Statistik pekerja asing

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011 

PERTANYAAN        : BERTULIS

DARIPADA               : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

 

Soalan

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan: 

(a)         statistik pekerja asing mengikut negara asal mereka dan sektor pekerjaan kerana terdapat pendatang asing ini yang menyalahgunakan pas pelajar dan pas lawatan sosial dengan melakukan pekerjaan yang tidak bermoral seperti pelacur dan pengemis; dan

(b)        apakah tindakan kerajaan untuk membanteras perniagaan secara haram yang dilakukan oleh pendatang asing ini di negara kita.

 

Jawapan 

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator di atas soalan yang dikemukakan.

Mengikut statistik daripada Jabatan Imegresen Malaysia, bermula dari 1 Januari 2010 sehingga 31 Disember 2010, terdapat seramai1,817,817 warganegara asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif.

Warganegara asing hanya dibenarkan bekerja dalam enam (6) sektor seperti berikut:

  1. Pembantu rumah
  2. Pembinaan
  3. Pembuatan
  4. Perkhidmatan
  5. Perladangan
  6. Pertanian

Lima buah negara sumber yang mempunyai pekerja asing paling ramai di Malaysia dari 1 Januari 2010 sehingga 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:

            Negara Sektor

INDONESIA

BANGLADESH

NEPAL

MYANMAR

INDIA

Pembantu rumah

189,391

64

63

114

497

Pembinaan

151,333

50,303

3,050

12,221

3,488

Pembuatan

127,127

144,332

209,446

116,478

7,982

Perkhidmatan

28,587

22,002

26,502

19,368

38,648

Perladangan

214,594

20,480

2,032

3,462

16,954

Pertanian

81,777

82,294

10,323

8,861

27,543

Jumlah

792,809

319,475

251,416

160,504

95,112

Berhubung dengan tindakan untuk membanteras perniagaan secara haram oleh pendatang asing di negara kita, perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mengeluarkan lesen untuk sesuatu perniagaan.

About these ads
Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: