Kanak-kanak lemas ditinggalkan di dalam kereta

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011 

 

PERTANYAAN : BERTULIS

DARIPADA      : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH            : 11 JULAI 2011 (ISNIN) 

 

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITAKELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap ibubapa atau penjaga kanak-kanak yang meninggal dunia akibat lemas ditinggalkan di dalam kereta. Banyak kes telah terjadi dan alasan yang diberikan oleh ibubapa atau penjaga kanak-kanak malang tersebut kerana terlupa tidak dapat diterima.

 

Jawapan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius insiden kecuaian ibu bapa atau penjaga yang menyebabkan kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas ditinggalkan dalam kereta atau seumpamanya.

Walaupun Akta Kanak-kanak 2001 memberi kuasa polis untuk mengambil tindakan terhadap kecuaian ibu bapa yang mengabaikan kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian, KPWKM juga mengambil kira kesedihan dan tekanan yang ditanggung oleh ibu bapa akibat kehilangan anak tersayang.

Jika tindakan diambil, adalah dikhuatiri kebajikan ahli keluarga tertuduh yang lain terutamanya yang melibatkan kanak-kanak akan terjejas atau terabai. Justeru, KPWKM lebih menekankan kepada pendekatan advokasi dan kaunseling kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berbanding hukuman.

Saya juga ingin menjelaskan bahawa tanggungjawab bagi melindungi kanak-kanak bukan hanya terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pembanguna Wanita, Keluarga, dan Masyarakat semata-mata. Kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, keluarga, dan masyarakat sangat diharapkan.

 

 

 

About these ads
Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: