penduduk-penduduk tersebut adalah terlalu kecil untuk menampung jenazah dan semua ahli keluarga dan pengunjung yang datang untuk melawat. Lagi sikeluarga kena ambil mayat kerumah melalaui lift kecil. Kadang kadang lift pun tak kerja. Tuan yang di-pertua bayangkanlah keadan ini. Ini menimbulkan masalah kesesakan dan kesusahan bukan saja kepada keluarga simati tetapi juga kepada jiran-jiran yang duduk bersebelahan dengan rumah keluarga simati. Keluarga simati perlu semua simpati dan sokongan pada masa yang susah. Tetapi DBKL sehingga ini peke dan tidak ambil peduli keadaan ini. Ini ialah satu sebab BN kalah 10 dari11 kerusi parlimen di wilayah persekutuan.

Adalah amat mustahil bagi pihak yang berkuasa tempatan dan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan apabila membenarkan pelan tersebut, untuk tidak memastikan penyediaan kemudahan-kemudahan asas seperti kuil/tokong dan rumah mayat bagi golongan rakyat bukan Islam. Ini adalah satu tindakan yang amat menyedihkan dan menunjukkan ketidakprihatinan dan tidak peduli oleh pihak DBKL dan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan terhadap hak orang-orang bukan Islam. Sudah tentu mereka tahu bahawa akan  terdapat golongan bukan Islam yang akan dpindahkan ke PPR!  Penduduk-penduduk bukan Islam di PPR Air Panas telah di beritahu oleh DBKL bahawa kuil-kuil dan tokong-tokong kecil yang sedia ada akan dirobohkan. Persoalannya adalah dimanakan mereka akan pergi untuk menjalankan upacara-upacara penyembahan mereka? Buatlah satu tempat untuk mereka. Oleh sebab tidak ada tempat, mereka bina kuil dan tokong dimerata-rata tempat. Kemudian DBKL pergi pecah kuil dan tokong. Keadan dan situasi bagini diujud oleh DBKL. Saya mohon DBKL dan seluruh PBT diMalaysia kaji bilangan penduduk yang bukan islam bincang dengan mereka dan peruntuk satu tempat untuk kuil/tokong atau gereja dan satu tempat untuk rumah mayat. Kalau tidak penduduk penduduk yang berpendapat rendah ini membina pondok pondok kecil di tanah orang lain. Dan ini boleh menimbul masaalah.
Situasi macam ini akan menimbulkan ketegangan perkauman dan nampaknya kerajaan BN khususnya pihak berkuasa tempatan (DBKL) tidak belajar daripada kesilapan yang mereka lakukan sebelum pilihanraya tahun 2008. Adakah tindakan-tindakan seperti ini sejajar dengan konsep 1 Malaysia? Jawapannya adalah tidak.  Disini saya menyeru pihak DBKL untuk tidak memecahkan kuil dan tokong DI PPR air panas tersebut sehingga mereka diperuntukan satu tempat untuk pembinaan sebuah kuil Hindu dan sebuah tokong Cina. Saya juga merayu kepada pihak Menteri Wilayah Persekutuan dan Memteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk bercampur tangan dalam pekara ini bagi tujuan menyelesaikan masalah penduduk bukan Islam di PPR Air Panas dan juga di PPR-PPR yang lain di seluruh negara yang menghadapi masalah yang sama. Saya harap menteri perumahan dan kerajaan tempatan akan beri butir butir terhadap PPR. Diseluruh Negara di berapa PPR kementerian berkenaan ada rizab untuk satu kuil/tokong/gereja  dan rumah mayat. Bila DBKL disoal, jawapan ialah penduduk tidak memohon. Kaum miskin di PPR tidak tahu dan tidak ada masa untuk mohon. Mereka hidup kias pagi makan pagi dan kias petang makan petang. Banyak orang miskin tuan yang dipertua buat 2 atau 3 kerja untuk hidup. DBKL mesti tahu bahawa bila bina PPR mesti buat peruntukan untuk kuil/tokong/gereja dan rumah mayat. Kalau bagini orang bukan islam tidak akan bina kuil dan tokong sendiri.
Ini kah satu Malaysia barisan national?
tuan yang dipertua
ada orang-orang  setinggan  tempatkan di rumah panjang sementara menunggu pembinaan rumah cos rendah untuk masa singkat.  tetapi mereka tunggu 10, 20 tahun. Kalau dalam masa ini PBT atau pun kementerian kerumahan dan kerajaan tempat tidak dapat bina rumah cos rendah, orang orang setingan di pindah ke tempat jauh. Ini pun satu keadaan susah kapada orang setingan. Anak anak mereka bejalar di sekolah ber hampiran dan kebanyakan orang setingan pun bekerja dikilang/kedai/menjaja di tempat itu saja.

Tuan yang dipertua. Saya juga nampak sebuah sistem keadilan yang tidak membantu seorang rakyat biasa untuk membawa kes mereka di Makhamah untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya oleh kerana proses pendengaran sesuatu kes adalah terlalu cepat sehinggakan  ‘litigant’ tidak mendapat peluang yang secukupnya untuk membuktikan kes mereka. Peguam-peguam sendiri mengaku dalam mesyuarat bar council.

tuan yang dipertua.  saya terima aduan daripada satu kumpulan. saya di beritahu oleh kumpulan ini bahawa kementerian pendidikan di tahun 2009 mula satu program dimana murid tingkatan 6 bawah dikehendaki tinggal balik disekolah hingga pukul 4 petang. kononnya ini ialah untuk mempelajari buatan poster, buat sketches, menyedia untuk presentation, R&D, menyedia makanan, bermain di padang dari 2 hingga 4 petang. soalan saya tuan yang dipertua ialah ada kah kementarian pendidikan buat kajian empirical dengan penyertaan murid, guru, dan lain lain stakeholder(dengan izin). apa kah keputusan kajian ini.
 
murid murid sebelum program ini dilancarkan pergi ke extra-curicular activities. 10% markah untuk masuk universiti tempatan ialah dari cocuricular activities. sekarang mereka di nafikan peluang ini. nampaknya kementarian pendidkan tidak berunding dan tidak ambil
kira pandangan mereka
lagi pun kalau mereka tinggal balik disekolah ada belanja makanan dan terlepas bas sekolah dan balik rumah masaalah. ada kah kementerian pendidikan ambil kira semua perkara ini
saya juga dengar bahawa cikgu pun tak senang hati dengan program baru ini.
nampaknya sistem ini tidak dapat sokongan cikgu. macam mana ia boleh berjaya. ada kah latihan, bayaran, pandangan ambil kira daripada cikgu bila ambil sistem kira

Dewan Senate yang mulia ini menghadap kepada satu detik yang bersejarah. Kami boleh memilih untuk menukar masa depan negara kita. Kita boleh menentukan segala hasrat dan objektif kita untuk masa hadapan.

Untuk mencapai hasrat tersebut, kami tidak perlukan berjuta-juta ringgit.

Apa yang kita perlukan adalah kerelaan (the will). Kerelaan untuk mengatasi dan membasmi segala perasaan dan pemikiran prejudis yang dibina dalam pemikiran kita.

Kita boleh sebagai langkah permulaan, menyeru supaya perkataan di dalam Artikel 153 (kurungan 1) Perlembagaan Persekutuan di berikan nafas baru kerana Artikel tersebut memberikan tanggungjawab mutlak kepada Yang Dipertua Agung untuk melindungi kepentingan semua masyarakat di Malaysia tak kira bangsa dan agama dan justeru dengan itu kami boleh menyarankan kepada kerajaan untuk menyediakan program-program ‘affirmative action’ bagi menolong semua rakyat yang miskin dan yang tidak berada.

Kami juga boleh menyarankan supaya satu  Suruhanjaya Semakan Undang-undang ditubuhkan yang diberi kuasa dan perlindungan di bawah satu Akta Parlimen untuk menyemak segala undang-undang yang ketinggalan zaman dan untuk mencadangkan perubahan dalam undang-undang yang sedia ada dan juga untuk mencadangkan undang-undang baru.

Kita di Dewan yang Mulia ini, mempunyai pilihan.

Kita juga mempunyai pilihan untuk tidak melakukan apa-apa perubahan. Tetapi  kita akan dituduh  sebagai satu  badan yang telah gagalkan rakyat negara kita.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, tuan yang dipertua izinkan saya untuk menkongsi dengan Dewan yang Mulia ini, harapan, dan cita-cita untuk satu negara Malaysia yang mempertahankan rakyatnya tanpa mengira kaum, agama dan taraf socio ekonomi.

Tuan yang dipertua dan ahli-ahli Dewan yang Mulia ini, tuan-tuan dan puan-puan, saya mengucapkan terima kasih diatas kesabaran kamu.

Explore posts in the same categories: From the desk of Senator S Ramakrishnan

Tags: , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: