Pesakit mental

18 April 2011

Soalan

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:

(a)          apakah pelan tindakan kerajaan untuk mengurangkan bilangan pesakit mental; dan

(b)          nyatakan statistik pesakit mental mengikut kaum, jantina dan negeri serta bilangan penjawat awam.

 

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi mengurangkan bilangan pesakit mental, Kementerian Kesihatan telah membentuk pelan tindakan berikut:

i.            mewujudkan Program Kesihatan Mental Komuniti semenjak Rancangan Malaysia Ke-7 di mana Program menggariskan strategi-strategi promosi kesihatan mental, pencegahan masalah kesihatan mental dan penyakit mental, pengesanan awal penyakit mental, rawatan dan pemulihan pesakit mental.

ii.            Mengadakan Kempen Cara Hidup Sihat dan Hari Kesihatan Mental Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam berkaitan kesihatan mental melalui kem-kem kesihatan, ceramah, forum awam, seminar, bengkel menangani stres dan sebagainya dengan kerjasama badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.

iii.            Menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan mental bagi mempertingkatkan pengetahuan tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Satu laman web portal myhealth telah diwujudkan di www.myhealth.gov.my yang memuatkan topik-topik kesihatan mental dan penyakit mental.

iv.            Menyediakan perkhidmatan psikiatri di empat (4) buah institusi mental dan 42 buah hospital kerajaan bagi merawat pesakit mental akut di dalam wad (in-patient), rawatan pesakit luar di klinik-klinik pakar di hospital dan juga perkhidmatan Day Care di hospital. Apabila tamat rawatan di hospital, pesakit-pesakit mental yang stabil akan dirujuk semula ke peringkat komuniti sebagai pesakit luar di klinik pakar psikiatri hospital kerajaan atau di klinik-klinik kesihatan yang berdekatan.

v.            Di peringkat kesihatan primer, kerajaan menyediakan klinik-klinik kesihatan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan mental kepada masyarakat yang meliputi perkhidmatan promosi kesihatan mental, saringan kesihatan mental bagi mengenal pasti tahap, stres, keresahan dan kemurungan, perkhidmatan rawatan susulan pesakit mental yang stabil, pemulihan psikososial dan pengesanan kes-kes keciciran.

vi.            Dari segi kepakaran, terdapat seramai 124 orang pakar psikiatri di hospital-hospital kerajaan untuk memberi rawatan kepada pesakit mental. Buat masa ini seramai 105 orang pegawai perubatan sedang menjalani latihan sarjana (masters) dalam bidang psikiatri di tiga (3) buah universiti di seluruh Malaysia. Dari segi pembangunan modal insan, latihan akan dilaksanakan secara berterusan kepada anggota kesihatan primer bagi mempertingkatkan kemahiran bagi mengenalpasti awal dan mengendalikan individu yang mempunyai masalah mental, kemurungan atau penyakit mental.

vii.            Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia telah ditubuhkan pada Ogos 2010 yang juga dianggotai oleh pakar Psikiatri, pakar Perubatan Kesihatan Awam, wakil-wakil agensi kerajaan dan wakil-wakil pertubuhan Badan Bukan Kerajaan untuk merancang strategi-strategi pelaksanaan usaha mempromosikan kesihatan mental.

viii.            Usaha-usaha promosi kesihatan mental dan pencegahan penyakit mental akan terus dipertingkatkan melalui pelaksanaan aktiviti pemerkasaan komuniti dengan melatih mereka kemahiran menangani stress. Melalui Program Intervensi Bersepadu NCDP1Malaysia, elemen menangani stress turut dimasukkan sebagai salah satu komponen intervensi.

Pada tahun ini, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran sedang melaksanakan Projek Rintis Minda Sihat-Menangani Stres dalam kalangan murid sekolah yang meliputi saringan untuk mengenalpasti awal murid-murid yang berkemungkinan mempunyai maslah kesihatan mental dan latihan kemahiran daya tindak (coping skills) kepada murid-murid sekolah dalam cabaran hidup seharian.

Statistik pesakit mental dari tahun 2004 sehingga 2008 menunjukkan jumlah kes gangguan kesihatan mental dan tingkahlaku yang menerima rawatan psikiatri dari hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia adalah sebanyak 140,076 kes (1.5% dari jumlah keseluruhan kemasukan kes ke hospital). Analisa mengikut pecahan negeri mendapati bahawa sepanjang tempoh 5 tahun tersebut, beberapa buah negeri mencatatkan peratus kes yang lebih tinggi dari segi mendapatkan rawatan bagi gangguan mental dan penyakit mental. Antara negeri-negeri tersebut adalah negeri W.P. Kuala Lumpur dan Pahang (dengan masing-masing 11% dari jumlah keseluruhan kes), Johor (10% dari keseluruhan kes), dan Perak (9% dari keseluruhan kes). Dari segi jantina, sebanyak 66.2% (92,662 kes) adalah lelaki manakala 33.8% (47,414) adalah perempuan. Kementerian, walaubagaimanapun tidak mempunyai statistik dari segi bilangan penjawat awam.

About these ads
Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: